Oktober 30, 2009 (Jumaat) - Pagi itu barulah maza perasan. Satu mesej ringkas melekat di papan papar telefon bimbit maza. Dari Dafinka,"jom TTS di Genting Sempah. Dia orang demo kat sana!".
Malamnya, jacket dikenakan ke tubuh. Boot keselamatan dipasangkan ke sepasang kaki. Sarung tangan melekap ke sepuluh jejari. Helmet berpenutup muka penuh (full face) disarungkan ke kepala.
Kemudian Cik Silvy dipasangkan pelana. Setelah siap, maza bertengek di atasnya. Kini siap sedia menunggang Cik Silvy. Sebaik tali 'kekang' di lepaskan, segera Cik Silvy mengangkat kakinya dan terus memecut berlari ke atas jalan raya. Jam ketika itu menunjukan 9.30 malam. Destinasi di tuju Genting Sempah.
Teringatkan janji untuk bersama-sama TTS di Genting Sempah, maza cekalkan hati. Tali pacu direntap, badan direndahkan dan hujan renyai-renyai itu digasaknya! Langgar, rempuh, mengganas dan berlari terus berlari bersama Cik Silvy (erk! larikan Cik Silvy bukan lari ke selatan Siam yea! Tak der maknanya nak menikah dengan Cik Silvy. huhuhuhu).
Sepuluh minit kemudian maza sudah berada di atas puncak bukit. Ya! Bukit itu penanda lokasi ditujui sudah sampai. Kawasan R&R Genting Sempah diterjah.
Geng-geng lain telah tiba lebih dahulu rupanya. Mereka mula melambai-lambai. Mengangkat tangan dan sepanduk. Menyambut kehadiran maza bersama Cik Silvy. Terasa di hati maza, malam itu maza seumpama seorang 'knight' pula. Pahlawan berkuda melangkah bangga bersama-sama baju zirah, pedang dan perisainya. Ia menjadikan seolah-olah malam itu 'aku yang punya!' hehehehe
Kami bersalaman. Tanda persahabatan walaupun sudah kenal. Telah menjadi adat dan upacara rasmi geng Group Forum Ninja250r memperkenalkan diri demikian rupa dan berkali-kali. "Saya maza".
"Saya Dafinka"
"Rajap"
"Princess 5", "Abie107", "Rajapelaut"
"Bujal dan Isteri'
"Fara", "Miekawa", "Rosli", "Danny", "Mhaw", "Lalat", "Azikri", "Lowrider", "Bluecube", "Najib13" (psst: mana-mana nama tak disebutkan di sini, nanti bila korang bagi tahu aku yea!...sorry bro...)
Bermacam-macam agenda dan isu diperbincangkan. Dari hal kisah motor membawa kepada kewangan, gelagat rumah tangga, usikan teruna dara hinggalah ke tahap serius seperti Dasar Atomatif Baru (NAP) Negara.
Semuanya berjalan lancar hingga setiap isu disambut dengan gelak ketawa.
Lepas secawan dipesan, kini tambah lagi secawan. Ia bersesuaian dengan nama panggilan manja forum kali ini Teh Tarik Sesssion. Biasanya kami berkumpul sekitar KL, Shah Alam atau Gombak. Kali ini bertukar arah pula.
Sambil-sambil itu dapatlah menghirup udara segar, bertukar-tukar angin dan menikmati kenyamanan malam yang dingin! (psst: dibaca bukan kutu rayau aaa..jauh sekali 'kupu-kupu malam')
Forum ini berakhir dengan sessi bergambar kenangan (macam biasalah tu). Kami meninggalkan foodcourt R&R Genting Sempah pada jam 12.40 pagi. Miekawa menjadi marshal sebagaimana lazimnya!
by maza
Malamnya, jacket dikenakan ke tubuh. Boot keselamatan dipasangkan ke sepasang kaki. Sarung tangan melekap ke sepuluh jejari. Helmet berpenutup muka penuh (full face) disarungkan ke kepala.
Kemudian Cik Silvy dipasangkan pelana. Setelah siap, maza bertengek di atasnya. Kini siap sedia menunggang Cik Silvy. Sebaik tali 'kekang' di lepaskan, segera Cik Silvy mengangkat kakinya dan terus memecut berlari ke atas jalan raya. Jam ketika itu menunjukan 9.30 malam. Destinasi di tuju Genting Sempah.
(Gambar: antara ahli geng Ninja250R)
Dari selekoh ke selekoh maza meciluk bersama Cik Silvy. Coner sana, coner sini ditekuni satu persatu. Meredah malam yang pekat itu. Baru dua kilometer di atas bukit berliku selepas stesen BHP di Lebuhraya KL-Bentung, hujan mencemburui maza. Teringatkan janji untuk bersama-sama TTS di Genting Sempah, maza cekalkan hati. Tali pacu direntap, badan direndahkan dan hujan renyai-renyai itu digasaknya! Langgar, rempuh, mengganas dan berlari terus berlari bersama Cik Silvy (erk! larikan Cik Silvy bukan lari ke selatan Siam yea! Tak der maknanya nak menikah dengan Cik Silvy. huhuhuhu).
Sepuluh minit kemudian maza sudah berada di atas puncak bukit. Ya! Bukit itu penanda lokasi ditujui sudah sampai. Kawasan R&R Genting Sempah diterjah.
Geng-geng lain telah tiba lebih dahulu rupanya. Mereka mula melambai-lambai. Mengangkat tangan dan sepanduk. Menyambut kehadiran maza bersama Cik Silvy. Terasa di hati maza, malam itu maza seumpama seorang 'knight' pula. Pahlawan berkuda melangkah bangga bersama-sama baju zirah, pedang dan perisainya. Ia menjadikan seolah-olah malam itu 'aku yang punya!' hehehehe
Kami bersalaman. Tanda persahabatan walaupun sudah kenal. Telah menjadi adat dan upacara rasmi geng Group Forum Ninja250r memperkenalkan diri demikian rupa dan berkali-kali. "Saya maza".
"Saya Dafinka"
"Rajap"
"Princess 5", "Abie107", "Rajapelaut"
"Bujal dan Isteri'
"Fara", "Miekawa", "Rosli", "Danny", "Mhaw", "Lalat", "Azikri", "Lowrider", "Bluecube", "Najib13" (psst: mana-mana nama tak disebutkan di sini, nanti bila korang bagi tahu aku yea!...sorry bro...)
(Gambar: Gila-gila remaja yang terlajak gitew)
Masing-masing memperkenalkan diri dengan nama rahsia dan samaran masing-masing. Kod nama samaran itu dipecahkan apabila kopi atau teh yang dipesan sampai untuk dihirup!Bermacam-macam agenda dan isu diperbincangkan. Dari hal kisah motor membawa kepada kewangan, gelagat rumah tangga, usikan teruna dara hinggalah ke tahap serius seperti Dasar Atomatif Baru (NAP) Negara.
Semuanya berjalan lancar hingga setiap isu disambut dengan gelak ketawa.
Lepas secawan dipesan, kini tambah lagi secawan. Ia bersesuaian dengan nama panggilan manja forum kali ini Teh Tarik Sesssion. Biasanya kami berkumpul sekitar KL, Shah Alam atau Gombak. Kali ini bertukar arah pula.
(Gambar: Besiap sedia untuk keberangkatan pulang)
Sambil-sambil itu dapatlah menghirup udara segar, bertukar-tukar angin dan menikmati kenyamanan malam yang dingin! (psst: dibaca bukan kutu rayau aaa..jauh sekali 'kupu-kupu malam')
Forum ini berakhir dengan sessi bergambar kenangan (macam biasalah tu). Kami meninggalkan foodcourt R&R Genting Sempah pada jam 12.40 pagi. Miekawa menjadi marshal sebagaimana lazimnya!
by maza
Rozana: hahahha... jahatkah saya if I nak trian my daughters to marry for money?? (you can call me daisy!!)
Aminah Hassan: ..... hahahaha ..... alamak... how to train the boys then...? pretty girls with brain n also money....? ble...? hahahahahha.....
he he. Tak de lah. Saja je. But ok what. Tak payah my daughter nak stay up buat kerja, deal with those demanding people. Instead just dok kat rumah pergi SPA je. Tak ok ke? Good idea, rite?
Jadi Allah SWT turunkan anak ini utk duitkah? atau untuk beribadah kepda Tuhannya?
Kalau benar utk duit, maka sudah lama Al Quran bercerita ttg duit semata2 dan fokus keutungan dan zakat sahaja!...
Dan janganlah marah pada anak semata2 sekiranya anak itu menjadi hamba duit dari hamba yg solehah! Kerna kita sndiri yg melatihnya menjadi hamba materialisma..
Dan kalau anak itu bertelanjang kerana duit, dan mahu jadi raja duit, lalu mengabaikan ibubapanya.. jangan salahkan mereka! Kerana kitalah yg gagal menyempurnakan akhlak sbgi mana di dlm al quran.. dn jgn salahkan mereka jika doa anak2 yg solehah tidak diperolehi bila mana kita di alam barzakh!
Justeru, kerana sifat dan sikap kita yg bermata duitan... konon2 di atas nama demi masa depan anak itu: lalu rosaknya dunia, punah masyarakat, masalah sosial, menjahanamkan negara dan anak cucu cicit kita, jgn salahkan org lain! apatah lagi Tuhan. Kerena Tuhan tidak menyuruh kita memilih membesarkan DUIT!
"Perempuan yg jahat utk lelaki yg jahat" (Quran: An Nur...(kalau tak silap))
Rozana: Adusss.. Bukankah salah satu ciri memilih pasangan adalah kerana hartanya?
Johan: betul! Tapi bukankah priority nya adalah agama dulu?!
Dulukan agama, selamat di dunia mahupun akhirat!
Jika dulukan duit, selama2nya duit tidak mampu mencukupi kebahagiaan dan kehendak! Kanzzz.... hehehehehhe
Rozana: ok. Not denying the agama part. And of course yang boleh take care of my daughters la. Not going to aniaya them. I rephrase. Marry for money over love.
Johan: Bagus tu, cari yg tak aniaya anak2 kita. But how about she aniaya others! just because of to fulfill the main objective i.e 'money'? hmm?
Tapi masih pincang jua, tidak sempurna jua jika tidak tahu mana letaknya matlamat akhir!
Pada sesetengah kes, tidak semestinya segala apa sudah tersedia hidang di depan mata, maka akan dapat menundukkan si isteri atau si suami utk taat! Apatah lagi taat kepada Allah SWT!
Banyak jua kita dengar kes2 dri org2 kaya yg bermain kayu tiga! Berdandut dansa di kelab2 malam bersama wanita rosak akhlak, Akhlak rosak, solat musnah, lalai bersedekah, lari dari zakat..
Dan mampukah kita jamin bhw anak2 kita akan menjadi soleh after menyatakan money is really important in the rest of life!
Sedangkan rezeki keempunnyan Tuhan jua. Boleh Dia beri dan ambil pada bila2 masa. Hari ini diberikan kesenangan dgn wang, apa pula terjadi jika tiba2 diambil semula kesenangan yg diberikan. Abg pernah laluinya, emy juga rasanya pernah lalui peristiwa seumpama itu...
Jadi kalau hal itu berlaku akan porak perandalah hidup, kerana berpaksikan duit semata2.. hidup akan berantakkan..hingga hilang punca..
walhal di dlm agama Islam bukanlah itu matlamatnya.. memporak perandakan hidup...
bahkan Islam menjadi penyelamat! Penyalamat tatkala senang dan susah. tatkala kaya dan miskin..apatah lagi papa kedana....
Elok rasanya perkahwinan di dasari Cinta! iaitu Cinta kpd Tuhan dan Rasul-Nya terlebih dahulu! Kemudian dlm masa sama segala tuntutan lahiriah pastinya akn diperolehi jua.. termasuklah materialisme.. sbb dlm beragama ini ada diajari ttg munakahat, iaitu hukum sekufu (setaraf)..
tetapi didlm hukum duit a.k.a materilisme tidak mengajar sedemikian rupa. Ia mengajar hidup senang, dan bahagia bila kaya. Jadi bilanya nak rasa bahagia kalau ada sahaja org lagi kaya daripada kita?! & kita juga setuju kaya tak semestinya bahagia!
Psst: Drama di atas berlaku, ketika santai di sebuah tasik bersama-sama kawan-kawan yang best-best gitew! Beberapa kata-kata sebenar telah disunting. Kawan-kawan itu bergurau belaka. Dan mereka juga orang baik-baik gitew..