Fenomena K-pop (Korean Popular Music) sudah lama menjadi gelombang di
tanah Malaya. Anak-anak muda terutama si gadis amat 'berahi' gelombang
budaya Korea (Korean Wave). Tidak kira ia berbentuk wayang gambar,
muzik, makanan atau pakaian. Kalau peralatan itu sudah tidak
diperkirakan lagi. Melambak-lambak di pasaran.
Entah apa kemaruk atau sudah lupa teras diri, lalu hampir tiap hari telinga maza dihalwakan dengan lagu berbahasa Korea bertajuk Oppa Gangnam Style melalui tetuang udara (radio) sama ada milik kerajaan atau pun swasta.

Hebatnya pengaruh muzik satu ini hingga negara seolah dilanggar garuda jika tidak ikut serta
perkembangan K-pop itu. Penyudahnya ramai anak-anak muda seakan dirasuk hingga sanggup
mengetepikan nilai-nilai maruah diri, budaya syumul dan jati diri.
Di dalam Youtube umpamanya sudah melambak-lambak video perihal Gangnam Style! Berbagai-bagai gaya hasil tiruan tarian 'menunggang kuda liar' yang menjadi signature kepada tarian Oppa Gangnam Style.
Oppa Gangnam Style merupakan lagu yang dibawakan artis Korea Selatan yang menggelarkan diri PSY.
Menurut alkisah PSY itu adalah singkatan kepada perkataan Psychology. Tetapi kata teman-teman di sini setelah menyaksikan video Oppa Gangnam Style ia tidak ubah seperti Pussy Pschology!
Walaupun jalan cerita liriknya itu bagus iaitu menegur sikap wanita yang lebih mengutamakan 'gaya hidup barat' dan materialistik. Tetapi sesetengah liriknya amat tidak sesuai dengan budaya tempatan. Di tambah pula video yang memaparkan aksi yang *tut***.
Dalam lirik lagu atau video Gangnam Style ada memaparkan:-

- Korean Style, Sexy Lady sambil tungang kuda liar *tut*
- Bunyi salakan anjing yang seolah-olah menyalak kepada wanita.
- Perempuan 'seks-si'; tergedik-gedik melucahkan diri.
Rujukan lanjut tetang Gangnam Style (background and lyrics): http://mydearkorea.blogspot.com/2012/08/korean-music-psys-gangnam-style-and.html
Mengikut pemerhatian maza, semasa menontotn video K-Pop yang lain, terpaksa menutup sebelah mata dan selalu berasa 'ngeri'. Rata-rata K-pop menjual budaya dengan mempromosikan simbol seks, seksi, eksploitasi tubuh wanita dan hero mereka perlu 'jambu'! Seolah-olah mereka berbangga dan mengangkat budaya 'pelacuran'!

Fenomena tarian antarabangsa
Fenomena seperti Gangnam Style ini bukanlah baru di Malaysia tanah tumpah darahku. Lebih dahsyat lagi pun ada. Antara fenomena budaya muzik yang pernah menyerkap Malaya ialah tarian poco-poco, why this kolaveri, Ice-Ice Baby (Vanilla Ice), Rap, Mc Hammer, Metal, Trasher dan banyak lagi.
Jujurnya maza pernah terikut-ikut juga dengan budaya muzik yang menjadi fenomena di negara ini seperti Ice-ice Baby, Mc Hammer, Rock, Trasher dan Metal. Cuma tidaklah melibatkan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah wanita!
Untuk rekod seputar lewat tahun 1980-an, tatkala ekonomi Asia Tenggara memuncak, Korea Selatan telah menjadikan Malaysia sebagai kiblat. Hingga tercetus di Korea Selatan sana fenomena yang dipanggil "Malaysian Wave".
Namun, melalui kesedaran dan perancangan yang begitu rapi, Korea Selatan bangun dan melancarkan "Soft War" (Perang Saraf) dengan menjual dan meperdagangkan 'budaya' mereka. Inisiatif pengkomersialan budaya ini diperhebatkan setelah Korea Selatan terjerumus di dalam kancah kemerosotan ekonomi pada tahun 1990-an hingga memaksa mereka meminjam dengan IMF (International Monetary Fund).
Hasil MoU serta persefahaman ekonomi antara Malaysia dan Korea Selatan yang diikat bersama (sekitar akhir 1980-an), telah memberikan kejayaan kepada Korea Selatan untuk 'melanggar-garudakan' Malaysia melalui Korean Wave dan produk teknologinya!
Kena pula pada masa itu, Malaysia di bawah pimpinan Dato' Seri Dr. Mahathir sedang menjalankan Dasar Pandang ke Timur, telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka.
Kesan yang berlaku adalah seperti hari ini; Oppa Gangnam Style.

Gangnam Style vs. Maza Style
Hari ini, hasil kesedaran terhadap kenegaraan (semangat patriotik gitu, sempena Merdeka kaedahnya), maza memilih budaya yang sesuai dengan adab, adat dan tatasusila sebagai seorang golongan bangsawan Melayu!
Iaitu maza memilih seperti video di bawah ini untuk dijadikan "Maza Style". Maza kira ia tidak pula memperkecilkan maruah wanita dengan membayangkan mereka itu sebagai simbol seks. Lebih azab lagi semacam 'gaya tungang kuda' yang lazimnya dikaitkan dengan aksi lucah pornography.
Bagi anak-anak muda sukakan sesuatu yang aktif, rancak dan penuh bergaya, serasa maza, video pilihan Maza Style ini juga kena dan sesuai! Tambahan pula ia gambaran budaya dan kehalusan budi negara bangsa ini!
Lagipun tiada salahnya kita berbangga dan mempromosikan bersungguh-sungguh tarian zapin tersebut.
Atau jika tidak sukakan tarian lasak seperti itu kita pun ada banyak pilihan tarian budaya yang lain seperti tarian inang, piring, gamelan, mak yong, tarian asli, sumazau dan bermacam-macam lagi.
1) Sudah-sudahlah mengikut budaya yang tidak senonoh. Kesedaran kaum muda amat penting untuk menolak budaya-budaya asing dan lucah itu. Maka formula yang dicadangkan ialah perlu sayangkan didikan agama. Manakala budaya sendiri perlu disemai utuh di jiwa anak bangsa Malaysia!
Dalam kata lain, kita bukan sekadar menyemai negara ini dengan prasarana moden dan ditaburi meterialistik; hingga kelihatan seperti gula-gula kepada masyarakat muda lalu menjadi khayal! Tetapi perlu memulihara budaya tinggi yang menjadi warisan pusaka di tanah tumpah darah ini!
2) Pihak-pihak media tempatan pula tolonglah jangan mempromosikan budaya yang tidak elok ini lagi. Hentikanlah! Jangan sebab anda menjadikan minda anak-anak muda kita rosak lalu meletakan di fikiran mereka (positioning) hari-hari hendak tunggang kuda ('fomfuan') aje. Manakala yang wanita pula hari-hari ingat nak seksi-meksi dan menggoda lelaki melalui jalan seks!
3) Kita punyai banyak pilihan. Pilihlah untuk mempromosi dan menaikkan 'budaya' kita sendiri! Perbaiki dan ciptalah budaya yang sesuai dengan adat dan maruah kita. Kemudian jadikanlah ia satu fenomena dunia. Malah ia lebih bagus daripada asyik terikut-ikut rentak negara bangsa lain lalu menciplaknya pula!
4) Seharusnya anak muda perlu memainkan peranan penting untuk menapis budaya luar yang tak elok. Bahkan mencipta budaya yang syumul bersesuaian dengan agama, budaya dan bangsa Malaysia! Mengambil contoh kejayaan Upin-ipin dab Boboi Boy sebagai produk tulen anak watan.
5) maza amat tertarik dengan idealisme bahawa kita perlukan jati diri sendiri sebagai lambang identiti sebuah bangsa yang merdeka, berdaulat dan bermaruah!
6) Cuba anda bandingkan antara tarian zapin dan Gangnam Style. Perkhhh . . . anda akan dapati bahawa tarian zapin jauh lebih moden daripada tarian Gangnam Style yang serupa macam zaman jahiliah; jauh terkebelakang! Pendek kata tak cerdik!..
Lantun-lantun negaraku, tanah tumpahnya darahku oleh:-

Seruan: Adab Kita Wajah Kita!

Oppa Maza Style!.. Kokkokkookkk