Gara-gara jerebu yang menghambat kota meteropolitan Kuala Lumpur, maza terpaksa menutup mulut dengan benda itu, agar tak berlaku lagi masalah kesihatan.
Kata seorang sahabat, "udah ghupanya koma macam peragut bersiri!" ahaks!
Kebetulan pula Jumaat sudah (28.09.2012), seorang sahabat di pejabat ini telah menyaksikan sendiri tindakan ganas dua orang peragut bermotorsikal di Stesen LRT Abdullah Hukum.
Sekadar usaha kerdil, namun Allah-lah yang menyembuh dan melindungi...
Doa mohon keselamatan, kesihatan dan tolak bala
Ya Allah, sesungguhnya kami adalah
hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami
ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil
qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah
Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah
seorang hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang
ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan,
afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan
rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang
mengasihani.
Doa perlindungan daripada hilangnya nikmat, sihat dan ditimpa musyibah mengejut
Dari 'Abdullah bin 'Umar, dia berkata, "Di antara doa Rasulullah saw adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya nikmat yang
telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau
anugerahkan, dari siksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala
kemurkaan-Mu. (Imam Muslim no. 2739)Rujukan tambahan:-