Entry kali ini mengesahkan pengorbanan seorang teman yang menjalani kehidupan demi sebuah kejayaan.
Bersesuaian dengan semangat "HARI RAYA KORBAN", pendedahan ini diharap mampu mengorbarkan semangat juang demi sebuah kehidupan yang mulia di sisi Tuhan Rabbul Alamin....
............................................................................................................................
November 25, 2009 (Rabu) - Hari ini maza telah bertemu dengan seorang teman lama. Dulunya dia teman sekerja. Sama-sama pernah menyertai MLM (multi level marketing) dan agen insuran.
Tetapi pada empat tahun sudah, dia meninggalkan maza sendirian. Dia berhenti kerja berikutan ujian dan dugaan yang dihadapi keluarganya.
Segala paksi berubah apabila ibu dan ayah En. Ezly jatuh sakit. Pernah En. Ezly mengambil cuti satu bulan tanpa gaji gara-gara ibunya tidak sihat. Dalam masa sama beliau perlu menjaga adiknya yang menghadapi masalah "down syndrome".
Apatah lagi En. Ezly terus hanyut diduga dengan pemergian ayahnda tersayang.
Untuk menambahkan lagi keperitan, dia juga kehilangan anak pertama dari anak kembar ketika isterinya melahirkan bayi pertama mereka. Anak tersebut lemas di dalam kandungan sebelum sempat sampai ke hospital.
Sebelum ini, isterinya juga pernah mengalami keguguran. Hingga saat begitu hampir melahirkan anak pertama, ujian masih tidak putus. Dugaan kehilangan anak pertama yang comel itu menambahkan lagi tamparan hidup.
Namun kepahitan itu terubat juga dengan terselamatnya bayi kembar kedua. Bayi inilah yang menjadi tanda hari bersejarah dan tempat mereka memadu ikatan kasih.
En. Ezly sememangnya seorang yang bercita-cita tinggi. Malah dari saat hari graduan di sebuah Politeknik, En. Ezly telah pun menanamkan tekad untuk mengubah nasib keluarga tercinta.
Lantaran itu dia tidak menaruh harapan ke atas syarikat tempat kami bekerja, untuk membawanya pergi jauh. Dalam diam-dia, En. Ezly membuka perniagaannya sendiri.
Maka bermulalah langkah-langkah babak pertama. En. Ezly bertatih dengan berniaga 'Ice Blended' di pasar malam bersama isteri. Tatkala berniaga itulah En. Ezly cuba mencambahkan ilham, formula dan membuat penyelidikan pemasaran. Berexprimental dan mencari formula yang menepati citarasa pasaran.
***JEDA****
"Kawan...
Ada kawan membawa kesenangan
Ada kawan membawa kesusahan!
Yang mana satu?
Antara kawan dan diriku?..."
***JEDA***
Isterinya cukup tabah di sisi suaminya, tetap membantu walaupun di siang hari dia mengajar di sebuah sekolah di ibu kota. Segala-galanya ditekuni bersama di bawah payung janji setia, 'demi masa depan kita.'Maza tatkala ini masih dalam keadaan selesa walaupun sedang bergelut dengan dugaan yang cukup perit juga untuk dihadapi.
Dunia Berubah
Titik perubahan yang ketara mulai terserlah. Terutama setelah ayahnda En. Ezly pulang ke rahmatullah. Dari situ En. Ezly menggunakan segala apa yang diwarisi, digunakan dengan penuh manfaat. Sekarang dia menjadi ketua keluarga dan perlu menanggung keluarga besarnya pula. Mujur juga ayah beliau menabung dan punyai insuran hayat.
Dari harta tersebutlah dilaburkan kembali. Perusahaan mulai mendapat suntikan modal. Akhirnya perlahan-lahan Ezly membina empayar perniagaan sendiri.
Bersesuian untuk menjadi insan yang mulia, keluarga terdekat tidak dilupakan. Beliau yang berasal dari Terengganu telah memberi nafas dan menghidupkan semula kilang lama yang dipunyai oleh saudara isterinya. Kilang keropok lekor telah bertukar menjadi kilang pemporesesan bahan mentah jus 'ice blended'.
Sekarang ini kilang tersebut dikendalikan keluarga sebelah isterinya. Kilang tersebut mampu membekalkan keperluan pasaran di seluruh negara. Alhamdulilah. Rezeki yang ada dikongsi-kongsikan bersama.
Hari ini Ezly sudah mampu berjalan dengan gah!
Perniagaan 'Ice Blended'-nya sudah membuahkan hasil. Dia mampu membekalkan 'Ice Blended'-nya hingga ke luar negara. Baru-baru ini dia telah membuka cawangan di Hathyai. Thailand akan menerima kemasukan barangan export dari Malaysia, Ice blended perisa ciptaan rakyat tempatan.
Hari ini dalam sejarah, Ezly telah mengungguli, bahkan menguasai pasaran Ice Blended dengan jenamanya sendiri iaitu 'Ice Blenz'.
Beliau bermula dengan susah, berniaga kecil-kecilan dan akhirnya bergelar usahawan SME (Small & Medium Enterprise). Tidak mustahil pula akan melangkar sejarah bertukar menjadi MNC (Multi National Cooperation) sebagaimana Mc. Donald, KFC, Starbuck dan sebagainya.
Inilah berkat kesabaran, ketekunan, keazaman yang jitu dan perancangan yang menjadi kenyataan. Tidak lupa juga dengan keberkataan dan anugerah Tuhan yang sentiasa beliau syukuri.
Antaranya beliau juga banyak menyalurkan sumbangan dengan membuat tajaan kepada rumah anak-anak yatim selain sedekah jariah yang lain.
"Satu sedekah (atau kebaikan) yang kita hulurkan demi fi sabilillah, maka sepuluh kebaikan (sedekah atau pahala) pula akan dibalas oleh Allah SWT."
Dari pertemuan itu juga, maza banyak belajar tentang hidup dan perjuangan. Terutamanya merancang masa hadapan.
Maza ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada beliau tahniah dan mudah-mudahan akan setiasa mendapat kejayaan. Moga-moga Allah SWT panjangkan umur dan murahkan rezeki, rezeki yang diberkati!
Insyallah maza akan menyusuri kejayaan.
Bertemu kita di puncak kejayaan. Amin...
Takbir!!!
Allahuakabarrr!