Peragut yang bermaharajalela di Kg. Sri Lukut sudah pun ditangkap. Mereka ditambat pada batang pokok kelapa. Orang-orang kampung berkerumun memandang peragut itu. Mereka mahu menyaksikan sendiri bagaimana rupa si peragut tersebut. Akhirnya keresahan orang kampung selama ini sudah terjawab. Hukuman kampung sudah pun dijatuhkan. Peragut-peragut itu akan DISEMBELIH kesemuanya!
"Bila kita nak jalankan hukuman itu?" kata Pak Bilal setelah meneguk secangkir kopi di warung Affandi anak Jemari.
"Hmm ... esok selepas solat subuh kita mulakan upacara. Nanti bilal tolong umumkan pada orang kampung. Biar mereka menjadi saksi dan membantu apa-apa yang patut" kata Pak Imam.
"Semua prosedur sudah kita buat. Tak perlu kita maklumkan pada polis kali ini." tambah Tok Ketua Kampung Mail.
Pagi-pagi lagi sudah ramai orang kampung berkumpul. Masing-masing bersemangat!
Setelah matahari sejengkal dari kepala, upacara sembelihan peragut rumput dijalankan. Ramai yang turut membantu. Mendengus-dengus lembu-lembu dan kambing-kambing itu melepaskan nafas terakhirnya.
Sebelum solat Zuhur semua kerja-kerja melapah selesai. Maza berasa bersyukur kerana tahun ini juga dapat melaksanakan ibadah korban itu. Sekadar melepaskan wang dikocek dan membiarkan kerja-kerja pengorbanan dilakukan oleh orang-orang masjid.
Apalah daya buah cempedak bukannya buah nangka. Seminggu sebelum hari raya haji tempoh hari kedua-dua bunga tayar kereta maza sudah haus! Tak pasal-pasal kena ganti.
Bukan itu sahaja, camber-nya pun sudah punah. Pelarasan tayar terpaksa dilakukan semula.
Penyudahnya kos yang terlibat sudah sama seperti kos dua bahagian korban lembu. Maza kira ini juga boleh dimasukkan sebagai kos-kos korban sepena hari raya korban! Barangkali bezanya kos itu tidak termasuk dalam pahala ibadah korban binatang al-anam! uhuk!
Aqlan sedang berangan memandu kereta di kedai tayar di Kuantan |
Al kisah lantun-lantun