‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 31 Oktober 2009

TTS Genting Sempah

Oktober 30, 2009 (Jumaat) - Pagi itu barulah maza perasan. Satu mesej ringkas melekat di papan papar telefon bimbit maza. Dari Dafinka,"jom TTS di Genting Sempah. Dia orang demo kat sana!".

Malamnya, jacket dikenakan ke tubuh. Boot keselamatan dipasangkan ke sepasang kaki. Sarung tangan melekap ke sepuluh jejari. Helmet berpenutup muka penuh (full face) disarungkan ke kepala.

Kemudian Cik Silvy dipasangkan pelana. Setelah siap, maza bertengek di atasnya. Kini siap sedia menunggang Cik Silvy. Sebaik tali 'kekang' di lepaskan, segera Cik Silvy mengangkat kakinya dan terus memecut berlari ke atas jalan raya. Jam ketika itu menunjukan 9.30 malam. Destinasi di tuju Genting Sempah.




(Gambar: antara ahli geng Ninja250R)

Dari selekoh ke selekoh maza meciluk bersama Cik Silvy. Coner sana, coner sini ditekuni satu persatu. Meredah malam yang pekat itu. Baru dua kilometer di atas bukit berliku selepas stesen BHP di Lebuhraya KL-Bentung, hujan mencemburui maza.




Teringatkan janji untuk bersama-sama TTS di Genting Sempah, maza cekalkan hati. Tali pacu direntap, badan direndahkan dan hujan renyai-renyai itu digasaknya! Langgar, rempuh, mengganas dan berlari terus berlari bersama Cik Silvy (erk! larikan Cik Silvy bukan lari ke selatan Siam yea! Tak der maknanya nak menikah dengan Cik Silvy. huhuhuhu).

Sepuluh minit kemudian maza sudah berada di atas puncak bukit. Ya! Bukit itu penanda lokasi ditujui sudah sampai. Kawasan R&R Genting Sempah diterjah.


Geng-geng lain telah tiba lebih dahulu rupanya. Mereka mula melambai-lambai. Mengangkat tangan dan sepanduk. Menyambut kehadiran maza bersama Cik Silvy. Terasa di hati maza, malam itu maza seumpama seorang 'knight' pula. Pahlawan berkuda melangkah bangga bersama-sama baju zirah, pedang dan perisainya. Ia menjadikan seolah-olah malam itu 'aku yang punya!' hehehehe

Kami bersalaman. Tanda persahabatan walaupun sudah kenal. Telah menjadi adat dan upacara rasmi geng Group Forum Ninja250r memperkenalkan diri demikian rupa dan berkali-kali. "Saya maza".

"Saya Dafinka"
"Rajap"
"Princess 5", "Abie107", "Rajapelaut"
"Bujal dan Isteri'
"Fara", "Miekawa", "Rosli", "Danny", "Mhaw", "Lalat", "Azikri", "Lowrider", "Bluecube", "Najib13" (psst: mana-mana nama tak disebutkan di sini, nanti bila korang bagi tahu aku yea!...sorry bro...)


(Gambar: Gila-gila remaja yang terlajak gitew)

Masing-masing memperkenalkan diri dengan nama rahsia dan samaran masing-masing. Kod nama samaran itu dipecahkan apabila kopi atau teh yang dipesan sampai untuk dihirup!

Bermacam-macam agenda dan isu diperbincangkan. Dari hal kisah motor membawa kepada kewangan, gelagat rumah tangga, usikan teruna dara hinggalah ke tahap serius seperti Dasar Atomatif Baru (NAP) Negara.

Semuanya berjalan lancar hingga setiap isu disambut dengan gelak ketawa.

Lepas secawan dipesan, kini tambah lagi secawan. Ia bersesuaian dengan nama panggilan manja forum kali ini Teh Tarik Sesssion. Biasanya kami berkumpul sekitar KL, Shah Alam atau Gombak. Kali ini bertukar arah pula.



(Gambar: Besiap sedia untuk keberangkatan pulang)

Sambil-sambil itu dapatlah menghirup udara segar, bertukar-tukar angin dan menikmati kenyamanan malam yang dingin! (psst: dibaca bukan kutu rayau aaa..jauh sekali 'kupu-kupu malam')

Forum ini berakhir dengan sessi bergambar kenangan (macam biasalah tu). Kami meninggalkan foodcourt R&R Genting Sempah pada jam 12.40 pagi. Miekawa menjadi marshal sebagaimana lazimnya!

by maza



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails