‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 21 Mei 2009

Nikmat Yang Dibazirkan.

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a katanya:

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan KELAPANGAN” (H.R. Bukhari)


Setengah daripada kita berusaha bagai nak rak. Kerja siang dan malam hingga lupakan kesihatan sendiri.


Kadang kala kita tidak faham kenapa mereka berbuat demikian hingga menggilai harta kekayaan.


Ada pula itu kerana terlalu fobia dengan kemiskinan hinggakan merasuah anak-anak mereka dengan pelajaran dan pendidikan material semata-mata. Kalau orang dahulu mereka sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris.


Kononnya hanya dengan bersekolah Inggeris sahajalah nasib keluarga akan terbela. Bersekolah Inggeris sahajalah mereka menjadi pandai dan mendapat laluan besar untuk mengumpul kesenangan dan harta kekayaan.


Ya benar. Nabi SAW pernah bersabda:

“Beribadahlah kamu seolah-olah keesokan harinya kamu akan mati. Dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.”


Tetapi di dalam soal ini, bukanlah hidup kita disuruh menjadi hamba kepada kebendaan. Tetapi hakikat kedua-dua hadis di atas adalah tentang keseimbangan hidup.


Antara sedar, dengan tidak, atau sememangnya sengaja, ada antara kita mengabaikan pendidikan theology (ilmu ketunanan), rohani, adab dan akhlak! Apa yang kelihatan di prespektif, minda dan hajat ialah KESENANGAN. Malangnya kesenangan yang dicari itu adalah kesenangan maya yang berbentuk sementara.


Malah ada antara kita berfikir, kononnya anak-anak apabila dewasa kelak mampu menimba ilmu tentang ketuhanan, ibadah, dan syariah itu sendirian. Ada yang beranggapan bahawa anak itu nantinya secara otomatis mampu membentuk sikap dan akhlak terhadap agama.


Lantaran itu, ada antara kita sudah memandang isu pokok ini sebagai perkara ranting. Soal kekuatan diri, rohani atau kejiwaan dianggap soal yang remeh.


Walhal hakikatnya mereka terlupa bahawa soal mati bisa dijemput pada bila-bila masa!


Pengabaian yang ketara ini menyebabkan jiwa manusia menjadi sentiasa kekosongan. Soal teknologi, sains dan material boleh dibina dan dibentukan. Soal harta boleh dicari, boleh dikejar. Tetapi soal jiwa, soal hati, soal matlamat hidup, bagaimana pula?!


Sola agama, soal jiwa bukanlah sesuatu yang enteng! Yang boleh dikutip ditepi jalan atau 'dirembat' dari kotak susunan memori rak-rak buku di perpustakaan!


NIKMAT YANG HILANG


Oleh kerana dek keasyikan bekerja, mengejar amat sangat keduniaan hingga lupa waktu lapang. Waktu lapang yang perlu untuk diri sendiri dan keluarga. Waktu lapang untuk merehatkan badan. Mesin pun akan rosak dan jahanam sekiranya terus-terusan diasak.


Lalu manusia melupakan nikmat besar ini. Iaitu waktu lapang dan kesihatan diri.


Ada sesetengah dari kita waktu lapang yang sengang dipenuhi dengan perkara-perkara sia-sia. Tidak pula diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Seperti hanya tertonggok di depan TV mengadap siaran ASTRO dua puluh empat jam itu tanpa mengambil iktibar!


KESEIMBANGAN HIDUP


Firman Allah SWT di dalam Al Quran antara maksudnya, “Dirikanlah solat dan tunaikan zakat” (al Bakarah dan beberapa surah lain).


Ayat seumpama ini diulang-ulang beberapa kali di dalam Al Quran. Semangat dan pelajaran yang hendak ditunjukkan di sini ialah keseimbangan hidup dalam pembahagian masa.


Apa yang boleh kita pelajari di sini ialah, Allah SWT menghendaki dan menyuruh kita agar sentiasa menjaga keadilan dan keseimbangan hidup. Pertama-tamanya sentiasa ingatkan Allah SWT, berzikir, bersolat, dan sentiasa membuat kebaikan.


Dalam masa sama diseimbangkan dengan keperluan peribadi dengan mencari harta kekayaan dan nikmat di dunia ini. Seperti firman-Nya lebih kurang berbunyi:


“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerna sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al Baqarah : 168)


Apabila memperolehi nikmat kekayaan itu, sekali lagi jangan lupa lapangkan masa untuk kembali mengingati Allah. Lalu ia diperkuatkan pula dengan arahan wajib berzakat! Serta saling tolong menolong.


Tetapi kalau terlalu asyik sangat mengejar harta, mampukah kita lakukan itu. Mampukah kita menikmati nikmat-nikmat lain seperti nikmat membantu orang lain, menghulurkan tangan dan bergotong royong membersihkan kuburan, menikmati kedinginan air terjun bersama keluarga, menghayati pemandangan gunung ganang, beriktikaf di surau atau masjid, berqaimulail?!


Sesungguhnya Allah SWT menjadikan masa dua puluh empat jam itu sama seperti dengan orang lain. Makhluk lain juga menerima masa dua puluh empat jam sehari.


Tetapi sesetengah dari mereka menjadi orang berjaya dan berguna. Berguna kepada diri, kepada agama, keluarga dan bangsa. Mereka inilah golongan yang berjaya.


MAKNA SEBUAH KEHIDUPAN



Kehidupan mereka penuh dengan keseimbangan. Lantaran itu mereka memperoleh kebahagiaan.


Mereka juga mencari harta sebagaimana kita lakukan. Tetapi jangan lupa, mereka juga ada waktu lapang dan mereka menikmati waktu lapang itu dengan sempurna.


Bahkan hadis Nabi SAW ada mengatakan bahawa:

“Barang sesiapa yang inginkan diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia memanjangkan silaturahim.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Jika banyak masa telah dihabiskan dengan hanya, kerja, kerja, dan kerja semata-mata, masakan ada masa untuk memanjangkan silaturahim!


Kalau asyik kerja dan kerja kemudian kerja selama begitu, jawabnya kesihatan pun terabai. Masa lapang berlalu begitu sahaja. Sedar-sedar giginya sudah luruh, badanya sudah lusuh, lutut pula lenguh-lenguh!


Ketika itu penyakit sudah mula bersarang. Sengal sana sini membataskan diri. Masa yang lengang sudah menjadi sempit!


Jadi APAKAH MAKNA HIDUP yang kita lalui selama ini?! Bermaknakah hidup ini?


Bagi maza, waktu lapang tidak semestinya dihabiskan dengan mengeletek ketiak anak-anak atau isteri. Kekadang kita boleh memanfaatnya melalui KEMBARA JALANAN (hehehehe).


Dalam mencari makna hidup juga haruslah hindari perasaan dengki dan cemburu. Malah berlumba-lumbalah mencari sesuatu yang hak, yang sebenar, bukan harta yang bersifat sementara sahaja. Hal ini diperjelaskan oleh Allah SWT di dalam ayat berikut:-


"Jangan kau tunjukkan pandanganmu (keinginanmu) kepada kenikmatan (kekayaan dan banyaknya anak-pinak) yang Kami kurniakan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang kafir, atau golongan manusia yang lain). Itu hanya sekadar kemewahan hidup di dunia ini (sahaja), yang merupakan UJIAN bagi mereka, sedangkan kurniaan Tuhan (nikmat bahagia, syurga, rezeki, lega, lapang dan nikmat-nikmat yang lain) lebih bagus lagi dan lebih abadi." (Taha : 131)

Dari situ kita boleh melihat dan menyedari betapa kerdilnya makhluk dan betapa hebatnya Allah SWT! Allahuakbarrrr...Takbir...Allahuakbar.....


bebelan dari maza



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails