‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 5 Ogos 2012

Menguji Takad

Semalam maza lihat ramai orang berpusu-pusu mengadap sebuah mesin pegukur berat. Masing-masing mahu menimbang berat badan dan memeriksa jumlah lemak yang terkandung.

Barangkali mereka mahu menguji sejauh manakah kehilangan jisim dan berat badan setelah lima belas hari berpuasa di bulan Ramadan.

Tidak kurang juga, maza mahu mengambil kesempatan untuk menyukat takad badan maza. 



Naik-naik sahaja lalu mesin penimbang itu menjerit. Panik juga dibuatnya. Mujur tidak ramai ketika itu. Kalau tidak malu seh. (hehehe . . . )

"Please insert your coin! Please insert your coin!" kata mesin penimbang.

Fuh, nasib baik perkataan itu yang terkeluar. Kalau perkataan, "Sila turun! Sila turun! Anda terlalu berat untuk mesin ini!" lagi ler haru. (hahaha . . . )

Walau pun hampir tersembul skrin paparan digital di mesin itu menahan keberatan kaki ini, tetapi maza berpuas hati. Bacaan berat sudah berkurangan sebanyak 2kg. Cuma lemak harus diurus dengan baik! Hehehe . . . almaklumlah, bila berbuka puasa, selera pun terbuka, semuanya ditaram (dibedal)! (hahaha . . . )

Jadi, bagaimana dengan kengkawan ya? Ada sebarang perubahan?

Hehehe . . . selamat berpuasa!

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails