‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 6 Ogos 2012

Maza dan Kad Hari Raya

Minggu sudah maza ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. Bukan mahu beli atau mengepos kad raya pun. Cuma terpaksa mengambil bungkusan kiriman yang tidak diserahkan kepada kami disebabkan orang tidak ada di pejabat.

Tiba-tiba maza terserempak dengan notis kenyataan tentang harga setem istimewa untuk kad ucapan hari raya.



Maza perhatikan di tempat pemprosesan surat di Pejabat Pos Besar itu semacam lenggang. Tidak bertambun pun kad-kad ucapan yang dihantar. Barangkali "zaman sudah berubah, dunia semakin maju". Kad ucapan hari raya dianggap tidak berapa relevan lagi. 

Di zaman sebelum kehadiran ICT, kad ucapan inilah yang selalu dinanti-nantikan!

Apa tidaknya, inilah peluang untuk mengutus surat kepada sanak saudara dan sahabat handai. Istimewanya lagi, kad raya dijadikan alat untuk 'men-tackle' aweks! hahaha . . .

Bila dapat kad raya, mestilah hidung kembang kempis. Hati menjadi begitu gembira dan teruja! 

Dan jangan tidak percaya, kad raya juga boleh menjadi simbol 'eksyen' dengan kawan-kawan! hahaha . . .

Maza masih ingat, ketika beraya di rumah seorang teman, maza lihat habis dinding-dinding rumahnya dihiasi dan ditepek dengan kad raya. Tidak cukup itu, kad raya digantung di ranting kayu dan dihias indah seperti pokok hiasan. Sudah pastinya mereka mengumpul kiriman kad hari raya berpuluh-puluh malah beratus-ratus. (Dalam hati ada cemburu gitew.. hahaha)

Nostalgia Kad Hari Raya 

Kad raya yang maza pernah terima pada tahun 2011

Seputar tahun 1998-2000, di Pantai Dalam ada sebuah gerai sementara menjual kad ucapan hari raya didirikan sempena Ramadan. Bermacam-macam jenis dan saiz dijual.  


Hingga yang tercanggih siap mempunyai muzik dan lampu bernyala-nyala apabila dibuka.

Jenama kad hari raya yang paling popular ialah HARMONY! 

Berpusu-pusu orang mengerumuni gerai itu saban hari. Termasuklah maza. Tersentel dengan tubuh kerdil di tengah-tengah khalayak ramai itu. Bukan mahu membeli borong pun. Kalau jadi beli sekali pun sekadar satu atau dua paket yang berharga murah! 

Selebihnya mahu duduk menempel. Menyesakkan keadaan sambil berangan-angan, kalau-kalau ada yang sudi menghantarkan kad hari raya yang canggih-manggih seperti itu.  Apatah lagi ia dikirimkan oleh gadis-gadis jelita ... ahaks! hahaha
 
Pendek kata "Haven!" ....

Opss . . . maza nak lantun-lantun dulu ya kengkawan, sambil mengira dan membelek kad raya yang tahun ini maza dapat! hahaha  



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails