‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 18 Februari 2013

Inilah Bahagian Hidup. Tanpa Jangka Tanpa Sangka.

Dalam kasus menenangkan hati gundah seorang teman.

Dalam hidup ini macam-macam benda tidak disangka boleh berlaku terutamanya setelah kita selesa dengan apa yang kita hadapi atau perolehi seperti kesihatan, kewangan, keluarga dan sebagainya.

Demikan juga dengan nasib seorang sahabat maza ini.

Dia seorang atlet. Hidupnya penuh dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Dia menjaga makan dan pengamal diet seimbang yang tekun. 

Malah dia seorang yang suka bersedekah. Seorang yang baik hati dan suka menghiburkan kawan-kawan.

Pada suatu hari, dia menemui doktor mengadukan halnya yang sudah hampir sebulan mengalami batuk-batuk dan selsema.


Setelah doktor membuat penelitian lanjut, dia telah dikenalpasi dan disahkan menghidap barah paru-paru tahap ketiga.

Dia binggung. Seluruh keluarganya binggung. Tiada siapa yang menyangka begitu rupa nasibnya.

Sedikit demi sedikit dia menggagahi diri untuk mempertingkatkan ibadah. Dalam masa sama dia memperkukuhkan lagi tingkat iman. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Dia tidak pernah menyalahkan Ilahi. 

"Inilah perjalanan hidupku. Inilah bahagian hidupku. Kau juga punyai bahagian hidup kau," nasihat terakhir yang masih terniang-niang di cuping telinga maza.

"Sebelum ini aku tidak pernah diuji berat-berat. Aku kira ujian berat ini adalah untuk meningkatkan darjat aku di sisi Tuhan. Aku berharap agar Tuhan redha dengan aku. Mudah-mudahan aku menemui ehsan Allah." sambung beliau lagi sambil batuknya semakin kerap kedengaran.

Akhrinya, empat bulan sesudah itu arwah menghembuskan nafasnya terakhir ketika berusia 33 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak kecil masing-masing baru belajar berlari dan merangkak.

LA TAHZAN (USAH BERSEDIH)


Pengajaran yang dapat maza kutip daripada peristiwa ini cukup banyak sekali. Terutama dalam menghadapi hidup. Setiap orang ada bahagian tersendiri. Setiap kali kita bernyawa dan bernafas itu merupakan ujian.

Firman Allah SWT;


Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah)

Ujian yang datang itu berbagai-bagai rupa bentuk. Ada yang dapat disangka dan ada yang tidak dapat dijangka.

Setiap kali jantung berdegup, darah akan meluru mengalir sekujur tubuh dan ia bermakna setipa kali itu jugalah kita akan menghadap cubaan hidup sehinggalah sampai waktu yang ditentukan (mati).

Dalam setiap ujian kita lalui itu tidak ubah seperti menghadapi peperiksaan di bangku sekolah. Ia menentukan sejauhmanakah kemampuan, prestasi dan tingkat kita berada. Demikian juga dalam hidup ini. Ujian dilalui itu diturunkan Allah untuk menentukan siapakah di antara kita paling bertakwa! Dalam hal sama, ia bermaksud Allah SWT hendak memberi peluang untuk kita meningkatkan darjat di sisi-Nya.

Lantaran itu, hadapilah dengan sabar (melalui mempertingkatkan iman) dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT.

Maksud hadis qudsi yang Abu Hurairah r.a riwayatkan, ia berkata:-

Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Firman Allah SWT dalam Kitabul Karim

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)

MERAWAT HATI


Antara amalan yang boleh merawat dada agar menjadi lapang dari kesempitan atau kesesakan disebabkan masalah, stress atau penyakit. Begitu juga untuk merawat hati agar menjadi cekal, tabah dan sabar (mempertingkatkan iman dan ibadah) adalah dengan mengamalkan surah Insyirah;



Doa melembutkan hati untuk diri sendiri agar mudah memperoleh dan menerima hidayah.

Juga berguna untuk lembutkan hati para suami, isteri, boss, anak-anak, mak mertua, pak mertua dan sebagainya.

Errr . . . kalau lembutkan besi, kayu, batu-batan dan berlian, maza tak pernah cuba lagi.. kalau kengkawan sudah cuba dan ianya mujarab, boleh ler nanti bagi tahu sama maza . . . ahaks. hehehe


psst: Dalam al Quran ada menyebut, sekeras benda yang ada di dunia ini, keras lagi HATI MANUSIA hingga melantun-lantun hidayah Allah SWT ditendangnya!



Juga amalkan bersama surah Taha: 1-5




Selamat beramal dan jangan asyik lantun-lantun aje, ahaks!
Pinggan ayan satu kali.. amak!



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails