‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 16 Julai 2013

SIRI RAMADAN: PADAH TELANJANG DI PARAM


SIRI TAZKIRAH: Tarbiah Ramadan


Juadah berbuka puasa di Masjid Kota Damansara (15.07.2013)
foto: ronawarna.blogspot.com

KOTA DAMANSARA - Entah bagaimana semalam ketika maza membeli sebungkus kuih di Pasar Ramadan Seksyen 4, Kota Damansara, tatkala hendak membayar, tiba-tiba seorang gadis “cukup baligh, sifat dan umur” menghulurkan tangan. 


Bukanlah perlakuan gadis itu maza kesalkan, tetapi maza kesal dengan perlakuan diri maza kerana tidak cukup periksa tentang persekitaran gerai tersebut. Maza “terkilan” apabila gadis itu tidak menutup aurat sehingga menampakkan alur payu dara dan warna coli yang dipakainya. (Kempis sudah puasa haku . . . jahat sungguh orang itu, kan? Uhuk!)

Sudah tentu sebagai manusia normal suasana tersebut memberikan ketidakselesaan terutama di dalam memelihara ibadah puasa (perkara-perkara yang membatalkan dan merosakkan puasa).

Sambil tercengang, di dalam hati maza mula berkata, apa bezanya Param dengan pasar raya dan pengeluar produk lainnya? Mereka menjual produk atau menjual “seks(i)” dengan mengeksploitasi tubuh wanita yang mengiurkan semata-mata mencari keuntungan yang sekelumit. Pendek kata mereka menyediakan pakej “jamu mata (seks(i))” dengan menjual empat keping kuih berharga RM1.20.

Demikiankah nilai seorang MUSLIMAH?


 . . . Jeda . . .

Keadaan sudah berbeza berbanding tiga atau lima tahun lalu. Jika tahun-tahun sudah apabila ke Param (pasar Ramadan) acapkali meruntun iman. Di sana sini berpelesaran wanita tidak menutup aurat. Mereka mengenakan pakaian senteng, ketat, sendat dan menampakkan pusat. Perempuan-perempuan itu seolah-olah tidak mengingati bahawa ini bulan mulia perlu dihormati kalau pun tidak mahu mendampingi institutsi tarbiah Ramadan. Malah mereka teruja, kagum dan bangga mempamerkan ‘aset’ yang sepatutnya perlu dilindungi. Pada pandangan orang-orang budiman, perlakuan itu 'saling tidak tumpah' seperti menjual maruah di tempat yang jijik dengah harga cukup murah! Dalam kata lain, mereka menggadaikan maruah diri sendiri sehingga jika tersalah hemat boleh tergolong dalam kalangan mereka tidak bermaruah!

Tahun ini, setelah seminggu Ramadan berlalu, maza dapati fenomena itu sudah berubah. Rata-rata anak gadis dan wanita yang berkunjung ke Param mengenakan pakaian sopan.

Cuma masih terdapat segelintir yang barangkali belum ‘menyedari’ hakikat sekolah Ramadan. Ada sesetengah yang masih mengenakan pakaian ‘telus pandangan’ (transparent) atau tidak cukup tebal untuk melindungi kulit dan 'pakaian dalam' masing-masing.

Sebagai contoh masih ada Muslimah yang mengenakan pakaian ‘low cut’ sehingga menampakkan lurah teteknya. Begitu juga Muslimah yang bertudung tetapi mengenakan t-shirt atau baju yang boleh menampakkan bayangan bra sehingga orang di belakang boleh mengetahui warna coli yang dikenakan.

Mengambil kira kunjungan bukan-Muslim ke Param adalah sesuatu yang baik. Ironinya, mereka lebih bersopan dengan tidak mengenakan pakaian menjolok mata. Tidak dinafikan, terdapat segelintir yang kurang sensitif lalu berdedai-dedai berpelesaran dengan berseluar ketat singkat sekadar menutup bahagian atas paha. Begitu juga dengan berbaju ketat dan nipis sehingga boleh mengetahui kebesaran saiz payu dara.

Kehadiran pengujung bukan Muslim yang sedemikian rupa dapatlah kita fahami. Namun bagaimana mungkin mahu menegur dan mendidik mereka sedangkan masih ada Muslimah tidak menghiraukan isu berpakaian ini? Kita gagal memberi contoh dan alternatif terbaik kepada non-Muslim untuk sama-sama hormat, amal dan mengerti keindahan Islam; sementelah Muslimah sendiri tidak ubah berpakaian sama seperti non-Muslim. Sudah tidak ada bezanya antara Muslimin dengan puak-puak bukan Islam itu! Jadi, apa lebihnya Muslimin?!

Sepatutnya, Param yang dibangunkan untuk merai, meraya dan memperlihatkan institusi ekonomi umat Islam di tanah air ini, setiap Muslimin perlu bersedia memberikan contoh terbaik. Iaitu menjadi tauladan (dakwah) kepada setiap individu, terutama yang berkunjung ke Param sama ada pengujung itu adalah Muslimin atau sebaliknya, iaitu dengan mengamalkan akhlak Islamiah, saling mengingat-mengingati (tarbiah), menghormati antara satu sama lain, memelihara ukhwah dan pelestarian kesucian Islam di bulan Ramadan. Antara perlakuan tersebut ialah berpakaian menutup aurat sebagaimana disyariatkan.

 Tindakan ke Atas Peniaga Param


Solat tarawikh. Menadah tangan mengaminkan doa untuk kesejahteraan diri dan ummah
foto: ronawarna.blogspot.com

Oleh itu, untuk mendidik diri dan masyarakat, kita perlu menghantar mesej tarbiah yang jelas. Mesej dakwah ini 'penting' untuk menyelamatkan iman serta memperkasakan diri, keluarga dan ummah.

Maza mencadangkan, mana-mana pengendali, penjual dan peniaga yang tidak menutup aurat dengan sempurna, janganlah kita membeli di gerai tersebut. Jangan sokong mereka yang masih tidak menyempurnakan syariat yang ini. Kita BOIKOT sehinggalah mereka kembali mengenakan pakaian yang menutup aurat.

Dengan cara ini, setidak-tidaknya kita memberi isyarat agar Param seharusnya menggambarkan institusi ekonomi dan keperibadian Muslimin sebenar. Param itu sebenarnya berbeza dengan pasar-pasar malam, pasar tani, pasar mingguan, pasar rabu, pasar harian atau seumpamanya. Ia memperlihatkan gaya Muslimin menjana ekonomi yang mana setiap aspek terpelihara iaitu daripada aspek ketauhidan, kesihatan, harga, akhlak dan perhubungan manusia (usuluddin, mudharabah & muamalah).

Dalam masa sama, kita dapat memelihara akhlak dan menjaga maruah Muslimah. Ia kena pada masa dan tempat yang mana Ramadan adalah agen tarbiah terbaik; baik untuk pengendali gerai sehinggalah kepada pengunjungnya.

Kesan mutlak ialah syiar Islam akan terang benderang dan Insyallah mendapat rahmat Allah SWT sesuai dengan janji Allah SWT iaitu Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan keberkatan!

Sehubungan dengan institusi sekolah Ramadan ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk sama-sama mendidik jiwa. Saya memelihara jiwa dan akhlak dengan berpakaian sopan agar pahala puasa kita terpelihara. Begitu juga dengan saudara dan saudari, sama-sama kita menjaga akhlak agar membantu saya untuk mendidik jiwa saya supaya berupaya mendapat puasa yang terbaik. Akhirnya semoga Ramadan kali ini merupakan sebuah madrasah yang terbaik dalam mendidik hati, jiwa dan ukhwah.

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat keberkataan Ramadan!


Kempen tarbiah lantun-lantun oleh 





blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails