‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 29 Januari 2014

Dia Anak Siapa


Sarah kelewatan. Dia tergesa-gesa. Sarah berlari-lari anak hendak menghadiri majlis hari ibu di taska Sheila. Bukan sengaja dia mahu lewat. Kali ini kelasnya tamat lewat sedikit daripada lazimnya. Peperiksaan diploma semakin menghampiri, dia perlu berusaha gigih untuk masa depan. Sarah tinggal sendirian di rumah sewa demi mengejar impian bergelar graduan. Semuanya demi mengubah nasib diri dan keluarga. Tinggal sebulan lagi sebelum peperiksaan semester terakhir bermula.

Sheila memanggil Sarah, ibu. Memang benar Sarah masih muda. Usianya baru menginjak 21 tahun. 

Ramai orang mengatakan Sarah berzina dengan teman lelakinya ketika berusia 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak. Sekarang ini anak itu sudah berusia empat tahun. Sesetengah orang mengatakan Sarah mempunyai ‘sugar daddy’ dan sekarang ‘sugar daddy’ meninggalkan Sarah setelah melahirkan Shiela. 


Cikgu Idris resah menantikan Sarah yang belum muncul-muncul. Di dewan taska itu sudah penuh dengan ibu bapa. Kerusi tersusun di atas pentas. Beberapa ibu yang mengambil bahagian telah pun duduk di atas pentas itu. Tinggal sebuah kerusi yang kosong. Kerusi itu akan diisi Sarah. Sebentar lagi Shiela akan mengadap Sarah di atas pentas untuk menyampaikan ucapan dan bunga kepada ibunya.

“Sarah di mana awak? Persembahan akan bermula sebentar lagi.” Cikgu Idris menghantar SMS. 

Cikgu Idris ialah cikgu kepada Shiela dan adakalanya menjadi pengasuh kanak-kanak itu. Cikgu Idris melakukan semuanya itu kerana kasih kepada Shiela yang tidak berbapa.

SMS Cikgu Idris tidak berjawab. Bukannya Sarah tidak mahu menjawab. Dia perlu bergegas tanpa bertangguh. Segala panggilan atau SMS akan mengganggu kelancaran langkahnya.

Sarah dalam perut tandas sedang mempersiapkan diri. Baju seragam makmal telah berganti dengan baju yang lebih sesuai dengan majlis Shiela itu nanti. Soal berlari dari kuliah ke taska bukannya perkara baharu pada Sarah. Begitulah keadaannya saban hari. Sebaik habis kelas, tanpa sebarang bicara atau berpelesaran segera dia berlari hendak mendapatkan anak comelnya itu.

Rabu, 22 Januari 2014

Percintaan Jarak Jauh Kuantan - Kuala Lumpur


Yeaaa ha! laju lagi laju . . . dah lewat ke ofis ni.

Percintaan maza dengan keluarga berstatus jarak jauh. Selama ini maza menunggang berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Setiap hujung minggu atau ada cuti lebih masa, begitulah keadaannya selalu. 

Dengan menunggang maza telah memanfatkan penjimatan kos dan perjalanan juga begitu lancar! Kos tol juga tidak perlu ditanggung. 

Seyogia, masa bersama keluarga di hujung minggu dapat dilebihkan. Syahdan, awal-awal pagi Isnin seputar jam 6.00 pagi boleh menunggang dari Kuantan dengan tenang ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

Cuma cabarannya ialah kabus pagi yang tebal dan hujan mendinginkan suasana. Adakalanya kedinginan itu ditambah parah dengan rempuhan angin bayu. Mengambil kata Nasrun (9 tahun), "boleh menyebabkan otak beku".


~sedang mengurut-ngurut kaki, bikin persediaan untuk mengembara berkelana~

Sabtu, 18 Januari 2014

Baru vs Baharu

Baru-baru ini, pengantin baharu di tahun baharu.

Acapkali kita keliru yang mana satukah perkataan sebenar untuk digunakan di dalam sesuatu konteks ayat sama ada BARU atau BAHARU.

Sekali imbas kedua-dua perkataan tersebut bermaksud "belum ada sebelumnya,belum lama wujud" (Kamus Dewan Edisi 4: halaman 141).

Kedua-dua perkataan Baru dan Baharu boleh diguna silih berganti. Sebagai contoh 'baju baru' dan 'baju baharu', 'kereta baru' dan 'kereta baharu'; kedua-duanya boleh digunapakai.

Namun untuk memantapkan penyampaian, mengindahkan budi, mencantikkan seni, memperelok bahasa, penggunaan perkataan Baru dan Baharu di dalam konteks ayat harus tepat dan sesuai. Malah digalakkan untuk dilazim serta diperbetulkan.

Frasa BAHARU seharusnya digunakan apabila kata tersebut dirujuk kepada 'benda' atau kata nama. Sebagai contoh kasut baharu, tahun baharu, rumah baharu, DSLR baharu dan sebagainya.

Frasa BARU pula digunakan apabila digabung atau dipadan dengan frasa 'adjektif' (kata sifat) atau 'kata kerja' seperti baru pulang, baru kelihatan, baru sedar, baru hidang, baru mencuci, baru membeli DSLR dan sebagainya.

Manakala penggunaan kata yang menunjukkan 'masa', frasa BARU perlu digunakan seperti kata baru-baru ini, baru semalam, baru tadi, baru sekejap tadi.

TIPS BERGUNA


Sebagai petua berguna dan panduan semua, padanan bahasa Inggerisnya bagi perkataan BAHARU ialah NEW.

Manakala padanan bahasa Inggeris untuk perkataan BARU ialah JUST.

~mengindahkan bahasa, memperelok budi~
Lazimkan yang betul, henti guna yang salah.


cerita tatabahasa sekali sekala



Rabu, 15 Januari 2014

Cendol Durian Borhan, Kota Tinggi




Maza pulang ke Kota Tinggi pada Disember 29, 2013 dan sempat menikmati hidangan makanan rakyat di sana.

Mengikut kata Pak Anjang Ahmad Taha, restoran yang terletak berhampiran stesen bas Kota Tinggi, Johor, bersebelahan Kedai Kain 1Malaysia menyediakan cendol durian istimewa.

Selain cendol durian, terdapat juga cendol berperisa kacang, pulut, tapai, jagung, ABC (air batu campur) dan sebagainya.

Benar, rasanya cukup menakjubkan. Selain cendol menjadi menu utama, terdapat beberapa makanan Johor disediakan sama. Kata orang Jawa, makanan untuk "mentong-mentongan", antaranya ialah laksa, mee goreng, rojak buah, soto dan mee bandung.

Sudah tentu rasa makanan itu (soto dan mee bandung) berbeza daripada yang dihidangkan di luar Johor seperti di Kuala Lumpur. Kata orang Johor, lebih original; Lebih UMPHHH!

Harga pula berpatutan (benar sehingga 29 Disember 2013).

Kata Fitri Ahmad, sekali rasa mahu berulang-ulang kali menikmatinya. Fitri sendiri mengakui beliau tidak cukup sekadar semangkuk cendol durian Borhan bagi sekali hidangan.

Fitri juga kerap memaksa abahnya untuk singgah ke restoran tersebut semata-mata hendak menikmati cendol. Kata Mak Anjang Faridah, kalau tidak singgah boleh menyebabkan Fitri menarik muncul panjang macam tenuk dan menghentak-hentak kaki ke lantai.

Jika anda ke Kota Tinggi, jangan lupa singgah dan menikmati cendol istimewa ini. Insyallah, apabila anda merasainya, pasti akan terkenang kenangan terindah.







~Cap jempol satu kali,. Mai semangkuk~
 

Isnin, 13 Januari 2014

Harta Dunia Dan Akhirat

Senja Di Kuala Lumpur.
Jalan Duta, Januari 2014

Hari ini Dollah dilepas dan dibebaskan setelah dipenjara selama 10 tahun. Sebagaimana diduga, tiada siapa yang menyambut di pintu gerbang penjara itu. Dia sudah tiada siapa-siapa; keluarga dan kawan semuanya entah ke mana.

Dollah berkelana, berpelisiran di pekan kecil. Dia membawa diri dengan mengikuti langkah kaki membawanya pergi. Dari satu deretan kedai ke satu deretan kedai sehinggalah petang melewati malam.

Setelah penat mengorak langkah, dia berhenti berehat di kaki lima. Cadangnya mahu melelapkan mata di situ. Menumpang teduh sambil menikmati erti kebebasan setelah terkurung di balik kadang besi bertahun-tahun lamanya.

Di tangan tiada pun wang, perut berkeroncong. Kali ini dia tidak mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuap nasi seperti dahulu. Dollah sudah taubat nasuha. Walaupun imannya serapuh dedak ayam, tetapi perihal jenayah tidak mahu lagi diulangi.

Sementera menahan lapar dan berkira-kira hendak mencari rezeki halal itu, tiba-tiba sebuku roti kaya dicampakkan kepadanya.

“Nah! Ambil tu. Makanlah.” Kata seorang anak muda yang bergelendangan senasib dengannya. Sebuku roti kaya terbang melayang ke kakinya.

Dollah mengutip dan menyuap ke dalam mulut perlahan-lahan. Inilah kedaannya sekarang. Daif. Miskin. Papa kedana.

Hari-hari terus berlalu, nasibnya belum juga berubah. Masih terkais-kais mencari makan. Di celah-celah tong sampah, tepi longkang dan apa sahaja yang boleh dimakan.

Arif pulang dari sekolah dengan mengheret beg melalui celah-celah lorong. Beg lebih besar daripada tubuh kerdilnya yang berusia seputar sembilan tahun. Di pertengahan jalan Arif ditahan sekumpulan kanak-kanak nakal si kaki buli dan ponteng sekolah. Seperti biasa mereka mahukan wang. Duit Arif selalu tersedekah di situ. Jika tidak diberikan “wang perlindungan” teruk Arif kena belasah.

Bunyi kecoh kanak-kanak membingitkan telinga Dollah yang sedang melelapkan mata di hujung kaki lima deretan kedai berhampiran. Tubuhnya tersorok di balik timbunan kotak. Dollah kurang senang tidurnya terganggu. Sambil berbaring dan matanya dijengkilkan, Dollah menyergah, “Hoi budak! Kau buat apa tu?”

Bercempera kaki buli bertempiaran lari. Dollah kembali melelapkan mata tanpa mempedulikan Arif di situ.

Arif berasa terhutang budi lalu menghampiri Dollah, “Terima kasih pakcik. Terima kasih.”

Dollah tetap Dollah, kantuknya masih sedap dilayan. Dia membiarkan Arif terkulat-kulat. Dollah tetap teruskan dengkuran sambil menahan kelaparan.

Keesokan hari di tengahari itu Dollah masih di situ. Dia merengkot. Kali ini dia benar-benar kelaparan. Sehari semalam perutnya tidak berisi.

Arif pulang dari sekolah. Dijinjitnya sebungkus nasi. Dia mendapatkan Dollah. “Nah pakcik. Arif ada bawa makanan.”

Dollah bingkas dari tempat tidur. Sebaik diletakkan nasi bungkus di atas lantai, segera Dollah menyabar dan memakan segala isinya.

“Terima kasih. Kenapa kau tak balik lagi. Baliklah.” kata Dollah dengan kasar. Sebenarnya di hati Dollah ada rasa malu dan resah. Mana tahu ada orang tuduh dia mahu menculik anak ini!

“Di rumah tiada siapa-siapa pakcik.”

“Ayah kau pergi mana?”

“Kata ummi, ayah sudah mati. Arif tinggal dengan daddy dan ummi. Mereka sibuk bekerja. Lewat tengah malam baru balik. Pakcik boleh ajarkan Arif. Arif tak tahu buat kerja sekolah.”

“Aku bukannya cikgu. Kau pergilah tanya daddy sana.” mulut Dollah penuh dengan nasi bungkus itu.

Arif membuka buku latihannya, lalu dia membaca, “Rukun iman ada enam perkara. Pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah. Pakcik, macam mana mengucap dua kalimah syahadah?”

Jumaat, 10 Januari 2014

Cinta Rasul



"Saya cintakan Rasululullah."

Inilah manifestasi saya.

Sungguhpun ada beberapa khilaf tentang tarikh sebenar Nabi Muhammad SAW diputerakan. Namun, itu tidak menghalang untuk mencintai Rasulullah SAW.

Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.





Khamis, 9 Januari 2014

Janji Siapakah Yang Lebih Baik?


Langkah ini di Stesyen Keretapi Layang-Layang, Kluang, Johor
24 November 2013

SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI
 
Allah SWT tidak pernah berjanji bahawa orang yang berkahwin akan memperoleh anak.

Allah SWT juga tidak pernah berjanji bahawa orang yang bekerja dari siang hingga ke malam akan menjadi kaya.


TETAPI Allah SWT berjanji: -

Sesungguhnya mereka yang menjaga solat dan akhlak, maka mereka itulah orang yang berjaya.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, maka Allah SWT akan angkat kesempitan hidup di dunia.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, Allah akan angkat (menghidarkannya) seksaan kubur.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, Allah akan memberikan buku amalan dengan tangan kanan.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, mereka akan melintas titian siratalmustaqim sepantas kilat.

Barangsiapa jaga solat dan akhlak, mereka akan dimasukkan syurga tanpa hisab.

JADI, janji siapakah yang lebih baik?




Nota Maulidur Rasul sempena malam Jumaat gitew

Rabu, 8 Januari 2014

Anak Badang di Tempat Kerja

Tepek gambo satu kali, wokey?

Reeza: Landasan Keretapi Layang-layang, Kluang, Johor
(Disember 2, 2013)

Anak Badang


Maza yakin, dalam sesebuah organisasi ada kakitangan tunjang yang menjadi tonggak kepada 'tanjak' institusi itu. Tanpanya, jentera pengurusan, operasi dan teknikal boleh terjejas.

Di institusi yang maza wakili ini, manusia itu dikenali sebagai Anak Badang. Rupa bentuk susuk manusia tersebut bukanlah seperti watak adiwira; Hulk, Sueperman atau Pendekar Ali Cafe.

Sebaliknya beliau mempunyai daya tarikan dan kekuatan tersendiri iaitu dari segi fizikal, kreativiti dan mental. Demikian juga kehebatan pengaruh dan komunikasi, menyebabkan ketidakhadiran beliau di pejabat suasana menjadi lesu; rasa kehilangan sesuatu.

Anak Badang bukannya setakat gagah memikul beban fizikal tetapi terbukti sebagai penyeri dan pemangkin semangat kerja sementelah hari-hari yang meletihkan menggasak dari kiri dan kanan.

Sebetulnya, untuk menjadi tulang belakang kepada sebuah organisasi seperti Anak Badang ini bukannya payah. Apa yang mustahak ialah tahu memainkan peranan, berkomunikasi dengan berkesan dan mengerti objektif pekerjaan.

Secara umum, terdapat dua kumpulan pekerjaan: -
  1. Kakitangan sumbangan (contribution)
  2. Kakitangan sokongan/pelengkap (complement) 

Dari mana sekalipun kumpulan pekerjaan itu, tiap satunya amat penting kepada organisasi. Kegagalan organisasi menghargai, menilai dan mengagihkan tugasan adalah kesalahan yang amat kritikal kerana setiap sumber mentah itu perlu dioptimakan penggunaannya.

Saat melewati tahun 2014, sama ada kakitangan pelaksana atau pengurusan, tanpa mengira prajudis,  perlu menguatkan iktikad agar berusaha lebih gigih dan IKHLAS. Pekerjaan ikhlas itulah yang membawa erti keberkataan sebenar.

Selamat menempuh hari-hari yang mencongkam gitew.. ahaks.

~ saat-saat menyesak ini, ramai juga rakan sekerja mengambil kesempatan. Namun pilihlah yang diredhai Tuhan, jangan aniaya kepada sesiapa juga; sama ada pada teman sekerja dan organisasi yang diwakili) ~

Perutusan Tahun Baharu




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails