‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 31 Januari 2010

Teratas Di Persada Pedana

(Gambar: Geng 8)
Januari 23, 2010 (Sabtu) - Soya Station, Seksyen 6, Kota Damansara, jam 8.00 malam telah diadakan penyatuan semula oleh geng 8. Mereka merupakan bekas pelajar UM yang pernah tinggal di Kolej Kediaman Kinabalu (8th Collage).

Sambutan kali ini diluar dugaan!

Lebih daripada dua puluh orang turut menghadiri sama. Semuanya berbekalkan semangat 'Teratas Dipersada Perdana".

Sebelum ini telah diadakan program seumpama itu, tetapi sambutannya kurang memberangsangkan.

Terima kasih Face Book kerana menghubungkan kami setelah hampir sedekad meninggalkan Kolej 8.

(Gambar: gambar beramai-ramai. Antara yang hadir)

Antara kami ada juga datang dari utara tanah air sejauh Kedah Darul Aman, Seremban, Melaka, Teluk Intan juga sekitar Lembah Klang.

Tahniah di atas usaha anda yang hebat ini!

Kali ini program di anjurkan oleh En. Azahari.

(Gambar: En. Azahari)

(Gambar: En. Nazim)

Apa yang maza perkatakan ialah satu permulaan yang bagus dan akan disusuli dengan program dan penyertaan yang lebih hebat lagi!

Antara agenda kali ini ialah:-
  1. Makan-makan
  2. Ucapan pengajur, En. Azahari
  3. Ucapan bekas Presiden Kolej 8 = En. Bakri bin Mat
  4. Ucapan bekas Pemangku Koleh 8 = En. Nazim
  5. Program lanjutan
  6. Lawatan bekas Pengetua: En. Md. Ali
  7. Sesi fotografi
  8. dan program diakhiri dengan menyanyikan lagu Kolej 8, "Teratas Di Persada Perdana"
Majlis berlangsung dengan jayanya, santai dan penuh kasih sayang.

(Gambar: Rais (bertopi) dan Bakri)

(Gambar: Rozlan Mohd Nor (RMN)

Penyudahnya, sudah lama benar tak berembun dan ceria sakan, hari ini maza demam! Mungkin juga demam kerinduan...

Berikut beberapa detik-detik manis yang sempat maza rakamkan.




Jumaat, 29 Januari 2010

Jodoh Yang Tak Kesampaian!

Hampir manghrib tadi maza terlelap. Penat sangat rasanya. Sudah dua hari badan rasa lain macam. Nak kata demam tidak pula, tetapi terasa seluruh badan letih!

Sempat jugalah maza berdengkur dek kepenatan itu. Lalu termimpilah pula. Mimpi zaman remaja dolu-dolu punya alkisahlah.. heheheheh.. Iaitu mimpinya ialah maza pernah berangan untuk memiliki kereta sport. Untuk melaram dan memikat burung katanya. Eksyen dengan kawan-kawan kat kampung pun ya! hehehehhe

Mujur juga sampai umur dewasa, sudah besar panjang seperti ini tidak memperoleh kereta sport seperti itu. Kalau tidak, alahaiiii.... hehehhehe... (kiranya jodoh dengan kereta spot masih tidak kesampaian gitew! huhuhu)

Kebetulan pula model kereta sport mainan anak-anak maza ada di bakul simpanannya. Ditambah pula perasaan bosan setelah menuntun cerita Jangan Tegur Lagi di TV3 membuak-buak. Tiba-tiba teringat pula blog si nono, en_me dan adila.

Segera maza menyambar kamera dan menungeng-nungenglah maza sendirian mencari sudut amatur terbaik!

Maka kawan-kawan sekalian, saksikanlah hasil seni yang tak berapa nak seni dari maza ini. hehehehe..



Jadi, sesiapa yang rasa maza berbakat dan mahu merakamkan potretnya, ahaks, boleh sahaja maza berjasa kepada anda! hehehehehe



Selasa, 26 Januari 2010

Lagi Bayi Mati Tercekik Puting!

Semalam emak pesan, belikan puting susu si bayi baru lahir itu. Di hati maza, kurang setuju untuk melatihkan anak-anak maza berputing kopek! Jawabnya maza buat-buat terlupa beli puting kopek itu.

Pagi tadi ketika bersarapan maza terpandangkan tajuk berita di Harian Metro. GEMPAR!


Segera maza melompat menyambar telefon bimbit. Cepat-cepat maza hubungi isteri.

"Darling, jaga anak kita jangan sampai tercekik puting. Karang jadi macam bayi dalam surat khabar Metro. Mati tercekik puting masa tidur menyusu!", pesan maza bersungguh.

Isteri maza berasa aneh dan menjawab dengan tenang, "Abang..., tak kan la... anak kita boleh tercekik puting. Dia kan nenen ibu (menyusu badan). Errr... nenen ibu pun boleh tercekik gak ke?"

"Errk! Bukan apa... aaa.. cuma.. aaa... berhati-hati di jalan raya.. aaa... mana tau boleh tersengkang kat tekak ke.. err.. aaa", ... tut.. tut.. tut.. Maza mati kata. Dan-dan; sekejap itu juga telefon terputus talian.


Isnin, 25 Januari 2010

maza Cuba Perbaiki Kedudukan


Januari 24, 2010 (Ahad)
- Pin-junction Bowling Center di e@Curve, Mutiara Damansara telah mengadakan pertandingan 9 Pin-Junction untuk mereka yang handicap 5 ke atas.

Seramai dua puluh sembilan (29) orang telah mengambil bahagian. Termasuklah maza yang baru suam-suam kuku berkecimpung dalam arena bowling ini. (Pada hal sebelum ini haram tak kenal pun pin ball itew)

Pertandingan telah bermula pada jam 9.30 malam dan tamat 12.30 malam dengan maza adalah peserta pengabisan menghabiskan balingan pin..

Setiap peserta berpeluang bermain sebanyak lima (5) games. Peserta boleh menggunakan nama samaran masing-masing. Jadi maza pun menggunakan nama samaran HERO!... hehehehehe...

Keputusannya, maza dapat no. 17 dengan jatuhan pin 894 (huhuhu).

Jadi, pertandingan akan datang, akan maza perbaiki rekod ini.

Sebelum itu untuk pengetahuan kawan-kawan, tiada suatu pun barangan bowling yang kepunyaan maza atau ditaja, kecuali maza gunakan kesemua kemudahan daripada pusat bowling itu. hehehhe. Ini bermakna peralatan bowling akan termasuk di dalam senarai untuk dimiliki segera! hehehhe...

Berikut gambar beberapa orang yang telah memenangi pertandigan itu.


(Gambar: Hadiah disampaikan oleh Cik Junaidah)

Johan kali ini ialah En. Akmal (jatuhan pin 1083) dengan membawa pulang RM300.

Naib Johan pula ialah En. Junaid (jatuhan pin 1073) hadiah berupa RM150.

(Gambar: Juara En. Akmal berbaju biru dan En. Junaid naib juara)

Manakala tempat ketiga ialah En. Daud (jatuhan pin 1057) dan memperoleh RM80.
Hadiah dari nombor empat hingga kesepuluh berupa RM10.00 seorang.

Sekian sahaja laporan maza untuk kali ini, akhir kalam maza mengucapkan "Majulah Sukan Untuk kesihatan kita!"




Jumaat, 22 Januari 2010

Siapa patut didahulukan?!

***
selingan...

(Gambar: Jata Negeri Johor Darul Takzim)

Hari ini langit bertukar mendung. Suasana sayu menyelubungi alam.

Maza merafak sembah mengucapkan takziah kepada kerabat Diraja Johor juga rakyat jelata Johor di atas kemangkataan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almutakawakil alallah Almarhum Sultan Iskandar (pada 22. Januari 2010, Jumaat).

Akhirnya tumpah jua air mata maza ke bumi. Walaupun hampir dua dekad merantau di bumi asing, namun hati dan jiwa maza masih tetap di Johor. Anak jati Johor ini mengangkat sembah Duli Tuanku!

Semoga ruh ke bawah duli tuanku bersemanyam di sisi orang-orang yang soleh dan mendapat limpah rahmat dari Allah SWT!

Kepada Ke Bawah Duli Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim, patik merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah di atas pemasyhuran tuanku sebagai Sultan Johor Darul Takzim. Digarhayu tuanku. Selamatlah Sultan Johor bersemayam di atas singgahsana memerintah negeri dan tanah jajahannya.

Patik rakyat Johor mengangkat sembah:
"DAULAT TUANKU!", "DAULAT TUANKU!", "DAULAT TUANKU!"
***

"Saya nak buanglah pokok bunga depan rumah tu. Kata mak saya menyemak mata aje. Tak sesuai dengan rumah baru kita ni. " Suri bersuara.

"Tak payahlah. Bunga tu tak ada apa-apa salahnya." balas Saidin lembut kepada isterinya.

"Tapi mak saya tak suka. Dia cakap buat sakit mata!"

"Bunga itukan mak saya yang tanam. Dia suka kat depan rumah tu. Biarlah."

"Mak saya suruh saya buang dan gantikan pokok bunga ros. Ha! Barulah harum dan cantik rumah kita."

"Kalau kita buangkan nanti, kecil hati mak saya pulak. Lagipun mak saya dah pesan, jaga baik-baik pokok tu."

janda merana
(Gambar: Pokok juga makhluk Tuhan.)

"Saya cuma nak jadi anak yang solehah. Taat kepada emak. Saya hanya menurut perintah emak. Kalau tak ikut karang, saya menderhaka", Suri merenung tajam suaminya.

Saidin meletakkan surat khabar ke riba sambil membetulkan cermin matanya. "Awak ni sebenarnya salah konsep. Mari saya betulkan."

"Ha, macam mana?" gerutu Suri sambil membetulkan duduknya.

"Si isteri wajib taat kepada suami. Itu jelas sebagaimana diperkatakan di dalam Al-Quran. Semua orang tahu.

Manakala si suami pula wajib taat kepada kedua ibubapanya. Hal ini diambil contoh dari nas surahtul Ibrahim.

Iaitu bagaimana Nabi Ibrahim A.S pernah menasihati si anaknya, Nabi Ismail A.S untuk menceraikan isterinya. Lalu Nabi Ismail A.S menceraikan isteri baginda dan berkahwin pula dengan isteri baru yang diredhai oleh Ibrahim dan Allah SWT.

Dalam soal taat ini, Rasulullah S.A.W ada menekankan betapa si suami wajib taat kepada kedua ibubapanya!"

"Ooo! Abang nak menangkan emak dialah tu."

(Gambar: Daniel keliru mahu ikut mana satu)

"Ish! Bukan begitu sahaja. Bahkan taraf taat kepada ibu kepada suami itu lebih aula' (utama) iaitu tiga kali ganda daripada bapa.

Maknanya, kalau si ibu kepada suami berkata ceraikan isteri kamu, maka wajib taat!

Jadinya, wanita perlu taat kepada suami, tetapi si suami pula wajib taat kepada ibunya.

Dan bukankah ibu itu juga seorang wanita? Awak juga seorang wanita dan punyai anak. Nanti anak-anak awak pun sama jugalah.

Pendek kata, putaran taat tetap adil dan saksama. Cuma sama ada kita sedar atau tidak.

Sebagai kesimpulan tarbiah petang Jumaat ini, kalau saya wajib taat kepada emak saya, awak apatah lagi, wajib juga mentaati mertua awak. Kalau tidak, derhaka, tahu!

Sepatutnya juga, perkara 'gaduh-gaduh' antara awak, sebagai isteri, dengan ibu mertua tak akan wujud kalau difahami betul-betul.

Sebab perkara hiraki keluarga Muslimin telah jelas dicontohkan oleh Islam. Setidak-tidaknya telah diperjelaskan semenjak zaman Nabi Ibrahim A.S lagi.

Hmm... saya nak tambah lagi. Mentang-mentang saya cakap macam ini, tidak bermakna awak dan saya tidak perlu melayani kerenah orang tua awak. Kita kena hormati mereka. Tetapi utamakan yang aula' dahulu. Barulah kita akan selamat... Dah! Apa lagi? Pergi buatkan saya lempeng dan teh panas."

"Ish. Ya lah, ya lah...", Suri menghentak manja kakinya ke lantai.

"Erk! Kalau awak nak tahu lagi, berbuat baik terutama kepada suami dengan ikhlas adalah disayangi Tuhan."

"Yalah! Awaklah yang betul", getus Suri.

Saidin menggeleng-gelengkan kepala sambil menyambung kembali membaca akhbar yang terhenti tadi.


pinggan ayan:-
Nabi SAW pernah berpesan.
Fitnah ke atas agama akan datang. Di mana kerosakan akidah besar-besaran akan berlaku. Sehingga seorang Muslim itu sendiri sudah tidak dapat bezakan antara dosa dan pahala, antara kebaikan dan keburukan. Sebagaimana gelap hati mereka seperti hendak membezakan semut di atas batu di dalam malam yang gelap gelita.
Iaitu tatkala seorang lelaki Muslim mula:
1) menjadikan wanita sebagai kiblat mereka.

2) Emas, perak, wang ringgit dan harta kekayaan menjadi penentu kebenaran dan kebatilan. Iaini mereka sanggup menggadaikan dan menjual agamanya demi keuntungan dunia yang sedikit!


psst: adakalanya suami turut rasa serba salah di atas permintaan dua wanita ini. Tak dengar cakap ibu karang menderhaka. Bila menegur isteri yang punya kaitan dengan si ibu kita, karang hati isteri terluka dan isteri rasa tak sayang padanya.. Bila isteri merajuk, jwabnya si suami terpaksalah mengalah dengan tidur di luar! Aduhaiiii..

.. huhuhuhu..nauzubillah!


Selasa, 19 Januari 2010

King atau Kuli?! Pilihan anda yang mana satu?

Ramai orang bertanyakan kerjaya maza. Macam-macam spekulasi yang muncul. Ada yang benar ada yang tidak!

Ada tu membawa mulut yang maza ini seorang boss atau majikan disebuah syarikat yang hebat! huhuhu... ameenn, mudah-mudahan apa yang diperkatakan itu dimakbulkan Tuhan.

Ada juga yang memandang sebelah mata. Katanya maza ini kuli cabuk! Tak mengapa, maza menerima juga seadanya. Apalah ada pada pangkat, kanzzz? (ayat orang yang sentimental gitew.. hehehehe)

(Gambar: Mencari rezeki yang halal)

Sebenarnya kerjaya maza ini bebas dengan cara tersendiri! Nak kata terkongkong dengan satu kerja sahaja, tidaklah pula. Hendak kata betul-betul bebas pun tidak juga... huhuhu!

Jadinya, maza bukanlah raja dalam syarikat dan tidaklah pula kuli batak sepenuh masa. Tetapi selalu jugalah menjadi kuli gitew.

King atau Kuli?!
Pilihan anda yang mana satu?


Di suatu petang yang indah, maza berborak dengan seorang apek. Apek ini berniaga di sebuah pekan kecil.

"Lu mau kerja jadi apa? Mau jadi kerja macam raja ka, atau macam itu kuli?"

"Eh! Saya hendak jadi raja lah. Tu pun kalau dapat. Senang sikit kerja. Duit pun banyak!"

"Wa cakap sama lu. Wa biar kerja macam kuli, tapi hidup aaa... macam raja!"

"Aik, macam mana tu?!"

"Tempat kerja, macam sekarang wa bikin bisnes. Lu nampak wa buat kerja macam kuli. Lari sana, lari sini. Kena marah sana, marah sini. Customer bikin wa macam-macam. Jadi wa nama saja boss tapi kerja macam kuli lorr....

Tapi tak apa!

Di rumah wa pulak jadi raja. Ada rumah besar! Ada tv besar! Ada bini lawa, ada kereta cantik. Kereta besar dan mahal. Duit ada banyak. Cakap sahaja boleh dapat. Boleh cuti luar negara. Hati manyak senang. Macam itu King Arab Saudi.

Tapi kalau lu kerja macam raja. Itu lu macam jadi itu pengurus aaa.. Lu boleh perintah orang pergi sana, pergi sini. Belakang lu boleh marah orang sana. Marah orang sini. Lu banyak senang kerja. Tak tak susah hati punya. Tak banyak keluar peluh punya.

Tapi lu kena ingat lorr. Itu pengurus masih lagi ada boss. Dan lu makan gaji. Lu boleh marah kuli lain suka hati, tapi itu duit gaji boss bagi. Kadang-kadang gaji tak tak cukup lorr. Cukup bulan duit sudah habis.

Bila lu balik rumah lu pening kepala. Duit tak ada. Tak cukup mau makan, mau anak sekolah, mau bayar itu bil utiliti. Sekarang di rumah lu kena fikir dan kena kerja kuat lagi lorr.. Lu hidup susah macam kuli lorr...."

"Ooo... itu macam ka apek?"

"Ya lorr! Kerja macam KULI tapi hidup mesti macam KING!"

"Err.. apek. Kalau saya mau jadi KING itu tempat kerja dan king juga di rumah, apa macam?"

"Kalau itu macam haa.. Lu jadi KING KONG! Tak payah fikir-fikir, duduk dalam hutan sana lorrr...", apek itu menyeringai menampakan gigi rongaknya.



Jumaat, 15 Januari 2010

Ego Dalam Mesyuarat


Pegawai-pegawai kanan dari Rusia, Cuba, India, Indonesia dan Malaysia telah mengadakan pertemuan meja bulat.

Mesyuarat kali ini membincangkan perihal dagangan dan blok dagangan yang akan dibentukkan. Objektif mereka untuk meluaskan pasaran serantau disamping mengembangkan potensi perniagaan, pertukaran teknologi dan pelancongan kesihatan.

Untuk melambangkan keunikan dan mempromosikan India, mesyuarat kali ini diadakan di dalam keretapi. Perjalanan sejauh enam ratus kilometer ini akan melalui banjaran Himalaya. Pemandangan indah, menghijau dengan gunung-ganang akan melatari mesyuarat tersebut.

Para delegasi berehat di sebuah kabin yang terbuka bagi memudahkan mereka menikmati keindahan alam sekitar dan udara segar.

Selesai makan tengah hari itu, ketua pegawai delegasi dari Rusia mula membuka champagne untuk meraikan perbincangan yang telah berjaya sebentar tadi.

Belum pun sampai separuh, botol champagne tadi sudah dicampakkan ke luar tingkap.

Semua delegasi tercengang.

"Kenapa anda berbuat demikian? Bukankah champange itu mahal dan ianya satu pembaziran?" tegur pegawai Cuba.

Lelaki Rusia itu pun menjawab dengan angkuh, "Ah! Di negeri kami vodka dan champagne begitu banyak. Dan tidak menjadi masalah untuk meraikan dengan cara sedemikiran rupa. Lagipun kami pengeluar terbesar vodka di dunia. Apa yang hendak dihairankan. Ha ha ha.. (ketawa besar)"

Mereka yang tadi berasa hairan mula menangkap maksud delegasi Rusia. Mereka turut sama-sama tertawa meraikan keangkuhan itu.

Kemudian ketua pegawai delegasi Cuba pula menyalakan cerutnya. Cerut yang besar lagi mahal itu pun dihisap. Baru dua atau tiga kali dia hisap. Tidak sampai suku pun, lalu delegasi Cuba itu memotong cerutnya dan membuang keluar dari tingkap keretapi.

Sambil 'mengangkat hidung tinggi', dia pun berkata dengan ego, "Well! Di negara kami cerut ini sudah biasa dan terlalu banyak sangat. Ha ha ha... (ketawa sombong)"

Masing-masing mula menunjukkan kehebatan negara masing-masing. Kini delegasi Malaysia menjadi serba salah. Resah dengan perlakuan angkuh dua negara sekutu tersebut.

Malaysia harus menunjukkan sesuatu bagi memenangi situasi. Atau pun sekurang-kurangnya tidak kalah, jauh sekali dipandang rendah.

Lalu ketua pegawai delegasi Malaysia memanggil seorang Indonesia dan India datang rapat kepadanya.

Kesemua anak mata memaku ke arah pegawai Malaysia itu. Mereka tertanya-tanya sendirian sambil sekali sekala tertawa sinis.

Sebaik sahaja wakil dari Indonesia dan India sampai, lalu mereka itu dicampakkan keluar dari keretapi.

Dengan selamba pegawai Malaysia itu cuba membuktikan, "Well! Di Malaysia terdapat ramai rakyat Indonesia, jadi tidak salah kalau kita mengurangkan sedikit barang seorang dua. Wa ha ha haahahaha... (ketawa keras!) "

Delegasi yang lain tercengang-cengang, "Habis yang India itu?"

"Oh! Rakyat India reti masuk negara kami, tetapi tidak mahu pulang dan hilang tak berjejak!", pegawai delegasi dari Malaysia cuba mengaitkannya dengan isu kebanjiran pelancong India yang seramai 40,000 orang, tinggal lebih masa di Malaysia dan tidak dapat dikesani.


Selasa, 12 Januari 2010

Isteri Bersalin, Suami Bercuti?! hmm...

"maza bila nak masuk kerja?", kata kerani.

"Kan cuti paternity leave sebanyak 7 hari?" jawab maza.

"Eh lamanya?! Saya tak pernah tahu pasal 7 hari itu?"

"Semua orang tahu. Dalam Labor Law pun ada kata 7 hari"

"Betul ke ni?.."

"Kenapa?"

"Kena masuk cepat. Sebab ada banyak kerja kat pejabat. Ada urusan penting untuk selesaikan. Pasal visa pekerja Bangla tu. Tiket berlepas Isnin depan. Kena pergi imigresen di Putrajaya. Awak sahaja yang ada kad kuning dan ada access. Hari Khamis ni kena pergi sana!"

"Gila! Saya sendiri di rumah ni pun tak senang duduk lagi. Ada banyak tugasan nak kena buat. Daftar bayi pun tak buat. Bayi saya kena kuning. Dan saya juga perlu jenguk isteri. Lagi pun peruntukkan telah jelas dalam undang-undang iaitu 7 hari."

"Tapi awak kena datang juga. Tak ada siapa boleh buat sekarang, kecuali awak"

"... ", berjeda.

"Baik. Saya hanya akan datang bekerja setelah cuti saya ini diganti pada minggu depan. Kalau tak boleh cuti, saya tak mahu buat. Rugilah saya. Siapa nak tengok keluarga saya? Lagipun company tak pernah bagi apa-apa pampasan pun. Apa-apa hal berlaku kepada keluarga saya, company bukannya nak tanggung!"


" ... itu saya tak tahu. Boss suruh datang juga."

"Macam ni. Cakap dengan boss pasal ni. Dan awak juga kena check tentang peraturan undang-udang itu, itu pun kalau awak nak tahu!"

Jeda...

(Gambar: Kabur perlu fokus untuk lebih jelas dan terang)

Telefon berdering.

"Congratulation maza!"

"Thanks boss"

"You have to come on Thursday to settle the Banglas boy's visa. They have to leave back to home on Monday. So I need you to go to Putrajaya on Thursday morning at 10.00 am. I've made arrangement with my cousin in there. You just go and collect the letter and do the rest of the procedure. This boy was over stayed."

"But I still on leave boss. And my baby have jaundice, my wife not well and weak. In fact I still in hospital. I need to look after my family."

"Are sure that you are eligible to have 7 days paternity leave?"

"Yes, I do. Definitely I know about it long before. The doctor over here has also mentioned the same. To further assurance, I was called my friend whose working as M.O (medical officer) at back my home town. He also confirmed the same!"

"We need to send Baglas back home by next Monday."

"I need to check my timetable.... One minute boss. Darling, esok kita ada temujanji ke?.."

Tiba-tiba talian telefon terputus.

Kemudian maza kembali membuat panggil kepada boss.

"Okay boss. I will do the assignment. But I need to have a replacement leave by next week on Monday. If you agree than I will go."

"Alright. Thursday morning at 10.oo morning you should have in Putrajaya. See Mr. XXXX. I will pass his number to you. And any requirement just consult him or me.. bla bla bla.. "

Dalam hati maza berkata, "Huh! Jawabnya aku berkerja dengan tidak ikhlas. Ini bukan jiwa ku!"

Malamnya hati maza masih tidak tenang. Maza berterusan mencari fakta disebalik kejadian siang tadi.

Pergi masjid pun tidak kena. Duduk mengadap anak pun rasa tidak tenteram. Lalu maza mencari nasihat dengan kawan-kawan. Termasuklah nekcun dan juga Mr. Google.

Setelah berpuas hati, maza pun menulis SMS kepada boss.

"It's confirmed that paternity leave is 7 days including holiday and rest day.

I was accompanied with a friend, whose a Human Resource Manager in MNC company. We were read through again the Employment Acts 1955 (Revised 2001). We find that the provision 7 days paternity leave is only applicable to public sector and not to private sector.

So the advise given by doktor and M.O (Medical Officer).., that I was mentioned earlier this morning, are wrong, null & false.

Please accept my apology for all misinterpretation, confusion and misunderstanding.

Anyway, I wish to ask your kindness, generosity and favor, to let me have another one more day leave. I really need it for my son to attend the next appointment to see doctor. And also to settle the son registration procedure @ Pejabat Pendaftaran Negara. I wish to settle all family matters once for all by this Wednesday (13.01.2010)."

Besok tengahari boss baru menjawab mesej maza yang dihantar pada jam 1.00 pagi. Ringkas sahaja bunyinya, "OK."

huhuhuhu

Pinggan ayan:
  • 1) Sektor swasta, tiada peruntukan khusus cuti bersalin untuk suami di dalam mana-mana undang-undang Malaysia. huhuhu sedihkanzz...
Majikan mempunyai kuasa penuh dan hanya berdasarkan budi bicaranya untuk memberikan perlepasan cuti bersalin untuk suami. Cuti bersalin untuk suami dikira sama seperti cuti simpati di atas kematian ahli keluarga.
  • 2) Lain kali kena ingat. Maza kena periksa bersungguh-sungguh dan pastikan baru menjawab lorr.. Kalau tidak malu diri sendiri lorr... huhuhhu
aduhaiiii...






Isnin, 11 Januari 2010

Hanyut Dibuai Perasaan

Januari 9, 2010 - Sakit dan tanda-tanda untuk melahirkan anak ketiga masih tidak terasa. Waktu jangkaan bersalin sudah berlalu dua hari lalu. Kali ini terpaksalah kami lakukan sesuatu. Mengeluarkan bayi dengan jalan induce!



Selepas solat Isyak, doa selamat dibacakan. Dalam pada itu, Si isteri terus hanyut. Di sisi pipinya mengalir air mata suci.

Si isteri menadah tangan dan memohon agar dipermudahkan, keselamatan dan harapan yang menggunung terhadap bayi yang dikandung.

Usai solat dan segala persiapan dari siang tadi sudah disediakan, kami pun bertolak ke hospital PUSRAWI, Kota Damansara.

Aturan dan langkah-langkah untuk induce telah disediakan. Sementara menunggu ubat yang dibekalkan, kami berehat sebentar di dalam bilik wad.

Tidak lama setelah itu, bidan/Staff Nurse pun sampai. "Maaf puan. Kami tak dapat melaksanakan prosedur induce. Ini kerana doktor menyuruh kami memberitahu bahawa degupan jantung anak semakin melemah."


"Apa yang berlaku kepada anak kami? Dua hari lepas dia normal? Bagaimana dengan isteri saya nanti? Nasib anak saya akan datang macam mana?" soal maza dalam cemas.

Di lubuk hati yang paling kudus bersuara gegar-gempita, "Ah Tidakkkk!! Oh Tuhan, tolonglah kami! Kurniakanlah kami kebaikan di atas segala kebaikan."


"Bertenang encik. Kita akan lakukan sekali lagi ujian ECG esok pagi. Sekiranya semuanya baik, kita akan teruskan prosedur ini. Jika tidak, untuk menyelamatkan ibu dan anak, kami terpaksa melakukan pembedahan."

Bersambung esok.. maza berdebar-debar dan terlalu letih... Tungguuuu...

****

Januari 10, 2010 - Pagi-pagi lagi telefon maza berbunyi. Bergegas maza mendapatkannya, walaupun mata memang sungguh berat. Apatah lagi malam tadi maza tidak tidur lena. Risau bukan kepalang. Sambil-sambil itu beberapa doa dan harapan dipanjatkan ke hadrat Ilahi Rabiul Alamin.

"Abang. Doktor dah periksa. Tengah malam tadi pun Dr. Zarina datang menjenguk. Dia kata anak dah mulai stabil. Dah kembali normal. Jadinya bolehlah bersalin seperti biasa."

Syukur, maza panjatkan puji-pujian kepada Allah SWT. Hati berasa lega. Sekarang tinggal proses untuk induce sahaja untuk dijalankan.

Kembali mengenangkan apa yang berlaku, mungkin juga ada kebenaran. Mengikut bidan semalam, barangkali isteri terlalu letih, lalu mempengaruhi kandungannya.

Baru maza teringat. Semalam itu juga maza ada membawa isteri berjalan-jalan di e@curve. Sambil-sambil itu maza bermainlah bowling dengan disaksikan isteri maza nan seorang tadi. Pukul enam petang barulah kami pulang. Walhal malamnya akan mengikuti prosedur induce tersebut.... hehehehhe

Tengah hari tadi isteri maza dimasukkan ke dewan bersalin. Untuk menenangkan dan memberikan semangat kepada isteri, maza turut serta. Sambil bergurau senda, maza sulamkan dengan tilawah beberapa surah.

Untuk memudahkan dan melancarkan isteri bersalin, maka sekali lagi maza mohon kepada Allah SWT. Kali ini dialunkan dengan zikir dan beberapa surah amalan. Antaranya surah Loqman, Insyirah, 10 ayat terakhir dari surah Al Baqarah dan surah Alaq.

Dalam pada membaca quran itu, tiba-tiba Dr. Zarina masuk dan menyapa. "Elok sekali ada suami yang bacakan ayat-ayat suci ini. Untuk memudahkan bersalin awak bacakan surah Balad!"

Maza ikutkan sahajalah saranan Dr. Zarina itu.

Tatkala hendak sampai benar waktu bersalin, maza pun mula berganjak hendak keluar dari dewan tersebut.

"Awak nak ke mana tu?" tegur Dr. Zarina.

"Keluar Doktor. Saya ni mabuk darah. Dan takut pada darah yang banyak"

"Tak payah! Awak duduk aje di sofa itu. Duduk sana diam-diam sambil teruskan bacaan."

Maza memang resah. Rasa bersalah pun ada. Penyudahnya, maza terperangkap dengan kata-kata dan tindakan Dr. Zarina.

Alahai, tak pasal-pasal maza menyaksikan proses itu. huhhuhu

Untuk tidak mengkronikkan keadaan, maka maza tidak pun memandang tempat keluarnya bayi tersebut. Maza hanya tumpukan kepada wajah isteri dan memberi kata-kata perangsang kepadanya. Sambil-sambil itu maza menolong memegang apa yang patut atas arahan Dr. Zarina.. aduhaiiii.. (terkeno den weii)

Akhirnya jam 3.22 petang pada hari Ahad, 10.01.2010 lahirlah anak kami di Negeri Selangor yang memegang kod kad pengenalan juga 10.


Hari ini lengkaplah anak kami 3 orang kesemuanya lelaki.

Maza pun tidak berkira sangat. Lagipun nama untuk anak sudah lama diperkenankan.

Esok maza mahu panjat Pejabat Pendaftaran Negara, untuk mendaftarkan kelahiran. Rasanya esok juga boleh dapatkan kad pengenalan untuk bayi tersebut. Sudah pasti di kad pengenalan beliau akan tertera nombor i.c seperti berikut: - 100110-10-**** ... hehehehehe (jangan jealous yea kengkawan.. anda masih ada punya peluang,masa dan kesempatan.. boleh bikin rekod juga lorr.. hehehe)

Jadi kawan-kawan, sambil-sambil meneguk air di depan PC masing-masing, kawan-kawan boleh saksikan ketampanan anak kesayangan hamba ini, Aqlan Sholehin.

Syukurrrr.. Alhamdulilah.






Aku bahagia! Aku bahagiaaaa!!!!!

hehehehhehe.... Alhamdulillah...



Khamis, 7 Januari 2010

Mengejar Masa

Nasrun (6 thn) dan Daniel (4 thn) akan masuk ke sekolah Tadikanya pada 11.01.2010.


Mengikut perkiraan Doktor Zarina, sekiranya isteri maza tidak bersalin juga, maka induce akan dilakukan. Gagal induce jawabnya gunting lah pulak! huhuhu

Berikut mesej isteri maza, "Abang, 10 haribulan tu, maknanya tak ada chance langsung kita nak tengok Nasrun dan Daniel first day ke sekolah... Apa tah lagi pakaikan baju untuk dia orang!"

Alahai, kucing Garfield maza itu kanzz..

psst: entry family...despite of that please pray for my wife.. huhuhu



Rabu, 6 Januari 2010

Membesar Bagai Johan

Kalau anda dibesarkan pada tahun 1970-an hingga pertengahan 80-an, tentu anda biasa mendengar tag-line di bawah ini;

"Membesar Bagai Johan"


Pengiklanan yang berkesan membuatkan emak ayah kita berebut-rebut ke kedai berdekatan untuk membeli susu jenama DUMEX yang telah menggunakan ungkapan di atas.

Rata-rata di zaman itu, kanak-kanak membesar dengan meminum susu Dumex tersebut. Bukan tidak ada pilihan lain, ada. Tetapi ia kurang terkenal dan pilihan susu tepung tidak seperti sekarang.

Bahkan di sesetengah hospital ketika itu memang menggalakkan pemberian susu gantian berbanding susu ibu. Katanya susu gantian atau tambahan lebih bagus untuk tumbesaran. Selain itu ia dapat meningkatkan sistem immunisasi kanak-kanak.

Tidak ketinggalan juga, maza telah diberikan dan dibesarkan dengan susu tepung DUMEX.

Hinggakan ke hari ini masih terniang-niang di telinga maza ungkapan penuh tag-line itu.

"Membesar bagai Johan. Minumlah susu DUMEX!"


Oleh kerana saban hari dan ketika diputarkan sari kata yang sama diwar-warkan di radio dan televisyen, akhirnya minda ibubapa mula terpengaruh.

Apa lagi, bagaikan lembu dicucuk hidung, ibubapa yang mahu melihatkan anak-anak mereka bergelar Johan; Juara dalam semua bidang akan segera menyambar susu tepung berkenanan.

Namun dicelah-celah peristiwa itu, ramai antara kanak-kanak kitaa yang tidak memperoleh susu Dumex ini. Ini berikutan kemiskinan begitu berleluasa hingga golongan tertentu sahaja yang mampu memberikan anak-anak mereka susu tepung berformula tersebut.


Pernah ketika maza kecil sedang memegang botol susu maza. Maza terlihat seorang makcik sedang membacuh susu cap junjung (isian pekat manis), yang sememangnya tidak sesuai untuk bayi menyusu. Lagi teruk pula ada dalam kalangan masyarakat kita yang terpaksa membancuh air sirap untuk bayi mereka!

Dahulu Kementerian Kesihatan pernah menyarankan ibu-ibu memberikan bayi mereka glukose. Katanya supaya anak cepat membesar, mempunyai zat yang mencukupi dan tahan lasak dari penyakit.

Maza masih ingat lagi, tin glukose itu berwarna biru. Rasanya manis-manis buah. Bergelen-gelen jugalah maza pernah meneguknya.

Hari ini, kita menemui pelbagai pilihan susu tepung berformula. Bahkan sentiasa diperkuatkan sebagai contoh HA, DHA, SA, prebiotic dan macam-macam lagi. Dari harga yang murah hinggalah harga yang termahal. Daripada susu awal lembu, kambing hinggalah ke tumbuh-tumbuhan seperti soya dan jagung.. huhuhu


Sekitar akhir 80-an, saintis telah menemui penemuan baru. Dan kerajaan pula mulai sedar bahawa susu awal ibu ialah susu yang terbaik untuk bayi-bayi. Justeru, mulai saat itu juga, kerajaan telah memperbetulkan kembali tanggapan terhadap susu badan.

Akhirnya, kampen besar-besaran susu ibu dicetuskan.

Satu kesan ketara, penggunaan susu ibu dapat menjimatkan banyak perbelanjaan ibubapa. Kesan keseluruhannya, negara dapat mengurangkan penggantungan pengimportan susu tepung berformula untuk rakyatnya.

Namun hari ini, lain pula kisahnya. Sesetengah dari kita, bukan tidak mahu memberikan susu ibu. Tetapi kekangan masa bersama bayi, pekerjaan dan kesihatan ibu menjadi faktor anak tidak disusui badan.

Namun di sebalik senario itu juga, ada yang SENGAJA tidak mahu memberikan susu ibu alasan yang konkrit. Antara alasan rapuh tersebut ialah demi gara-gara hendak menjaga badan! Entahlah weiiii....


Ahad, 3 Januari 2010

Selamat Jalan! (EL250)

Disember 31, 2009 (Khamis) - Sukar sungguh untuk mengatakan selamat jalan. Demikian juga untuk meluahkan kata-kata selamat tinggal.

Sudah sekian lama bersama dan ia berbakti, akhirnya terpaksa jua kami berpisah. Segala-galanya demi masa depan kami.


Tiga hari juga maza tidak lalu makan dan tak senang duduk. Kasih masih ada padanya. Sayang juga masih terus wujud.

Tetapi kalau tidak mengucapkan perpisahan, ia akan terus menjadi beban yang tidak tertanggung!

Alang-alang dan mujur juga ada orang amat berminat dengan motor besar maza itu, elok jugalah maza jualkan sahaja.

(Gambar: Kawasaki Eliminator 250)

Kata orang selagi ia punyai harga, sebelum ia tersadai menjadi besi buruk tanpa berjaga. Eloklah dilepaskan.

Beberapa minggu sudah, maza ada meminta anak saudara maza (Nor Taufik bin Kamisan) untuk menjadi model bagi melariskan jualan motor tersebut. Kononnya mahu mengiklankan ke seluruh alam maya.

(Gambar: Taufik model iklan Kawasaki EL250)

Belum pun sempat dibuatkan iklan di beberapa buah majlah dan laman web, satu panggilan mendebarkan muncul di hujung talian.

Kedengaran suaranya memang berkehendakkan sangat motor maza itu.

En. Ammy bersungguh-sungguh hingga pada tengah malam itu pun dia datang untuk menyaksikan sendiri kesihatan Kawasaki EL250 tersebut.

(Gambar: En. Ammy bersama EL250)

Tiga hari kemudian (di malam ambang tahun baru, Disember 31, 2009), En. Ammy dari Ukays Perdana kembali semula. Kali ini kehadiran beliau untuk mengambil motor Kawasaki EL250. Berseri-seri wajah beliau mendapatkan EL250 yang menjadi idamannya sejak pertemuan tidak sengaja kali pertama pada November lepas.

Cinta pandang pertama di bulan November, itulah gambaran yang diberikan oleh En. Ammy. Kebetulan pula ketika itu maza memang bercadang hendak menjualkan motor besar. Tetapi tidaklah begitu bersungguh-sungguh benar. Entah macam mana tercabul pula mulut maza lalu menawarkan motor Kawasaki tersebut untuk dijual kepada En. Ammy.

Pertemuan di Ukay Perdana itu telah membuahkan putik cinta. Hinggakan En. Ammy mengaku sukar melelapkan mata dek asyik teringatkan Kawasaki EL250. Deruman Kawasaki EL250 memukau dan bergelora sekali jiwanya.

Memang rezeki En. Ammy setelah sebulan berlalu motor besar Kawasaki EL250 masih available. Pun begitu dua tiga orang sebelum En. Ammy pernah melamar Kawasaki EL250. Tetapi harganya kurang kena dan maza masih belum benar-benar rela melepaskannya.

Sudah ditakdirkan ia milik En. Ammy. Maka hari ini, di tahun baru, 01.01.10, maza terpaksa melepaskan Kawasaki EL250 maza itu.

Perpisahan!

Sebagai kenangan yang pernah dikongsi bersama, maza sempat merakamkan saat-saat akhir perpisahan kami di malam yang hening itu. Banyak kenangan yang kami kongsikan bersama. Dari KL ke Kuantan ke Bahau ke Seremban dan banyak lagi tempat yang best-best itew.. huhuhu

UWAKKKKK!!!!! Selamat Jalan wahai kawan! Selamat Berpisah..

BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH PERKARA BIASA...

(Gambar: Selamat jalan kawan!)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails