‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 18 Mei 2009

Kembara Jalanan: Makam di Rembau.


April 19, 2009 (Ahad)
– Kesempatan balik ke kampung uwan di Rembau telah dimanfaat sepenuhnya. Kebiasaanya bila balik ke Tanah Datar ini, maza tidak akan ke mana-mana. Selain menonton Astro atau tidur sahaja. Setelah terjaga, makanan pun sudah terhidang.

(Gambar: Kembara Jalanan Ke Rembau >>>)

Pagi itu maza telah merayau-rayau. Entah bagaimana ternampak papan tanda pelancongan. Maza ikuti papan tanda tersebut lalu membawa maza ke Astana Raja di Rembau, Negeri Sembilan.

Di sini maza ketemukan sebuah makam yang penuh nilai-nilai sejarah!

Makam Raja Melewar ini terletak di tepi jalan Rembau - Astana Raja.


(Gambar: Makam Raja Melewar Terletak Di Pinggir Jalan Kampung Astana Raja >>>)

Raja Melewar adalah Yam Tuan Besar yang Pertama di Negeri Sembilan. Beliau ialah putera raja Minangkabau dari Pagar Ruyung, Sumatera yang diangkat menjadi raja di Negeri Sembilan.

Tuanku Raja Melewar datang ke Rembau di atas jemputan datuk-datuk penghulu besar Luak dan panglima daerah-daerah Negeri Sembilan.

Dahulu daerah-daerah di Negeri Sembilan ini dibawah pentadbiran dan jajahan Negeri Johor. Oleh kerana kerajaan Negeri Johor tidak stabil dan asyik dilanda peperangan dan serangan daripada Acheh dan Belanda, maka ia terbiar.

Setelah mendapat pekenan ke bawah Duli Sultan Johor, maka Undang, Lembaga dan datuk-datuk penghulu Luak berpakat hendak mengangkat anak raja Minang untuk dipertuankan.


(Gambar: Makam Raja Melewar dan Permaisurinya. Makamnya terasing dan hanya terdapat dua pasang batu nisan ini sahaja >>>)


Lalu mereka mengutuskan dua orang Panglima untuk pergi ke Istana Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera untuk meminta diutuskan seorang putera raja untuk dipertuankan.

Akhirnya wilayah-wilayah minang di Negeri Sembilan ini kembali aman. Pembesar-pembesar dan rakyat kembali bersatu lalu mampu mengekang pengaruh penjajah Inggeris.

Dalam membuat persediaan pertabalan itu, istana tempat pertabalan, bersemayam dan adat istiadat kerajan ke bawah Duli Tuanku Yam Tuan Besar dibuatkan orang. Ia terletak di tepi anak sungai Rembau.

Kawasan istana tersebut akhirnya diberi nama Kampung Astana Raja.


(Gambar: Replika Istana Raja Melewar di tapak asal istana itu pernah dibina >>>)


Oleh itu, semenjak dari peristiwa pemakaian pertabalan Yam Tuan Besar dibuat di Astana Raja, maka majlis pertabalan seterusnya di dahulukan di sini. Manakala Undang Luak Rembau ialah Datuk Penghulu Luak yang paling kanan sekali dalam upacara perlantikan dan pertabalan kerjan ini!

Tuanku Raja Melewar terus bersemayam di istana tersebut sehinggalah Istana Seri Menanti yang menjadi lambang kebesaran kerajaan siap dibina di Kuala Pilah.

Di Istana Seri Menanti inilah tempat baginda mentadbir dan bertakhta. Istana Seri Menanti lebih besar, lebih sesuai dan strategik.

Setelah baginda Yam Tuan Besar Raja Melewar mangkat, baginda telah disemadikan di makam diraja. Ia terletak di atas bukit berhampiran dengan istana pertabalan di Rembau itu di Astana Raja.

Jadinya, istana yang pernah menabalkan baginda letaknya tidak jauh dari makam Raja Melewar. Iaitu kira-kira 400 meter dari istana ini.

(Gambar: Istana Raja Melewar. Reka bentuknya yang unik dan penuh dengan kemelayuan >>>)

Anda boleh melawatnya dan menyaksikan kehebatan istana tersebut. Replika istana raja ini menyerupai saiz dan betuk asalnya. Bahkan kawasan tersebut sememangnya kawasan asal istana pertabalan tersebut.



Pinggan ayan:
Jangan lupa, sekiranya anda ke Rembau singgahlah ke makam dan istana hebat ini. Jangan lupa juga mendaftarkan nama anda di buku pelawat di istana tersebut.

by maza



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails