‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 24 Mei 2010

Di atas kapcai ijau...


Jam enam petang. Bermakna sudah sampai waktu untuk pulang. Motorsikal kapcai buruk mula mengambil tempat menggantikan komputer di atas meja pejabat.

Tendangan dikenakan ke atas tempat penendang untuk menghidupkan engin. Satu perjalanan kitaran kehidupan pun bermula. Awan cumulus sarat membawa air hujan mula menutupi sang suria. Makin lama, makin memberat pula. Tanda-tanda hujan mahu runtuh sudah nyata.

Tak sampai sepuluh kilometer berderailah hujan membasahi lebuh raya. Nasib baik baju dan celana kalis hujan sudah dikenakan sejak petanda mendung dikesani.

Jidin di atas motor terus menekuni jalan-jalan yang licin itu. Kenderaan banyak di lebuh raya NKVE. Dalam kesejukan makin mencengkam ke sumsum Jidin cuba bertenang dan bersabar.

Untuk menghilangkan gigilan kesejukan tersebut Jidin mula bersiul-siul kecil. Sesekali bernyanyi-nyanyi. Mulanya perlahan tetapi sekarang tune volume sudah berubah. Suara Jidin memecah desiran hujan yang melambak di atas jalan raya.

"Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Di dalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Menghancur bunga cinta

Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua...

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku butikan untukmu
Akan ku butikan!..

...lalalala..."


Lagu Cinta Pantai Merdeka terus-terusan dialun. Kali ini dengan nyaring. Yakin benar orang lain tidak mendengarkannya. Melainkan diri sendiri di atas motor kapcai ijau. Lagi pun hujan lebat mampu menenggelamkan suara yang disumbangkan itu. Siapalah yang mahu peduli. Gasaklah.

Lampu hijau bertukar kuning kemudian merah. Cepat benar ia bertukar. Dalam kebasahan hujan lebat itu Jidin memberhentikan kapcainya tergesa-gesa. Selepas ini dia mahu membelok ke kanan pula. Di simpangnya berderet-deret kereta. Berdozen motor bersusun menanti giliran untuk menyeberang sama.

Saat Jadin memberhentikan kapcai ijau itu, dia masih lagi asyik memekik-mekik lagu Cinta Pantai Merdeka. Tiba-tiba hujan yang maha lebat tadi berhenti dengan serta-merta. Tiada titisan hujan kasar. Alam menjadi tenang tiada lagi air yang mencurah-curah membasahi bumi.

"Ku ukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai

Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai"

Oh! Indahnya, peristiwa Cinta kita di Pantai Merdeka!!!
.... lalalalala
...

Apa lagi, serta-merta seluruh manusia yang berada di lampu isyarat itu terperanjat dan memandang tepat ke arah Jidin. Ada tu tanpa segan silu terus terbahak-bahak, gelakkan si Jidin.

Lontaran suara Jidin yang merdu dan mendayu-dayu tadi terlajak dan terlantun kuat di persimpangan lampu trafik itu.

"Siot! Aku terkena... aderkkkk...", ronta hati Jidin.

Segera Jidin cuba menutup muka dengan tangan. Jidin kemaluan di atas motor kapcai ijaunya itu...

Sebaik lampu merah bertukar warna, sesegera itu juga Jidin memecut. Jidin mahu mendahului pengguna jalan raya lain.

Tetapi apakan daya. Ada juga kutu-kutu motor dan motokar mengejar Jidin sambil menjenguk muka Jidin dan tersenyum lebar. Ada tu terus-terusan tertawa besar!

Jidin gagal melarikan diri dari kebejatan itu. Lagipun Jidin bukanlah Valentino Rozzi. Unta tunggangan Jidin bukanlah Honda CBR 600cc ataupun Kawasaki GTR1400cc!

Aduhaiiii... zalim sungguh mereka itu. Kan?!

(Jika anda suka cerita ini sila vote A+. Jika anda rasa cerita ini tidak bagus sila vote A+... selamat mengundi..hehehehe)



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails