‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 12 Ogos 2012

Gasoline di malam tujuh likur

Ya, sekarang sudah memasuki malam tujuh likur. Kalau di kampung sana, malam-malam sebegini maza tahu hendak berbuat apa. Pelita-pelita sudah tersedia untuk mengindahkan kampung nan permai! hehehe...

Meter menyukat tekanan gas.

Ramai generasi sekarang yang berkelahiran tahun 1990-an dan terkemudian, tidak mengenali gambar di atas. Dunia sudah berubah, zaman semakin maju, segalanya di hujung jari.

Maza kira, ia telah menjadi barangan yang sangat payah untuk ditemui. Sudah boleh masuk ke dalam kategori 'endangered species' (spesis terancam).

Tempat mengejas gas.

 Zaman dahulu kala, lampu ajaib ini amat berguna sekali terutama ketika keraian seperti kehadiran tetamu, kenduri kendara, doa tahlil, dan sebagainya.

Apabila raya menjelma, ayah akan menghidupkan lampu aladin tersebut lalu mencerahkan alam kami yang sering disulami oleh sinaran lampu pelita suram. 

Tempat mengepam gas.

Suasana malam kami terus berubah. Serentak itu juga alam ini begitu luas dan indah sekali. Kami sangat gembira.

Hari ini kita lebih beruntung kerana hanya memetik suis di dinding, bilik menjadi terang benderang! Malam terus-terusan hidup. Adakala kita sendiri menjadi keliru, siang dan malam suasanannya terus 'hidup'!

Tempat letak spirit, umpan untuk menghidupkan api. Di sisi gambar pemutar gas.

Tempoh hari maza pulang ke kampung. Ketika mengemas di bangsal, tiba-tiba anak-anak maza menegur, "Apa yang tergantung tu ayah?"

"Oh! Itu lampu gasoline. Dulu-dulu masa elektrik tak ada, atuk sering gunakannya."

"Boleh digunakan lagikah?"

"Ini sudah tidak boleh digunakan."

"Oh! Sudah boleh masuk muzium, kan ayah?" kata Nasrun (8 tahun).


Lampu gasoline tergantung di sebatang tiang di bangsal

Oleh tuan tanah;
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails