Pihak PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) telah membuat pengumuman akan memberikan 'rebet' bagi pengguna yang menggunakan lebuh raya PLUS sempena Hari Raya ini.
Rebet sebanyak 30% untuk pengguna "Sistem Pembayaran Elektronik Toll" (Electronic Toll Collection) seperti "PLUSmile," "Touch n Go" dan "Smart Tag".
Pemberian rebet bermula pada 15, 16 dan 22, 23 Ogos 2012 untuk kenderaan kelas 1 seperti kereta (kecuali exit Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar). Perantau boleh menikmatinya bermula pada jam 10.00 malam ini (15.08.2012) hingga keesokan hari.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, "Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya
dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan
orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang
lebih mudah dan pantas."
Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila
pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31
Disember ini.
Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari.
KL-Karak & LPT 1
Manakala bagi KL-Karak dan juga LPT 1, diskaun 30% bagi perjalanan pada 18, 19, 20 dan 21 Ogos 2012.
Menteri Kerja Raja, Datuk Shaziman Abu Mansor, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini.
Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos 2012.
maza kata untuk kes PLUS:-
Esok bermula cuti sekolah. Cikgu-cikgu dan mereka yang bercuti awal boleh menikmati diskaun ini. Tetapi ramai perantau-perantau (mungkin 70 atau 80% dari jumlah keseluruhan lebuh raya PLUS) tidak pulang berhari raya pada 15 & 16 Ogos disebabkan kekangan kerja atau cuti. Setidak-tidaknya mereka pulang awal pada hari Jumaat atau Sabtu iaitu 17 dan 18 Ogos.
Esok bermula cuti sekolah. Cikgu-cikgu dan mereka yang bercuti awal boleh menikmati diskaun ini. Tetapi ramai perantau-perantau (mungkin 70 atau 80% dari jumlah keseluruhan lebuh raya PLUS) tidak pulang berhari raya pada 15 & 16 Ogos disebabkan kekangan kerja atau cuti. Setidak-tidaknya mereka pulang awal pada hari Jumaat atau Sabtu iaitu 17 dan 18 Ogos.
Jadi, pemberian rebet itu adalah untuk . . .?!!
Manakala diskaun bagi perjalanan ke pantai timur melalui LPT sebanyak 30% adalah kerana . . ?!!
Sesetengah pihak mengatakan, terima kasih kepada kerajaan yang berunding dan mendapatkan rebet dan diskaun itu. Yalah, terima kasih ajelah . . .
Pesan maza: rancanglah perjalanan anda dengan baik. Elakkan pembaziran dan perbelanjaan yang berlebihan-lebihan.
SUMBER BERITA:
- PLUS Highway
- Bernama (14.08.2012)
- Berita Harian
Catatan seorang rakyat Malaysia:-