‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 3 Ogos 2012

Bila maza masuk dapur Ikan Pelaling jadi taucu berlada.

Ikan pelaling taucu berlada

Alkisah maza pun nak jadi master chef juga. (hehehehe - sila ketawa gedik). Semalam selepas pulang dari pejabat, maza bersama-sama isteri berperang periuk. 

Kali ini maza jadi master chef dan dibantu oleh tukang masak si darling yang cute itu ... ahaks!

Buka sahaja peti ais terus ambil bahan-bahan yang diperlukan:-

  1. Ikan pelaling - 3 kilo
  2. Serbuk kunyit (kalau malas nak tumbuk atau kisar kunyit basah ler) - 1 kilo
  3. Bawang besar dihiris bulat-bulat gitu - 1 kilo
  4. Bawah putih - 3 ulas dihiris
  5. Halia dihiris - 500 gram
  6. Lada basah berwarna warni dihiris - 1 kilo 
  7. Taucu - 1 botol
  8. Air asam jawa - 1 litter (lebih pun tak apa, boleh kasik itik berenang - wakakaka)
  9. Garam secubit rasa
  10. Gula 1 kilo dalam plastik
  11. Minyak masak sawit - 15 kilo
  12. Kuali
  13. Dapur
  14. Belacan  - 1 kilo 500 gram



Jadi ya puan-puan, mula-mula kita lumurkan ikan pelaling itu dengan kunyit dan garam. Kemudian digoreng. 

Jangan goreng terlalu garing ya Cik Bedah. Goreng basah gitew-gitew aje. Kemudian keluarkan ikan dan toskan minyaknya.

Proses seterusnya ialah menumis. Masukan segala jenis jenama bawang beserta halia. Tumis seperti biasa. Setelah kekuning-kuningan, sila masukan lada besar tadi. Biarkan ia layu seketika.

Belacan pun ditaruh satu kali. Jangan banyak sangat belacannya, nanti rompong hidung pesek itu. (hahaha ...)

Masukan pula air asam. Jangan terlalu banyak, nanti termasam. Agak-agak ya Cik Kiah, sekadar menenggelamkan semua bahan dalam kuali sahaja.

*** Jangan lupa masukkan taucu. Selepas masukkan air asam jawa. Taucu ini masin, jadi garam mungkin tidak perlu. (pesan dari gadis bidadari itew ... hehehe)

Biarkan ia mendidih dan mulai mengering. Kemudian masukan gula dan perisa MSG iaitu ajinomoto (pilihan jika mahu). 

Setelah itu, Cik Peah boleh masukan ikan pelaling semula ke dalam kuali. Biarkan ia kering-kering basah bersama dengan sos kita tadi.

Setelah itu, apa lagi, hidangkanlah untuk santapan.Yuuummyyyy!


***err.. sila jaga air liurnya ya, jangan sampai meleleh cicah keyboard. hahaha (ketawa orang jahat)...



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails