Gambar 1: Anak-anak kecil bermain di tepian pantai |
Bagi maza hubungan kekeluargaan itu amat penting. Keakraban dan keintiman dalam keluarga mampu menenangkan fikiran. Jika salah satu pincang maka bergolaklah jiwa, gundahlah hati, berkocaklah nyawa.
Wang memang boleh dicari, tapi wang bukanlah penentu penekalan hubungan keluarga. Wang hanyalah salah satu faktor hubungan manis tersebut. Malah kata orang, salah hemat berwang mampu berubah jadi beruang! hmmm...
Ramai ibu-ibu muda hari ini yang bekerja. Ada antara ibu-ibu ini terpaksa bekerja demi kesinambungan hidup, atau ada pula kerana bosan tinggal di rumah, juga berusaha untuk membantu suami dan memperbaiki ekonomi. Namun tidak kiralah apa pun tujuan mereka bekerja, harus seseorang itu mempunyai waktu dan membahagikan waktu istimewa itu untuk kelurga. Ikatan antara anak dan ibu perlu disuburkan sentiasa. Dari sinilah nantinya mampu melahirkan insan-insan dan bukannya syaitan-syaitan.
Pengembaraan kali telah membawa maza ke Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Maza terpegun dengan keintiman hubungan ibu dan anak-anak. Begitu indah dan manis sekali ikatan kasih sayang mereka.