‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 29 Ogos 2012

Gadis Bertudung Servis Tubuh

Di sebuah sudut pasar raya sana ada seorang gadis bertudung biru labuh. Tersenyum manis memandang tepat ke arah maza. Sebaik melaluinya, gadis itu pun menyapa.

"Abang nak servis tubuh? Saya ada menyediakan servis seluruh badan. Badan abang akan jadi segar. Tension pun akan hilang," suara halus seolah-olah berbisik manja menerjah ke anak telinga paling dalam.

Gadis bertudung biru itu masih setia menanti. Sesekali dia meleretkan mata redup. Kerlingan matanya cukup menggoda.

Maza menelan liur sendirian, menahan gelodak hati. "Berapa harga kalau servis tubuh gebu saya ini?" maza cuba mencari kepastian.

Gadis itu mengetap bibir seketika. Di pandangnya sekujur tubuh maza dari atas hingga ke bawah. Dua atau tiga kali dia meneliti sambil meramas jejari lembutnya.

"Bergantung kepada abang nak servis macam mana. Satu badan boleh. Bahagian-bahagian tertentu sahaja pun boleh. Harga jangan risau. Bergantung saiz cup dan berapa banyak yang abang hendak."

Maza menoleh ke kiri dan kanan seketika, kemudian mengangguk tanda bersetuju.

Gadis itu pun membelakangkan maza, lalu maza mengekorinya.

Kami masuk ke sebuah bilik khas. Kami bersendirian. Gadis itu menghulurkan tuala sambil tersenyum.

"Abang rehat di sini sekejap. Meniarap di atas katil ini. Sementara itu abang bukalah pakaian. Kami akan servis tubuh abang sepuasnya. Saya keluar sekejap mahu buat persediaan dulu, ya?" gadis bertudung labuh melontarkan kata-kata dari dua ulas bibirnya yang nipis, lembut, basah, anggun, cantik dan ayu sekali.

Sementara menanti kehadiran gadis bertudung biru itu, maza sempat terlelap seketika. Sedar-sedar badan maza diusap lembut. Dibelai penuh kemanjaan. Mesra dan amat selesa sekali. Maza tersenyum indah.

"Abang dah bersedia? Boleh kita mulakan sekarang?"

Maza terperanjat! Tiba-tiba terdengar suara yang aneh. Maza mengangkat muka dan melihat ke arah datangnya suara itu. Bukannya gadis ayu bertudung biru itu lagi, tetapi seorang pak cik tua.

Rupa-rupanya pak cik itu dari tadi mengusap-usap lembut tubuh sasa ini. Hanya kami berdua di dalam bilik sempit itu. 

"Minta nama abang dan ibu . . . mari kita selawat, mudah-mudahan pekerjaan ini diberkati Tuhan," kata suara garau-payau itu lagi.

Bekam teknik sedutan

Jadi, pada hari itu maza berbekam di sebelah atas belakang badan sahaja. Harga servis yang ditawarkan mengikut cawan/cup dan bergantung kepada titik bekam yang dikesan. Satu cawan berharga RM15.00

Selesai berbekam, maza dapat merasakan kelainannya. Badan terasa ringan dan lebih segar.

Menurut kata pak cik itu, selepas bekam elok diperbanyakkan minum air mineral.

Sebenarnya, selepas bercuti hari raya, maza mengambil keputusan untuk menyervis tubuh agar lebih sihat dan bertenaga. Kebetulan pula di Giant Kota Damansara ada perkhidmatan tersebut. Kata orang, alang-alang selepas ditarbiah Ramadan, langsung menjaganya dengan memelihara kesihatan diri.

Lagi pun, tanpa kesihatan, satu benda pun tak boleh buat.


Bekam Adalah Syariat

Hakikatnya, rawatan bekam ini sudah lama diamalkan. Mengikut dapatan sejarah, ia sudah menjadi amalan semenjak zaman Nabi Musa a.s. Syariat berbekam ini pula dipanjangkan sehingga ke zaman Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW sendiri pernah menyaran agar umatnya berbekam. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah berbekam.

Nas iaitu hadis tentang berbekam:-

  1. “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214) 

  2. Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung di dalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

Hebatnya berbekam ini sehingga malaikat juga berpesan kepada Nabi SAW agar menyuruh umatnya mengamalkan bekam:-

“Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)

Rasulullah SAW sendiri pernah mendapatkan rawatan bekam tatkala ihram dan juga di bulan puasa:-
  1. Dari Abdullah bin Buhainah R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (HR. Bukhari) 

  2. Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W. berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa." (HR. Bukhari)



Catatan seorang bloger yang lantun-lantun:-






blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails