‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 12 Oktober 2012

Land Rover usang menyelusur di tanah tinggi

Layak masuk muzium atau dileburkan menjadi besi buruk

Beberapa bulan lalu maza sempat bersantai di Cameron Highland bersama-sama keluarga. Terdapat beberapa buah Land Rover usang bersidai di tepi jalan. Maza rasa agak jelek memandangnya apatah lagi dengan mengambil kira kawasan ini sering dikunjungi oleh orang ramai.

Mengikut perkiraan maza, kawasan pelancongan seperti Cameron Highland harus dipelihara pemandangan dan kebersihannya. Mana-mana yang boleh menyakitkan mata atau mencacatkan alam, harus ia dikesampingkan.

Sebenarnya maza sendiri semacam tidak percaya masih menemukan kenderaan Land Rover yang satu ini. Di pakir di tepi jalan menghala ke kebun bunga yang popular itu. Maza sangka ia sudah kepunyaan muzium tempatan. Rupa-rupanya masih ada cukai jalan berstatus terkini!

Serasa maza, kenderaan jenis ini telah digunakan lama dahulu. Paling tidak seawal 1970-an. Namun hari ini Land Rover tersebut masih luas digunakan di tanah tinggi Cameron Highland. 

Umum mengetahui, Cameron Highland merupakan kawasan pertanian di tanah tinggi. Macam-macam sayur dan bunga-bungaan menjadi sumber ekonominya. Sehubunga itu, kenderaan pacuan empat roda diperlukan bagi mengangkut dan memanjat bukit-bukau yang tinggi-tinggi. 

Jangan tidak percaya, Land Rover kelihatan uzur ini masih boleh berfungsi dan berkhidmat.

Ketika maza bersekolah rendah di Kahang sana, maza sempat menumpang kenderaan tersebut. Sama ada kepunyaan Felda atau Kementerian Kesihatan. Kenderaan pacuan empat roda jenis ini amat berguna digunakan untuk pengangkutan di wilayah pedalaman. Terutama kawasan hutan dan tempat baru diteroka. 

Maza sempat melemparkan senyuman dan berbangga menerangkan nostalgia bersama Land Rover yang layak masuk muzium ini kepada anak-anak maza.

Hari ini rata-rata penduduk Cameron Highland menggunakan kenderaan pick-up pacuan empat roda bertajuk 'Toyota Hilux'. Kata penduduk setempat ia mudah dikendalikan, berjentera besar dan paling utama sesuai di kawasan tanah tinggi dengan mengangkat barang-barang. 


nota nostalgia kekampungan:-
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails