‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 12 Mei 2010

Gunung Mat Cincang Berpuaka

Sudah dua kali maza melawat Langkawi. Kali pertama tahun 2005 (tatkala Tahun Baru Cina bulan Februari). Selang lima tahun kemudian sekali lagi iaitu April 27 - 30, 2010 maza menjejakkan kaki ke sana.

(Gambar: Perkhidmatan chater van disediakan untuk para pelancong)

Malangnya, sekali pun maza tidak pernah menaiki kereta kabel itu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Langkawi, maza berazam untuk mencuba kereta kabel. Tetapi akhirnya terbantut walaupun sudah berbaris panjang. Maza telah membatalkan hasrat walaupun barisan berbaki tiga orang lagi untuk membeli tiket di kauter.

(Gambar: Perkampungan Oriental Village yang menempatkan kereta kabel Langkawi. Ia juga menawarkan deretan kedai cenderhati, taman dan binatang peliharan. Antara haiwan yang dipamerkan ialah arnab, ayam, rusa, kuda, itik, harimau dan macam-macam lagi)

Semuanya gara-gara maza menemuduga mereka yang telah mencuba kereta kabel itu. Masing-masing, termasuklah pelancong asing mengatakan perasaan gayat dan gerun.

Terutama apabila adanya tiupan angin. Kereta kabel akan berhayun-hayun, beralun-alun. Juga apabila sampai di tiang penyambungan, kereta kabel akan bergegar kuat. Bergoncangan!

(Gambar: Kereta kabel sedang bergerak)

Tidak kurang juga ada yang memberikan kata semangat. Begitu juga dengan tips-tips yang berguna.

Antara tips tersebut ialah jangan pandang ke bawah untuk mengelakkan rasa gayat.

Cuba alih perhatian gerun dengan berbual di dalam kereta kebal. Juga cuba melihat ke atas untuk mengelakkan rasa gayat. Atau melihat ke ufuk horizon yang jauh bagai saujana mata memandang itu.

(Gambar: Kelihatan puncak Gunung Mat Cincang yang tinggi)

Walaupun ada kata perangsang dilontarkan, tetapi tidak cukup kuat untuk maza bertindak melompat masuk ke perut kereta kabel itu. Sudahnya, maza dan anak-beranak menonong meninggalkan perkarangan kereta kabel tanpa rasa terkilan.

(Gambar: Dari dalam kereta kabel)

Sebelum ini maza tidak pernah rasa gayat sedemikian rupa.

Hanya setelah menaiki 'buaian berpusing' (Ferris wheel) a.k.a 'kincir pusing', perasaan gayat mula menghantui maza.

(Gambar: Kapal layar sedang berlabuh di teluk Pantai Kok)

Segalanya bermula ketika pesta konvokesyen di UM. Maza, Nasrun (dua tahun) dan darling cuba menaiki buaian berpusing setinggi lima tingkat itu.

Setelah darling mengeletar dan buaian berayun-ayun keras, telah menyebabkan maza turut berasa takut dan gerun.

Lalu maza meminta pengendali buaian itu segera menurunkan kami. Walhal tak sampai satu pusingan pun lagi.

(Gambar: Gunung-ganang dan bukit tinggi yang terdapat di Pulau Langkawi)

Alasan kami ialah Nasrun menangis kerana ketakutan. Pada hal Nasrun menangis disebabkan cubitan ayahnya. (Biasalah nak melindungi malu gitew.. hahaha)

Penyudahnya kami kerugian duit tiket begitu sahaja. Kami hanya menyaksikan buaian itu ligat berpusing di hadapan mata dengan pandangan kosong sambil menelan liur sendiri.

(Gambar: Pemandangan cantik Pantai Kok dari puncak Gungung Mat Cincang)

Maka dari peristiwa itulah maza menjadi penggayat.

Walhal di zaman kanak-kanak, mazalah tukang panjat pokok manggis, jambu batu dan gajus untuk business keluarga. Memanjat pokok tersebut hingga ke pucuk. Ke hujung dahan tanpa rasa takut.

Setelah pulang dari Langkawi, barulah maza rasa betapa ruginya tidak menaiki kereta kabel itu.

Apatah lagi setelah mendengar kata-kata dari kawan-kawan. Satu kerugian yang maha besar kalau sampai di Langkawi tetapi tidak mencuba kereta kabel! Jika berpeluang, mereka dari hujung dunia pun tidak mahu melepaskan peluang menaiki kereta kabel itu.

Sebaik terkenangkan hendak pergi ke Langkawi bukannya mudah., maka bertambahlah rasa lara di hati maza.

Pergi ke Langkawi tidaklah boleh pergi selalu. Apatah lagi kalau tidak cukup belanjawannya, memang kepunanlah jawabnya. huhuhu

(Gambar: Pemandangan indah dari dalam kereta kabel)

Untuk itu, kali ini maza tidak mahu melepaskan peluang. Maza cekalkan hati juga. Sambil-sambil itu menawarkan kepada keluarga maza kalau-kalau mereka mahu menemankan maza ke atas puncak Gunung Mat Cincang sana.

"Tak mahulah abang"

"Jangan takut, tak ada puaka di atas puncak Gunung Mat Cincang tu..."

Hanya Nasrun yang memberikan jawapan positif. Darling, Daniel, Aqlan dan emak menolak. Masing-masing takut macam maza juga. Jadinya maza dan Nasrun sahajalah yang menaiki kereta kabel itu.

Kalau dulu harga tiketnya RM8.00 untuk orang dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak (tahun 2005). Sekarang ini harga tiket sudah naik.

Kini seorang rakyat Malaysia dewasa (mesti disertakan Mykad) tiketnya berharga RM15.00 dan kanak-kanak pula RM5.00.

Tiada atau gagal menunjukkan mykad tambangnya RM30.00 (hambik ko!).

Pucat jugalah maza dalam kereta kabel itu. Mujur juga ada Nasrun yang betah bercakap. Akhirnya dapatlah maza mengawal macho di hadapan pelancong Sweeden yang cute-cute itew...hehehe...

(Gambar: Nasrun bersama pelancong Sweeden. Alahai, kanzzz?)

Maza cuba berborak dengan mempromosikan Langkawi kepada pelancong tersebut. Maza katakan kereta kabel ini ialah yang tertinggi di dunia untuk kategori kawasan tropika (walhal kelentong belaka hehehe). Mat saleh itu melopong dan mengangguk-anggukan kepala.

"Hmm.. We are now riding the highest cable car ever have in the world. This cable car is in diffrent category from skies cable car back in Sweeden mountain. I'am sure the skies cable car in Sweeden is higher than this one. Because its located on top of mountain, covered with snow", kelentong maza.

"Oh! We are Sweedies" senyum simpul minah saleh itu setelah melopong seketika.

maza pula yang mati akal, punah segala frasa kata (jerat makan tuan). hahahahha

(Gambar: Lelaki Sweeden cuba mengerti celoteh Nasrun)

Terdapat dua hentian. Di hentian teratas, pemandangannya sangat indah. Hampir seluruh Langkawi dapat dilihat. Udaranya pula terasa sejuk, segar dan nyaman walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Oleh kerana agak tergesa-gesa menuruni gunung tersebut (disebabkan darling, anak-anak dan emak sedang menunggu dan tidak mahu berlamaan di bawah sana), maza tidak sempat pula menjejakkan kaki ke jambatan gantung terpanjang dan tertinggi itu. huhuhuu...

(Gambar: Sebahagian jambatan gantung di Gunung Mat Cincang, Langkawi)

Tetapi maza sempat pula berkenalan dengan En. Sayeed daripada Mekah Al-Mukaramah. Dia sedang berbulan madu. Ini kali pertama Sayeed datang ke Langkawi dan dia mahu mengulanginya lagi.

"Jannah! Jannah!" kata Sayeed sambil memerhatikan ke segenap ufuk di atas puncak Gunung Mat Cincang.

(Gambar: Sayeed bergambar kenangan bersama isterinya di puncak Gunung Mat Cincang)

Jadi kengkawan, kalau pergi Langkawi, jangan lupa ya singgah perkarangan kereta kabel, di Oriental Village.

(Gambar: Deretan kedai cenderahati di Oriental Village. Seni reka bentuk Eropah di taman perkampungan, perkarangan kereta kabel Langkawi)

Kita daki Gunung Mat Cincang dengan kereta kabel sambil window shopping di perkampungan perkarangan kereta kabel itu. Satu pengalaman yang amat berharga dan menarik. Asyikkk sehhh...

Usahlah takut naik kereta kabel. Tidak ada penunggu atau puaka di Gunung Mat Cincang yang akan menggangu kengkawan! hehehe...



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails