Musim kenduri kendara baru sahaja selesai. Cuti sekolah pun sudah tamat. Ramai mula akan naik bekerja. Inilah masa yang paling sesuai untuk bersama suami-isteri.
Dalam pada berseronok-seronokan dalam ikatan pernikahan jangan lupa tindakan bersetubuh harus dilakukan sesuai dengan ajaran Islam. Beberapa kaedah dan tatacara sebagai panduan bersama.
Jangan tidak percaya, kadang-kadang anak sudah berderet macam gerabak keretapi, tetapi masih terlupa. Ada sesetengah pula baru hendak belajar .. ihik!
(Oppss... kalau tersalah tulis atau taip maza minta maaf. Kerana menulis artikel ini sambil pejam-pejam mata dan menyorok-nyorok di balik bantal kecik.. ahaks, malu kaedahnya..hehehe)
Merayu Dan Bercumbu
“Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat al-Khatib dari Jabir).
Telanjang Bulat
“Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.” (Hadis Riwayat Tabrani).
Menyetubuhi Dubur (Memasukan zakar ke dalam dubur isteri)
“Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah).
DOA SEBELUM BERSETUBUH
Ertinya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaitan serta jauhkan pula syaitan itu dari apa saja yang Engkau rezkikan kepada kami.
“Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Hampir Keluar Mani
Apabila air mani hampir keluar, katakan dalam hati dan jangan menggerakkan kedua bibir dengan membaca kalimat doa ini:
“Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia daripada air.”
Putus Di tengah Jalan
“Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).” (Hadis Riwayat Ibnu Addi)
Mendatangi Isteri Melalui Belakang (ISTERI MENUNGGING / DOGGY)
Dari Jabir b. Abdulah berkata:
Bahwa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata:
Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:
"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai."- Surah Al Baqarah - ayat 223.
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan di lubang faraj).
Bersetubuh Mendapat Pahala.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab: Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala." (Hadis Riwayat Muslim)
Mengulangi Persetubuhan.
Apabila diantara kamu telah mencampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu. ( Hadis Riwayat Baihaqi).
Perkara yang haram dalam persetubuhan
1. Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah.
Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata: ”Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ’Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)
2. Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.
”Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)
3. Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4. Haram jima’ dalam masjid / surau.
5. Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6. Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah
Merahsiakan Perihal Bersetubuh
Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)
Akhir kalam, mudah-mudahan memperoleh zuriat yang sihat, comel dan membesar menjadi anak soleh!
Tazkirah Awal Tahun Masihi 2013
ihik...!