Februari 13, 2010 (Sabtu) - Ketika itu azan maghrib baru berkumandang di menara Masjid Kota Damansra. Mulanya maza tidak perasan kalau tidak terdengar pekikan anak-anak maza.
"Aeroplane ayah! Aeroplane!", anak-anak meluruskan jari telunjuknya ke arah sebuah kapal terbang yang berlegar-legar.

Tidak cukup itu, ia membuat junaman yang cukup merbahaya.
Maza rasa kapal terbang tersebut bermasalah. Tidak pernah maza melihat pergerakan merbahaya tersebut.
Maza capai telefon bimbit. Bersiap sedia menelefon 999. Kalau sesuatu bahaya muncul, dapatlah kita bersiap sedia dan memberi bantuan kecemasan.
Lagipun maza cukup ngeri kalau kapal terbang tersebut terhempas di kawasan perumahan ini. Apatah lagi kalau ia terhempas di hadapan kami. Entah apalah nasib kami selepas itu?!

Tiba-tiba kapal terbang itu terus menjunam!
Suasana panik berlaku. Saksi yang ada semuanya menjerit. Maza sempat menutup mata!
Bahkan gerakan heroic beliau cukup mengagumkan. Kapal terbang yang biol tadi ditangkapnya dengan tangan. Kemudian dia mendekapnya lalu membawa pulang.
Mujurlah ada orang yang begitu berani menggadaikan nyawa demi kami yang melalui kawasan tersebut!

psst: maza ingat, kalau gunakan lens 18-200mm lagi ok, kot? Tak pun 55-250mm IS canon... huhuhu.. nono camner ni nono? huhuhu