‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 27 Oktober 2009

370 Jentera Pemusnah Menyerang Sepang

(Gambar: Di Taman Tasik Titiwangsa)

October 25, 2009 (Ahad)- 400 buah jentera pemusanah berjenama Kawasaki dan gabungan jenama lain menguasai Taman Tasik Titiwangsa jam 8.00 pagi.

Hari ini kami berkumpul untuk memberi sokongan kepada pelumba motor 125cc Air Asia-Petronas negara. Dari Taman Tasik Titiwangsa ini kami akan bergerak pula ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).


(Gambar: Antara para peserta. Kredit untuk www.tayargolek.blogspot.com)


Konvoi kali ini diberi nama MOTOGP 2009 SIC, Sepang! Tajaan Kawasaki.

Konvoi kami mula bergerak setelah pendaftaran selesai pada jam 9.45 pagi. Kami diiringi oleh polis. Dengan jumlah 400 buah jentera tersebut menyebabkan kami berbaris hampir dua kilometer.



Laluan pula dipanjangkan dari Tasik Titiwangsa ke Cheras, Nilai dan seterusnya ke Sepang.

Perjalanan kami semuanya lancar. Kecuali empat buah motorsikal mengalami kerosakan jentera. Hanya satu kemalangan berlaku. Itu pun sebaik berlepas dan berlaku di Taman Tasik Titiwangsa. Penungang tersebut merupakan penungang baru dengan jentera baru ER6-n. Pada keseluruhannya tiada kemalangan jiwa atau teruk berlaku.



Sampai di SIC pada jam 11.00 pagi. Hampir satu jam juga menantikan seluruh jentera pemusnah kami mempakir.



(Gambar: Antara peserta yang turut serta)

Kemudian kami terus bergegas melawat beberapa gerai jualan dan tajaan di Sepang itu. Antara yang melibatkan diri ialah boot Kawasaki, Givi, KTM, Suzuki, Celcom dan KFC.

Setelah puas melawat dan bergambar sakan. Antaranya bergambar dengan model dari boot-boot berkenaan, kami pun berganjak ke Grand Stand.

Dari sana kami memberikan sokongan padu pada pelumba negara!

Maza dan rakan-rakan lain terus menyaksikan perlumbaan di SIC itu sehingga pelumbaan motoGP 500 cc.

(Gambar: Antara jentera pemusnah)

Sebetulnya maza bukanlah peminat nombor wahid sukan pemotoran ini. Maza lebih sukakan aktiviti kembara. Oleh kerana ada sedikit kelebihan dan ajakan kengkawan, maza ikutkan ajelah! Apa yang berlaku dilitar itu, gasaklah! kanzz.. hehehehhe

Erk! Satu lagi. Tak sempat nak cam motor mana yang lalu kerana mereka menungang cukup laju. Tak sempat nak lihat betul-betul! huhuhuhu.....

Tapi yang pastinya bunyi dari jentera mereka cukup memekakan telinga dan mendebarkan dada!

Kembara seterusnya akan diceritakan kelak di sini! TUNGGUUUU.. hehehhe


(Gambar: Isteri dan peserta cilik juga terlibat sama)



















(Gambar: Konvoi time!!)



(Gambar: Penonton dan penyokong yang membanjiri Grand Stand)


(Gambar: Lumba time!!!)
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails