Reeza: Landasan Keretapi Layang-layang, Kluang, Johor (Disember 2, 2013) |
Anak Badang
Maza yakin, dalam sesebuah organisasi ada kakitangan tunjang yang menjadi tonggak kepada 'tanjak' institusi itu. Tanpanya, jentera pengurusan, operasi dan teknikal boleh terjejas.
Di institusi yang maza wakili ini, manusia itu dikenali sebagai Anak Badang. Rupa bentuk susuk manusia tersebut bukanlah seperti watak adiwira; Hulk, Sueperman atau Pendekar Ali Cafe.
Sebaliknya beliau mempunyai daya tarikan dan kekuatan tersendiri iaitu dari segi fizikal, kreativiti dan mental. Demikian juga kehebatan pengaruh dan komunikasi, menyebabkan ketidakhadiran beliau di pejabat suasana menjadi lesu; rasa kehilangan sesuatu.
Anak Badang bukannya setakat gagah memikul beban fizikal tetapi terbukti sebagai penyeri dan pemangkin semangat kerja sementelah hari-hari yang meletihkan menggasak dari kiri dan kanan.
Sebetulnya, untuk menjadi tulang belakang kepada sebuah organisasi seperti Anak Badang ini bukannya payah. Apa yang mustahak ialah tahu memainkan peranan, berkomunikasi dengan berkesan dan mengerti objektif pekerjaan.
Secara umum, terdapat dua kumpulan pekerjaan: -
- Kakitangan sumbangan (contribution)
- Kakitangan sokongan/pelengkap (complement)
Dari mana sekalipun kumpulan pekerjaan itu, tiap satunya amat penting kepada organisasi. Kegagalan organisasi menghargai, menilai dan mengagihkan tugasan adalah kesalahan yang amat kritikal kerana setiap sumber mentah itu perlu dioptimakan penggunaannya.
Saat melewati tahun 2014, sama ada kakitangan pelaksana atau pengurusan, tanpa mengira prajudis, perlu menguatkan iktikad agar berusaha lebih gigih dan IKHLAS. Pekerjaan ikhlas itulah yang membawa erti keberkataan sebenar.
Selamat menempuh hari-hari yang mencongkam gitew.. ahaks.
~ saat-saat menyesak ini, ramai juga rakan sekerja mengambil kesempatan. Namun pilihlah yang diredhai Tuhan, jangan aniaya kepada sesiapa juga; sama ada pada teman sekerja dan organisasi yang diwakili) ~
Perutusan Tahun Baharu