‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 15 Disember 2009

Ika Si Gadis Genit Dari Kampung

Hari ini Kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor telah banyak berubah. Sesuai dengan peredaran zaman. Rumah-rumah kayu atau papan 'atas' sudah amat jarang kelihatan. Kebanyakkan rumah yang boleh dilihat sekarang ialah rumah-rumah konkrit beratap zink atau asbestos.

Photobucket

Berbeza dengan zaman 80-an. Rumah-rumah tradisional melayu mudah didapati. Dapur dan tandas berpisah dari rumah agam atau rumah utama. Saiznya pula tidaklah besar kedabak! Namun cukup untuk menampung jumlah keluarga yang ramai.

Kali ini kembara maza menyingkap beberapa buah rumah tradisi yang masih wujud di kampung tersebut. Kebetulan jiran sebelah rumah di kampung itu masih mempunyai model rumah tradisi. Ia berkonsepkan rumah tradisi Melayu Johor dan masih tersergam indah. Kalau tak silap maza rumah tersebut hampir berusia seratus tahun.

Rumah ini dimiliki oleh Atok Dara. Di rumah inilah maza pernah berguru mengaji Quran. (huhuhuhu - nostalgia betul, kan?..hehehe)

Walaupun Atok Dara sudah uzur, rumah ini tetap terurus dan didiami oleh Ujang. Ujang ialah anak Ghani (Idor) & kak Iham. Sudah bertahun-tahun juga Ujang menyewa di situ.

Atok Dara sekarang tinggal bersama Mak Busu Maimoon di Johor Bahru. Elok jugalah Ujang tinggal di situ. Sekurang-kurangnya rumah pusaka itu terjaga!

Ika
(Gambar: Ika si gadis genit.)

Maza berasa begitu beruntung kerana Ika, anaknya Ujang, mahu bekerjasama untuk menjadi model fotografi kali ini.

Ika ialah anak dara sunti sama seperti bunga-bunga penyeri yang lain di kampung. Kebiasaannya anak-anak kampung seperti Ika akan duduk bersimpuh di atas tangga di hadapan rumah. Mereka menantikan kepulangan ibu dan ayah dari kebun atau bendang.

Sambil melewati masa, anak-anak desa ini akan bermain-main di sebalik anak tangga. Adakalanya mereka bermain pondok-pondok di bawah rumah.

Keayuan Ika menambahkan lagi seri Kampung Sri Lukut. Apatah lagi Kampung Sri Lukut, Mukim Kahang ini telah diwar-warkan sebagai kampug tradisi. (juga banyak mengumpul misteri dan mimpi indah!.. hahaha)

Photobucket

Ika yang baru mencecah umur sepuluh (10) tahun bakal menjadi rebutan para pemuda kampung atau pendatang luar.

Di zaman dahulu, terutama sebelum merdeka, gadis berumur dua belas tahun sudah boleh dinikahi. Tatkala umur sepuluh tahun mereka sudah tahu menanak nasi, menjerang kopi dan berkemas rumah.

Sedari umur sembilan tahun lagi segala tingkah laku mereka dijaga. Mereka diberikan perhatian khusus oleh keluarga. Mereka tidak boleh lagi melompat sana sini, terkinja-kinja dan merayau tak tentu hala. Ini ditakuti mereka akan lambat mendapat jodoh. Apatah lagi untuk mengelakkan tomahan dan sasaran umpatan; "gadis gedik tiada siapa yang sudi nak jadikan suri!"

Jadi di zaman itu, sekiranya umur si gadis melewati 19 tahun atau 20 tahun, mereka sudah dikira anak dara tua (Andartu).

Pada hari ini jika ada gadis yang masih tidak berkahwin pada umur 40-an, mereka akan digelar andalusia (anda dara lanjut usia).

Zaman semakin berubah, ibubapa sekarang menekankan pendidikan anak-anak, baik untuk anak gadis mahupun teruna. Bahkan mereka diberikan peluang hampir serupa.





(Gambar: Ika di muka tangga)


Harapan

Mudah-mudahan Ika menjadi insan solehah dan berjaya dalam pelajaran juga kehidupan. Untuk itu, segala tingkah laku dan akhlak perlu digilap dan diasuhi sebaik mungkin. Kelak Ika menjadi permata dunia dan akhirat. Yakni mutiara dunia bagi penghuni di langit dan gadis penyeri di dalam syurga.




*** Cerita lain. Sungguhpun di portal sektor pelancongan kerajaan Negeri Johor ada tertera perihal Kampung Sri Lukut menawarkan perkhidmatan Home Stay, tetapi ianya tidaklah betul-betul berjaya. Malah untuk mencari mat saleh atau minah saleh di situ pun amat sukar. Atau pendek kata saban masa memang tak ada!

Usaha yang tekun dan berpanjangan, terutama dalam mempromosi kampung ini amatlah diperlukan.

psst: Lagipun, kalau orang ramai tak tahu, macam mana orang nak datang ke kampung ini, kan?.. Tok ketua kampung kena kerja kuat sikit ni! hehehe



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails