"Aku sedih betullah, laki aku tak bagi ikut pergi ke Bali" terang Ros.
"Eh! Kenapa pulak dia tak bagi. Ni mesti ada something ni", gosip Bedah.
"Entahlah. Tapi dia pergi dengan En. Suib dan Tapa. Katanya ada kerja kat sana. Boss suruh pergi."
(Gambar hiasan: Jijah dan Anis. Kadang-kadang kita tak perasan perangai kita pun macam budak-budak. Sembang petang Khamis malam Jumaat. hehehehe)
"Huh! Kalau aku, aku tak kira. Aku ikut juga laki aku tu. Lagi-lagi tempat macam tu. Bagi ke tak bagi ke, aku tetap nak ikut. Hentak-hentak kaki pun jadi! Kalau kena tinggal juga, SIAP! Balik nanti aku suruh dia tidur luar aje. Biar padan dengan muka dia."
Amran menyampuk, "Wakakaka.. Korang ni lawaklah. Laki si Ros tu kan pergi kerja. Kena assignment kat sana. Tak baik tau buruk sangka. Tentu ada banyak sebab yang dia tak nak bawa Ros. Lagipun kalau suami tak bagi tu, janganlah berontak-sakan. Karang jatuh hukum D.E.R.H.A.K.A!"
"Elleh! Laki zaman sekarang... Sikit-sikit cakap durhaka. Tu, cuba tanya ustaz kat sana. Berapa banyak suami yang buat derhaka kat kita! Bila dia buat derhaka kat bini, jangan pula salahkanlah bini jadi derhaka juga. Sebab dia pun GAGAL mendidik bininya!" Bedah menjelirkan lidah sambil menarik muka masam.
"Wakakaka... aku cuma mengingatkan aje. Tak mau lah lihat kawan-kawan aku terpekik terlolong kat ahirat. Aku memang tak boleh tolong punya. Nasib aku sendiri pun aku tak tahu.
Errr... kalau Tuhan nak balas kat atas dunia ni dengan cash pun boleh. Jadikan rumah tangga tunggang langgang. Porak peranda disebabkan asyik nak tunding jari sana sini.
Tapikan, kalau kau orang nak berdolak-dalih apa yang aku cakapkan itu, tak mengapalah. Kita tengok ajelah nanti. Lagipun hidup ini tak lama mana pun!" selamba Amran berhujah sambil menyuakan kuih ke mulutnya.
"Takut-takutkan kita konon," jawapan bisa Bedah bernada mengejek.
"Bukan takut-takutkan. Cuba kau bayangkan. Sekarang ini seolah-olah kita hendak membalas dendam terhadap kepincangan suami. Walhal kita mahukan terbaik untuk diri kita sendiri.
Bayangkan. Katakanlah, suami kita pernah buat salah terhadap kita. Atau kita pernah rasa suami kita tak bertanggungjawab. Kemudian sebagai balasan di atas kesalahan suami itu, kita lawan dia. Betul-betul punya lawan.
Akhirnya, kita hanya berpusing-pusing tempat yang sama. Saling salah menyalahi dan berdendam.
Lalu perkara yang baik, yang selalu kita mimpikan dalam hidup ini, terus tak akan menjadi kenyataan.
Sebab masing-masing tak mahu betulkan keadaan dengan diri sendiri membuat perkara yang betul. Dan menghentikan polimik berbalas dendam tersebut.
Kalaulah kita ambil inisiatif sendiri untuk menjadi manusia baik. Kita HENTIKAN perkara 'sumbang' dalam keluarga kita. Insyallah dengan keberkatan, kesungguhan dan kebaikan kita tadi, segala kecurangan dalam keluarga dapat di atasi.
Perangai kita sebenarnya akan dicontohi anak-anak kita. Jika kita mempunyai anak lelaki. Sudah pasti ia memberikan tauladan yang baik untuknya untuk bertindak sebagai suami yang baik pada suatu hari kelak. Menjadi lelaki yang hebat. Bukankah itu lebih baik?
Begitu juga pada anak perempuan. Memberi contoh untuk menjadi ibu yang baik, bahkan lagi hebat daripada kita.
Lambat laun, sekiranya ini dipraktikan secara berterusan serta doa yang tidak putus. Insyallah, suami yang nakal tadi akan tersedar dan kembali menjadi suami yang baik serta bertanggungjawab.
Tatkala itu siapakah yang akan berasa begitu bahagia?!
Dan apabila suami sudah menjadi baik dan bertanggungjawab, janganlah pula kita ungkit-mengungkiti. Itu tak lebih untuk menjahanamkan terus institusi kekeluargaan. Bahkan seolah-olah meminta agar Tuhan menimpakan bala untuk kita.
Bila suami sudah jadi baik atau mengajak jadi baik, jangan pula sampai kita jadi manusia yang suka berdolak dalih. 'Abang buat alim-alim kucinglah. Dulu jahatlah dan sebagainya.'
Lepas tu, di kemudian hari nanti, janganlah pula salahkan suami tak mendidik isteri! Sebab suami telah mengajak benda baik tetapi isteri berdolak dalih, bahkan mengambil contoh tak baik dari perangai lama si suami. Bila mana suami bagi contoh yang baik, isteri pula tidak mahu ikut.
Firman Allah Azzawajala, 'Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.' (Surah Al Anfaal: 25)
Lagipun, menjadi baik dan membawa seseorang itu menjadi baik contohnya suami kita, adalah jihad dan dakwah yang paling besar! Syurga firdaus terbentang luas untuk isteri yang baik-baik seperti ini!"
****
Bagi maza, kedua-dua makhluk tersebut punya ego yang tinggi. Seorang tak boleh nak dengar nasihat, seorang lagi tak mahu mengalah.
Tapi apa yang Bedah perkatakan itu ada kebenarannya.
Namun, utamakanlah selamatkan diri dan keluarga dari bakaran neraka. Kalau tahu durhaka itu membawa ke neraka, maka jangan lakukan waema suami kita itu boleh kategori kaki kondem!
Firman Allah SWT dalam Al Quran, "....Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari bakaran api neraka yang bahannya daripada manusia dan batu..." (At Tahrim: 6).
Ini juga ada kaitan, perbuatan jahat seseorang itu akan ditanggung oleh orang itu di akhirat. Makna kata, kita akan tanggung segala perbuatan jahat yang kita lakukan walaupun sebesar zarah!
Begitu halnya, suami perlu pertingkatkan diri! Dari segi keupayaan, kemampuan dan disiplin diri.
"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berpikir?" (Quran, Surah Al Baqarah: 44)
Kalau isteri komplain juga, perlulah lihat diri dan berikan tarbiah yang terbaik. Perlu elakkan lempang dan tempeleng walaupun perangai isteri ibarat 'kaduk naik ke junjung', sudah mencucuk mata! Kena ingat juga, hari ini sudah ada termaktub Akta Keganasan Rumahtangga.
Silap haribulan, si suami meringkuk dalam penjara, walaupun dia benar dalam mentarbiah isteri.
Pinggan ayan: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tangan.. aduhaiiii...