24 Januari 2012 (Selasa) - Hari ini maza pergi melawat Tasik Biru, Kundang, Selangor untuk kesekian kalinya. Cadangnya pada petang berbahagia ini maza dan keluarga ingin bersantai sambil menikmati pemandangan indah di situ.
Jam 6.15 petang kami sampai ke lokasi. Ramai orang yang bertandang di tepian Tasik Biru ini. Ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak bermandi-manda di lombong peninggalan penjajah British. Ada yang berkelah dan ada yang mencari rezeki dengan berjualan.
Namun, keindahan panorama yang diharapkan terganggu dengan longgokan sampah sarap yang merata-rata. Hasrat hendak membenarkan anak-anak bermandi-manda segera terencat. Botol minuman terapung sana-sini, lampin pakai buang bayi, tuala wanita juga terdampar di tepian tasik, pembungkus jajan dan bekas minuman bergelimpangan.
Maza berasa kurang senang melihatkan pemandangan yang menyakitkan mata itu. Di hati maza segera menelah, haruskan dipersalahkan kerajaan tempatan yang tidak reti menjaga persekitaran. Lebih-lebih lagi muktahir ini acapkali juga kedengaran di TV3 yang membawa berita kerajaan Negeri Selangor tidak pandai urus sampah-sarap hingga berlaku konflik.
Dengar khabar dari satu lagi pihak, kegagalan pengurusan sampah sarap ini harus ditangani dengan menukarkan kerajaan pemerintahan negeri pada pilihan raya ke tigabelas akan datang. Ada pula yang panas baran membayangkan bahawa kerajaan negeri Selangor suka sampah dan perlu "disampahkan!"
Benarkah begitu?!
Dari satu segi pula hati maza berkata, takkanlah soal pemeliharaan alam sekitar di kawasan yang berpontensi besar seperti ini tidak dapat ditangani oleh masyarakat atau pengunjung itu sendiri.
Pengunjung itu sendiri perlu mendisiplinkan diri untuk sama-sama menjaga alam sekitar dengan tidak mengambil kesempatan atau memalaskan diri dengan membuang sampah sarap sesuka hati. Kalau pun kerajaan negeri diperintah oleh pihak satu lagi, tetapi perangai dan akhlak pengunjung yang tidak reti menjaga kebersihan, perkara kekotaran ini tetap juga akan berlaku! Lambat-laun, tasik yang indah ini hanya tinggal kenangan dan dipenuhi dengan longgokan sampah-sarap. Atau lebih buruk lagi ia terkambus begitu sahaja dengan sampah yang bertimbun-timbun.
Jijik!

Untuk memantapkan kawasan Tasik Biru, maza cadangkan pihak berkuasa tempatan rajin-rajinlah memantau keadaan dan persekitaran di sini. Pengindahan perlu diwujudkan. Tong-tong sampah perlu disediakan. Jika boleh ada penguatkuasaan dijalankan dengan mendenda mereka yang tidak bertanggungjawab.
Rasanya kita perlu menanam rumput-rumpai yang bersesuaian di tebing tasik. Selain ia mengindahkan kawasan, ia juga dapat menghalang hakisan daripada berlaku.
Para pengunjung juga perlu mengambil inisiatif sendiri. Kita perlu menjaga persekitaran. Segala makanan dan bungkusan yang dibawa jangan dibiarkan bergelimpangan. Sekiranya tidak ada tong sampah atau tempat pembuangan sampah silalah simpan sampah tersebut di dalam kenderaan masing-masing. Kemudian setelah menemui tempat pembuangan, buanglah sampah tersebut di situ.
Bak kata orang putih, "Clean as you go!"

Sepekara lagi, peniaga-peniaga kecilan yang menjaja dengan lori atau kenderan tempelan perlu menjalankan tanggungjawab sosial. Dari hasil jualan mereka jugalah pengunjung itu membuang sampah merata-rata. Apa salahnya jika peniaga-peniaga ini melaksanakan kampen kebersihan dengan menyediakan tong-tong sampah atau plastik-plastik sampah untuk kegunaan bersama. Jika kawasan ini bersih dan indah, sudah pasti mereka juga yang memperoleh keuntungan berganda.
Maza juga sempat memerhatikan sekitar kawasan tasik ini mulai diterokai. Maza tidak tahu projek apakah yang sedang direncanakan. Namun maza menaruh harapan besar agar projek yang dilaksanakan itu tidak memadamkan keindahan panorama Tasik Biru. Atau menjadikan Tasiki Biru itu seperti tinggalan sejarah.
Maza juga ingin menarik perhatian agar peniaga-peniaga warung di seberang sana, janganlah membuang sisa-sisa makanan atau sampah sarap, atau hasil kumbahan dialirkan langsung ke dalam tasik. Walaupun tasik itu luas dan airnya lebih dua 'kolah', tetapi harus barang diingat, tindakan membuang sisa tersebut ke dalam tasik lama kelamaan mencemarkan air tasik lalu melahirkan aroma yang busuk dan mendatangkan penyakit.
Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan; akhirnya sendiri juga yang sihat dan mendapat faedah. Hakikat hidup ini kita sebenarnya meminjam dunia ini daripada anak-anak kita; generasi akan datang. Jika kita tidak menjaganya pada hari ini, dunia apakah yang bakal kita wariskan kepada anak-anak itu kelak? Maza khuatir mereka tidak dapat lagi menikmati atau sudah tidak mengerti lagi apa itu keindahan alam selain hanya bergelumang dengan pencemaran hasil ketidakbertanggungjawaban kita di saat ini!