‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 1 Disember 2009

Nur Qasidah di Walimatul Urus

IMG_6912

November 28, 2009 (Ahad) - Malam minggu ini diserikan lagi dengan bacaan Barzanzi. Mereka dari Pulau Boyan (Indonesia) membaca Berzanzi beramai-ramai.

"Thoibbb!", suara ramai menyahut, sebaik rangkap demi rangkap habis dibaca oleh perawi.

Habis sahaja beberapa juz rawi, masing-masing mula berdiri. Selawat dan salam, pujian-pujian Nabi mula dilagukan beramai-ramai.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah alatan gendang dipalu sama. Kompang, rebana dan tamrin dipukul bertalu-talu mengikut rentak selawat.


Di bawah khemah sana sepasang pengantin sedang berinai. Pasangan sejoli ini sedang dihadap ahli keluarga terdekat sambil lampu flash dari kamera juru gambar tidak putus-putus menyambar.

Pengantin diiring ke pelamin dan disandingkan sebagai pelengkap adat berinai. Di luar sana lantang orang surau terus-terusan berselawat sakan.

pengantin 2

Sementara itu, di atas pelamin beberapa ahli keluarga mengambil kesempatan untuk berposing sama.

Lepas satu pakaian ke satu pakaian lain pula bertukar ganti. Dari ala-ala Jawa membawa kesultanan Melayu Melaka.

Pengantin 4

Habis Berzanzi makanan dihidangkan. Upacara melegakan kerongkong pula bergalang-ganti. Sambil melayan perut yang kenyang Pak Amirullah mula bersuara, "Esok Qasidah datang. Buat persembahan di hari persandingan. Jam 11.00 dah mula aturcara majlis. Jangan ketinggalan. Mana-mana dah lama tak beronggeng (menari) atau mahu mencuba nasib dengan Qasidah boleh lah cuba-cuba!"

"Wah! Bagus ni", sahut beberapa orang anak muda di situ.

Pengantin 7

pengantin 3

Di fikiran penulis sudah terbayangkan sesuatu yang tidak enak. Membayangkan gadis bernama Qasidah akan membuat persembahan nyanyian karaoke dan tarian gala! Gelek sana, gelek sini.

Tak putus-putus fikiran penulis membayangkan sesuatu yang negatif. Kali ini penulis berasa khuatir budaya hindonisme akan bertapak di kejiranan ini. Budaya hindonisme yang perlu dibendung! "Ah! Orang-orang Indon ini, tak tahu adat orang sini kah?", penulis bermonolog sendirian.

****
Keesokannya

Pengantin 5

Penulis sampai ke majlis Walimatul Urus sebagai tetamu undangan. Sebaik tiba penulis terus menerpa Pak Amirullah.

"Mana budak Qasidah tu?", penulis menyoal Pak Amirullah sambil mata meliar mencari sesusuk tubuh bernama Qasidah.

"Tu ha!", telunjuk Pak Amirullah lurus menunding sekumpulan gadis yang sedang memegang kompang, tamrin dan mikrofon. Mereka berbaju hijau dan bertudung putih. Di belakang kumpulan gadis itu ada pemain muzik. Antara instrumen yang kelihatan ialah keyboard, rebana dan bongo.

IMG_6965 R

"Ya lah! Mana satu budak Qasidah tu? Katanya Qasidah tu lawa budaknya."

"Tu lah semua budak qasidah. Sekejap lagi dia orang akan nyanyikan lagu qasidah."


Tiba-tiba suara pengerusi majlis berkumandang, "Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perkhawinan ini. Selamat menjamu selera. Kami kumpulan qasidah, Jamiah Mustika dari Kg. Kayu Ara akan menyampaikan lagu-lagu qasidah untuk haluan telinga, juga sebagai nasihat. Kali ini kami akan sampaikan sebuah lagu berjudul bla bla bla....."

Pulak!

Ingatkan Qasidah yang dimaksudkan selama ini ialah seorang gadis. Rupa-rupanya sekumpulan gadis yang menyampaikan lagu-lagu qasidah. Inilah kali pertama penulis mendengar lagu-lagu qasidah yang dialih bahasa dan diolah ke dalam Bahasa Melayu.

Antara lagu yang disampaikan bertajuk Selawat dan Salam, Istighfar, Ingatlah dan Rindu Mendalam.


Namun apa yang lebih memeranjatkan penulis ialah dalam pada mereka berqasidah; mengajak agar mengingati Tuhan, mereka juga membuat beberapa bentuk formasi lalu MENARI di atas pentas. Malah mereka mengajak tetamu yang lain untuk turut serta menari sama.

"Jadi, jika abang-abang mahu terus menari atau berjoget mengikuti kami, boleh sahaja. Tapi di bawah pentas sana, ya! Ayuh", seru gadis genit dari atas pentas itu.

Penulis ternganga. Menyedari hal itu, Pak Amirullah yang dari tadi duduk bersebelahan penulis mula menerangkan. "Lagu-lagu itu sememangnya lagu qasidah. Tetapi sudah diadaptasikan. Walaupun kelihatan janggal oleh orang di Malaysia, tetapi di Indonesia ia disampaikan dengan gerak tari yang gemalai."

Tiba-tiba penulis terkenangkan seorang pendakwah dari Indonesia yang menggunakan muzik sebagai medium dakwahnya. Orang yang dimaksudkan itu lain tidak bukan ialah Roma Irama. (psst: takkan si Inul Darsita itew kot? hehehheh)

Berikut ialah beberapa gambar yang diketip dari kamera maza. (alahai, terkonang sewaktu-waktu dolu2 kanzzz? Ketika di atas pelamin juga gitew... hehehehe)


(Gambar: KL Motor Club turut memeriahkan keramaian)

(Gambar: Berkompang dan berselawat menyambut pengantin)

Kereta Pengantin

(Gambar: antara hidangan makan berdamai)

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails