‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 6 Mei 2009

MAZA & Selsema Babi!!!

Ini kes bukan main parah. Seputar waktu dengan keadaan dunia yang haru biru.

Dunia kini dilanda wabak virus yang menakutkan. Swine virus, atau virus selsema babi. Virus ini dikenali juga Virus A H1N1.


Bluetine Utama TV3 tidak habis-habis memutarkan isu Swine Virus ini. Wabak selsema babi berpunca dari Mexico. Ia sudah menular dan meragut banyak nyawa sama ada di Mexico, Amerika, Guatamala dan beberapa buah negara lain.


Mereka yang kembali dari melancong di Mexico sudah pasti dikuarantin. Langkah berjaga-jaga diperketatkan untuk megawal wabak penyakit berjangkit ini!


Arakian terjadi kekhuatiran di dalam keluarga maza yang maha bahagia. Habis seluruh keluarga dilanda bencana juga.


Tidak seorang pun terlepas. Melainkan terlantar di atas pembaringan. Dari Mei 3 , 2009 hinggalah Mei 6, 2009.


Kami terpaksa menahan panas membara di dalam tubuh. Masing-masing berjaya mencatatkan darjah kehangatan tubuh melampaui 38.64 darjah celcius.


Batuk salih berganti. Kadang kala berupa satu pertandingan pula. Siapa paling lama, dialah paling berjaya mendapat pahala (kerana sabar).


Simptom-simpton penyakit selsema babi memang ada. Sesak nafas, hidung berair tidak berhenti-henti dan demam panas. Ini mengerunkan kami.


Tetapi, kami tidak pernah menjejak kaki ke Mexico. Singapura di seberang tambak sana pun kami tidak lepas lagi. Lagipun Mexico dengan Kuantan beribu batu jauhnya.


Jiran sebelah rumah sudah heboh. Dia mendapat berita bahawa wabak selesema babi ini boleh merebak melalui babi ke manusia. Paling dahsyat dari manusia ke manusia. Kira macam bawaan human borne jugalah.


Lalu Abah memanggil tok imam.


“Imam, tolonglah tengok-tengokan anak cucu saya ini. Dah dua hari dia orang melepek sana sini. Tak berdaya sangat.”


Imam pun mejenguk ke dalam geluk berisi air. Dibaca segala ayat yang diketehuinya. Kemudian imam mencurahkan ilhamnya.


“Aku rasa, budak-budak ini bukan sahaja tersampuk tetapi virus ala-ala selesema babi sudah mendampingi mereka!”


“Habis tu, nak buat macam mana ni, imam?”


“Begini. Kita kena samakkan mereka. Ya! Kita samak budak-budak ini dan rumah dia orang. Biar sial babi dan kuman selsemanya musnah. Lepas tu sudah tentu tak menganggu orang lain!”


Malam dua hari sudah kami disamak. Tak pasal-pasal kena mandi dengan enam jirusan air jernih dan satu air tanah.


Segala apa dalam rumah kami, habis kena samak juga. Nasib baik peralatan elektrik tidak dicelup ke dalam air sama.


"Ah! biarlah. Bukan aku yang buatkan pun. Emak dan abah yang beriya-iya benar. Biarlah dia buat sahaja.", keluh maza kepada isterinya.


Selang sehari, usaha tersebut mulai nampak berhasil. Maza sudah agak pulih. Kali ini maza pula membawa anak-anak dan isteri ke klinik. Di klinik itu nanti maza ingin membuat rawatan susulan setelah usaha imam kampung itu lakukan.


Sampai di klinik lain pula ceritaya.


“Hmm. Awak maza. Tekanan darah awak rendah 90/60. Elok awak berehat dan banyak minum air. Saya bagi MC (Medical Certificate) 3 hari. Keluarga awak semua OK. Cuma selesema biasa dengan batuk. Maklumlah musim panas dan hujan sekarang ni. Sejak dari semalam ramai pesakit saya mengadu hal yang sama”


Kami semua tercengang. Di dalam hati kami bersyukur yang amat sangat, kerana tidak diserang penyakit selsema babi.


untung juga diadakan upacara samak ilham pak imam itu. Sekurang-kurangnya keluarga kami sudah mempunyai pelindungan tambahan (extra protection) jika wabak selsema babi menduga negara ini.



*****

Pada teman-teman yang merindui maza dan mencari maza hingga ke lubang jarum sempit itu, maza ucapkan jutaan terima kasih ke atas kasih dan sayang anda.


Tidak lupakan juga kepada saudara mara maza, sahabat-handai, rakan taulan yang memberi sokongan terhadap maza ketika mengharungi detik getir itu, juga maza ucapkan jazakallah.


Minta maaflah kepada teman-teman yang lain yang tercari-cari, terjenguk-jenguk, terintai-intai maza tetapi keputusannya tidak memberangsangkan. Maza tidak sihat, syahdan tak larat nak mematuk-matuk papan kekunci ini. Nak mengejar tetikus yang tak lari ini pun, masa itu rasa dah tak larat bebenor huhuhu..


Akhir kalam..


Salam Sayang dari MAZA.





blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails