‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 17 Julai 2013

DRAMA KLASIK Orang bujang tua terjebak di Ramadan 2013

Ini cerita betul punya weii  (best on true story . . . ahaks)


Periuk nasi Nasional
Foto, ronawarna.blogspot.com
Semuanya sudah terhidang. Terasa puas memasak sendirian pada hari ini. "Tomyam makanan laut, daging masak merah dan sayur kobis goreng - ala maza", semuanya dilakukan sebaik pulang dari pejabat jam 5.00 petang tadi.

Lagi sepuluh minit azan Maghrib petanda waktu berbuka akan tiba. Maza kembali ke dapur untuk menyediakan air kopi sachet, itu sudah cukup.

Usai membancuh kopi, maza mula bergerak hendak menyenduk nasi. Di otak sudah terbayang kelazatan dan keenakan lauk pauk. Tomyam, daging masak merah, wow! Air liur mulai berkampung di hujung bibir; kecur mengalahkan anak-anak Sekolah Tadika baru pertama kali berbuka puasa! hehehe . . .

Elok tudung periuk dibuka, mata terus terpejam dan menarik nafas dalam-dalam. Mengambil berkat begitu.

Sebaik kembali membuka mata, Alamak nasi masih jelantah! Macam mana aku boleh terlupa hendak memetik suis . . . ADERKKK!!!! Maza memekik sekuat hati di dapur di dalam rumah sendirian. Di dalam hati penuh rasa mengerutu, menyesali sikap sendiri. Aduhaiiii . . .

Saat itu juga azan berkumandang! Cheh . . . haru sehhh . . . haruuu!!

Dengan langkah longlai maza kembali ke meja makan untuk berbuka puasa dengan tamar dan air suam sesudah menutup kembali periuk nasi dan menekan suis periuk karen itu. 

Putus selera, patah semangat seketika. Sambil-sambil menantikan nasi masak, maza menyudu lauk yang terhidang itu sesudu dua, kemudian sesudu dua, dan sesudu dua lagi. Hampir separuh juga lauk itu maza jamah begitu sahaja. Konon asalnya mahu buat pelepas mengidam di anak tekak.

Sedap, tapi sayangnya nasi belum sedia untuk ditelan, keluh di hati.

Penyudahnya, maza menyambung "melantak" kesemua hidangan istimewa entahapatah itu setelah pulang dari solat Tarawih. Harap-harap masih mampu bersahur kelak atau kalau tidak terjaga lagi, diperkira sudah qada' sahurlah itu . . . hahaha

Adegan ini sungguh cliche dan klasik tetapi masih segar malar, maza kira. (kenyit mata satu kali)

Nota kaki: terima kasih Azira (jiran sebelah rumah) kerana menghantar mee goreng petang tadi tanpa bertukar juadah. Almaklumlah orang bujang tua ini sendirian di rumah, tak menduga ada jiran yang perihatin dan masih mahu mengamalkan sunnah Ramadan yang ini. hehehe


Nukilan lantun-lantun oleh
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails