‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 17 Oktober 2012

Pantang larang cermin sisi motor

Maza kira ini juga menjadi pantang yang harus dielakkan sama sekali. Dahulu sudah banyak berulang, malah puluhan kali terpaksa menggantikan cermin pandang sisi motorsikal. Semuanya gara-gara terkulai dan tidak mampu berfungsi seperti sepatutnya. Sebaik motorsikal meluncur di jalan raya, cermin sisi yang sudah dibelek dan dibetulkan kedudukannya itu kembali melentok layu. Terkapai-kapai ditiup angin!

Maza memang berasa kurang selesa jika tidak ada cermin pandang sisi. Selain mahu mengelakkan daripada di saman polis, juga ia amat berguna tatkala meninjau kenderaan di belakang dan memicit jerawat! (ahaks...)

Lebih kurang seploh tahun lalu a.k.a dekad lalu, seorang kawan telah menasihatkan maza dengan memberikan petua yang amat berguna.

Beliau mengajar maza agar tidak meletakkan sesuatu yang berat di cermin itu. Termasuklah topi keledar yang lazimnya kita serkupkan ke cermin sisi. Semua kononnya mahu cepat dan ringkas untuk bergegas ke kedai runcit, kan?! hehehe

Punca cermin pandang sisi mudah terkulai atau rosak

Kata beliau lagi, kita harus cuba mengelak daripada menggantungkan apa-apa barang di cermin sisi. Sama ada di atasnya atau pada batang cermin itu. Pendek kata jangan sesekali dibiarkan ada benda yang bergayut padanya. 

Hari ini maza masih mengamalkan petua sahabat tersebut. Syukur, semenjak mengamalkan petua berguna itu masalah yang bertimpa-timpa tersebut dapat dielakan. Cermin sisi yang satu ini semenjak diambil daripada taukey kedai hingga sekarang tidak pernah berganti. Ia kekal di situ dan berstatus original!... hehehe

Jadi, kengkawan boleh mempraktikan petua ini demi keselamatan duit di poket... ahaks!.. hehehe


Nukilan



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails