‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 28 Januari 2012

Apa perlu buat jika dapat tiket saman laju

Bila kena saman laju, panas punggung tak menentu. Hilang duit begitu. Akhirnya terpaksa menguntumkan senyum dan berniat sedekah. Kononnya berkhidmat untuk negara. Membantu negara kaedahnya. Untung-untung tahun depan ramai rakyat Malaysia yang akan dapat bonus dan bantuan seperti BR1M. Atau memakmurkan negara dengan memberikan lebih subsidi minyak petrol. uhuk!

"Patut kena ikut berapa laju terlebih. misalnya kalau lebih 10km/j cajnya RM sekian dan sekian. Tak acilah kalau orang tu memandu 120km/j tapi bayarnya sama macam 102km/j di jalan had lajunya 90km/j. huhuhu...." cadang seorang teman wanita yang perihatin. 

"‎Ada tu Yang, kelajuan bawah 140km/j dikenakan kompaun 150 utk 7 hari, lewat jelaskan kompoun antara dua hingga tiga minggu RM200, lebih tingga minggu RM300. Tetapi kalau memandu lebih 140km/j, terus saman dikenakan sebanyak RM300." terang Kaki Laju.

Gambar 1: Borang Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003

Kenderaan yang dituduh dipandu laju akan diberikan notis oleh Polis kepada empunya kenderaan dengan menghantar notis, Borang Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003. Dalam borang ini akan dinyatakan butiran kenderaan, masa kesalahan, jumlah kompaun ditawarkan. 

notis, Polis 170 - Pin.5/2003.

Bersama-sama Borang  Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003 disertakan sekali notis, Polis 170 - Pin.5/2003. Notis ini pula mengkehendaki pemunya yang dituduh itu melengkapkan butiran maklumat pemandu yang memandu kenderaan tersebut agar saman dapat dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang sebenar pada hari kejadian.

Jika notis ini diabaikan, bermakna empunya tertuduh akan didakwa di mahkamah selain tindakan saman boleh dikenakan. Silap hari bulan pengabaian notis polis boleh ke lokap!

Di dalam tiket notis itu pula akan disertakan gambar kenderaan tertuduh sebagai bukti kesalahan. Gambar tersebut berwarna hitam putih. 

"So . . . sebelum pergi tengok gambar tu memang dapat tiket dulu la ye? Kalau tak dapat tiket, maksudnya selamatlah kan?"

"Belum tentu selamat lagi. Kita kena jenguk-jenguk juga di myeg.com, rileks.com atau semak dengan SMS; POLIS: SAMAN.

Bila dapat tahu ada saman, atau dapat tiket 'percuma itu' tapi tidak disertakan gambar kereta, kita boleh pergi ke balai polis trafik tempat keluar saman, atau di ibu pejabat polis trafik malaya di Jalan Tun H.S Lee untuk tengok gambar kereta comel kita tengah berlari tertetel-tetel meninggalkan kenderaan lain yang lengit lagi lembik tak bermaya itu.

Masa tengok gambar tu, banyak-banyaklah berselawat dan berdoa. Manalah tahu kalau-kalau gambo keluar bukan satu tetapi dua atau tiga gambar kereta kita yang membawa makna banyak itulah juga jumlah kena saman.

Prosedur seterusnya ucapkanlah terima kasih kepada polis yang baik hati tunjukan gambar kereta comel kita dapat mengalahkan kereta-kertea lemah gemalai, lembik tertinggalkan di belakang sana. Mana tahu, dengan senyuman dan manisnya mulut dapat diskaun lebih.

Tetapi sekiranya tidak ada gambar kereta comel kita tersimpan di dalam repository data polis, ini bermakna kereta kita adalah kereta lembik, tak bermaya dan malas bekerja sama seperti kereta-kereta yang biasa di tengah jalan highway lainnya. Tidak ada keistimewaan!

Maka tidak ada bukti kukuh menunjukkan bahawa kereta kita itu sememangnya tegap, bertenaga macam kuda Arab yang terkenal dengan kegagahnanya. Ini juga bermakna tiket yang diterima itu tidak membawa makna apa-apa, atau mereka boleh mendakwa di mahkamah tetapi kebarangkalian awak menang jauh lebih tinggi. Dan awak tak payah susah-susah nak tengok wayang gambar kereta awak berlama-lamaan lagi di skrin komputer polis terjenguk-jenguk dengan membayar harga tiket (kompaun) yang mengalahkan harga susu anak untuk dua bulan.


Sekian, harap maklum . . .
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails