Mei 13, 2009 (Rabu) – maza telah dijemput oleh mat lan dan Cinta ke satu majlis makan malam.
Mereka berdua berhajat benar hendak membelanja maza.
(Gambar: Menatapi Sisa-sisa Akhir Sebelum Pulang)
Untuk tidak menghampakan sesiapa pun jua, jam 9.00 malam maza penuhi undangan mereka. Kali ini destinasi pilihan ialah di Restoran/ Warung Nara, di Bukit Angkasa.
(Gambar: Mat Lan kekenyangan. Lihat sahaja perutnya yang sudah berisi itu)
Majlis makan malam ini dihadiri oleh maza, Mat Lan, Cinta, Angah dan Faizal.
Hidangan istimewa di situ ialah ayam golek
Ayam goleknya memang cukup terkenal di
(Gambar: Faizal, Tuan Tanah, Cinta, Angah. Mat Lan tukang ketip gambar)
Mereka yang berkerja di RTM di Angkasapuri,
Tentang keenakan ayam golek
(Gambar: Habis. Licin)
Ibarat ikan pirana menghurung mangsanya. Ayam golek tersebut selesai, berbaki tulang temulang dan sayuran hiasan sahaja dalam masa sepuluh minit.
Jika anda hendak ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Warung Nara, Bukit Angkasa, berhampiran Pantai Dalam, Kuala Lumpur ini.
Terima kasih kepada Mat Lan dan Cinta. Terima kasih daun keladi yea.. hehhehe
Untuk nekcun dan kengkwan yang lain, kalau sudah terliur atau mahu mencuba keenakan ayam ini, jangan lupa jemput maza dan mat lan sekali ya!
hehhehehe