Maza bawa pulang kad kemajuan sekolah agama yang tatkala itu umur baru 9 tahun dan sedang darjah 1 di Sekolah Agama Rakyat di Kahang, Johor.
Itulah kali pertama dan terakhir tercatat tandatangan arwah ayah sebelum setahun kemudiannya dia meninggalkan kami.
Menurut ibu, maza adalah satu-satunya anak ayah yang memperoleh tandatangannya di kad kemajuan anak-anaknya yang seramai 10 orang itu. Kata ibu lagi, entah apa gerangan girangnya melihatkan kad kemajuan maza lalu sambil tersenyum lebar dia meminta pen dan melabuhkan tandatangannya.
Dalam suasana petang yang redup itu ayah melahirkan harapan besarnya agar maza menjadi cikgu atau ustaz dan masuk Universiti Al Azhar di Mesir sana!
Ya, dalam diam-diam maza akui, tandatangan ayah cukup indah, berseni dan cantik. Jauh bahkan perketinya amat berbeza kalau dibandingkan dengan tandatangan tulisan jawi maza untuk cucu ayah seorang ini bernama Nasrun Hakim.
Masih segar diingatan, ayah seorang pengguna tulisan jawi yang tegar!
Kiriman nostalgia oleh;-