(Gambar: Papan tanda Masjid Jamek Mersing)
Maza pun mengayuh kereta ke arah bukit itu. Sebelum sampai ke masjid jamek tersebut, maza sudah sesat.
Sesat hingga bertemu pula Istana Hinggap Paduka Tuanku Sultan Johor di bukit yang sama itu. Istana Hinggap tersebut tidak pula berjaga (scurity guard), tiada pula kelihatan Askar Timbalan Setia yang mengawalnya!
Di hati maza hendak sahaja menjegah masuk. Tetapi dek teringatkan daulat Tuanku Sultan Johor dan sumpahan penyakit 'tulah', terus tak jadi.
(Gambar: Masjid Jamek Mersing)
Akhirnya maza sampai juga ke Masjid Jamek Mersing setelah berpusing sana-sini. Bukit yang menempatkan masjid jamek tersebut di beri nama Bukit Cantik. Bersebelahan Bukit Cantik inilah terletaknya Istana Hinggap itu yang berwarna biru putih.Dengar khabar, ke Bawah Duli Tunaku Sultan Johor dan kerabat baginda selalu bermabit (bermalam) di sini. Baginda memang rajin berlayar dan berlabuh di Mersing. Terutama sebelum menyinggah ke gugusan kepulauan Mersing dan Johor itu.
(Gambar: Banda Mersing dari puncak bukit Masjid Jamek Mersing)
Istimewanya Masjid Jamek Mersing ini ialah ia terletak di puncak bukit. Dari puncak ini kita boleh lihat seluruh bandar Mersing. Bahkan kita juga boleh melihat muara Sungai Mersing tempat Bentayan, Damak, Rompin serta Seri Mersing berlabuh dan mencari rezeki.Sayup-sayup boleh kelihatan pulau-pulau yang berhampiran di Laut China Selatan itu. Panorama petang memang mengasyikan. Apatah lagi kalaulah wazir atau tok siak dapat sediakan secangkir dua kopi panas bersama pisang goreng di situ, perkh! Indah sungguh kanzzz?.. huhuhu
Pemandangan tatkala matahari terbit di ufuk timur itu, di pagi hari, tentu begitu indah, kanzz? huhuhhu
(Gambar: Pandangan muara Sungai Mersing, Johor. (sila klik di atas gambar untuk dapatkan resolution tinggi)