April 27- Mei 2, 2010 - Seminggu maza menghilang. Blog juga terbiar tergendala tidak berjaga. Tetapi kengkawan janganlah bimbang. Maza tidaklah merajuk atau sudah 'cemuih' (jemu) berblog. Cuma maza hendak berehat-rehat sambil cuti-cuti Malaysia.
Kali ini maza ke Langkawi untuk kali keduanya. hehehehhe
"Pemimpin ialah orang yang memimpin. Bukannya orang yang dipimpin."
Bidalan di atas diungkap oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat. Siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Muhammad pada suatu ketika dahulu.
Maza yakin dan percaya, ramai daripada kita adalah produk di zaman era pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Kita membesar, remaja dan dewasa di bawah pimpinan beliau.
Menjadi pemimpin perlukan karisma. Tetapi bukanlah di kelilingi oleh manusia seksi seperti Karisma Kapoor! aderkkkk....
maza memperkenalkan kepada anak-anak perihal peribadi seorang pemimpin. Pemimpin agung ialah pemimpin yang punyai akal, sikap dan tindakan agung juga.
Untuk menjadi pemimpin agung pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Tidak kira diherdik, dimaki atau dipuji. Apa yang penting ialah matlamat dan strategi. Semenjak kehadiran Tun Mahathir sebagai Pemimpin nombor wahid di Malaysia, beliau telah banyak membawa perubahan. Paling ketara ialah Jiwa Hamba kepada Jiwa Tuan!
Di Galeri Perdana yang memaparkan himpunan anugerah, pemberian dan cenderhati dari dalam dan luar negara yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir itu menjadi pilihan destinasi kali ini.
Seperkara lagi, pemimpin bukanlah hanya dibuat galeri tetapi sebuah institusi yang dibawahnya tempat naungan anak buah mereka.
Puas membelek di Galeri Perdana, Langkawi, kami singgah pula ke Jalan Kilang Ais. Ia berhampiran Jalan Pegawai di Alor Star.
(Gambar: Nasrun sedang mengeja batu tanda Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Muhammad di Jalan Belakang Kilang Ais, Alor Setar, Kedah)
Di sana maza membawa anak-anak maza menjejaki teratak kelahiran Tun Dr. Mahathir.Di sini kami dapat menyoroti kehidupan lampau masyarakat Melayu. Terutama Melayu di Kedah. Juga permulaan dan perjuangan Tun Dr. Mahathir dari didikan awal hinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia.
(Gambar: Reka bentuk struk rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir bin Muhammad, Perdana Menteri Malaysia keempat)
Buat Tun Dr. Mahathir, jasamu tetap dikenang.