‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 2 Ogos 2012

Bahana Jerebu dan Hujan di bulan Ramadan

Lepak. Tubuh perlu dicaj semula. Enak sehhh..

Jerebu menjadi masalah kepada Malaysia sejak sekian lama. Dari alkisah jerebu paling teruk ialah pada tahun 2005 (betulkan fakta ini jika tersilap). Semuanya gara-gara pembakaran!

Tahun ini di bulan Ramadan, sekali lagi kita menghadapi masalah sama; 'jerebu', hadiah dari negara jiran di Sumatera.

"Di Malaysia kita dilarang bermain bunga api dan mercun sempena Ramadan dan Hari Raya. Nah, sekarang hadiah 'mercun dan bunga api' dari Sumatera. Kita makan asap mereka!" kata seorang teman. 

Hari ini Kuala Lumpur dilanda hujan, mendung dalam jerebu. 

Di tambah pula dengan perut lapar dan lesu. Menjadikan ia satu pakej lengkap di bulan Ramadan dengan mata memujuk, meronta-ronta merayu untuk lelap. Ah! Alangkah indahnya jika dapat memanaskan badan di bawah gebar sekali ... ahaks! (hehehe ...).

Bagaimana pula di tempat kengkawan?

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails