‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 24 Oktober 2010

Cendol di pohon rendang di tepi jalan

October 25, 2010 (Ahad) - Tatkala dalam perjalanan ke Kuang, Selangor maza telah terserempak dengan peniaga jalanan.

Gambar Cendol 1: Mesin pengisar cendol yang klasik gitew.
Kata orang mesin yang segar malar menghasilkan cendol tulen
Peniaga tersebut telah menjadikan pohon rendang di Jalan Teknologi 3, Kota Damansara sebagai tempatnya mencari rezeki. Berbekalkan kemahiran dan sedikit modal yang diusahakan ketika di kampung halamannya, abang penjual cendul ini cuba beradu nasibnya di sini.

Gambar Cendol 2: Pengusaha cendol

Apa yang menarik perhatian maza ialah sungguh pun beliau berniaga di bawah pohon rendang tersebut, di tepi jalan yang ada kalanya dipenuhi oleh kenderaan yang pelbagai saiz, tetapi pelanggannya tidak pernah memilih itu semua. Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan status-quo.

Gambar Cendol 3: Titisan-titisan air batu sebelum dikisar halus

Gambar Cendol 4: Baru terlihatkan mesin ini sahaja sudah mampu
membuatkan kita meneguk liur sendiri. hahaha


Tatkala maza sampai di situ, mata maza tersorot ke kereta BMW dan Mercedez yang tuan empunya bersama keluarganya sedang menikmati cendol dan laksa utara. Mereka menelan dan meneguk setiap sudu yang diceduk dari mangkuk dengan penuh selera; tanpa rasa sangsi dan kekok.

(Gambar Cendol 5: Pelanggan sedang menikmati kemanisan cendol)
Gambar Cendol 6: Menghirup cendol sambil menikmati angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,
duduk di bawah naungan pohon rendang di tepi jalan


Antara pelanggan ketika itu ialah sebuah keluarga Cina. Mereka berkeliling sesama sendiri sambil menikmati cendol buatan anak Melayu berketurunan Kedah.

Lihat sahajalah beberapa siri gambar di sini. Betapa mereka menikmati setiap titis lemak dan manisnya cendol tersebut.

(Gambar Cendol 7: Bersih tiada bersisa. Setiap hirupan membawa seribu rasa

Maza sempat menemuramah beberapa pelanggan yang lain. Antara pelanggan itu datang dari jauh seperti Singapura dan Australia!

Hmm ... maza rasa cendol pun boleh dijadikan satu mekanisme perpaduan dan penyatuan ummah. Cendol mampu menjadi satu ikon untuk mempromosikan ukhwah dan produk pelancongan negara!

(Gambar Cendol 8: Seorang Ah Moi sedang khusyuk melayani cendolnya)

Terdetik di hati maza betapa nikmatnya hidup di negara ini dengan dianugerahkan keamanan dan kesejahteraan. Mahulah pula maza berpesan, janganlah ada antara kita yang menjadi onar yang memporak-perandakan kemakmuran negara ini.


Demikian juga diharapkan agar janganlah dijadikan cendol selepas ini sebagai titik permusuhan antara dua bangsa di nusantara ini dengan tuduhan 'mencuri' khazanah negara lain walhal kita serumpun. Kita hidup bermaufakat dan berkongsi keuntungan apalah salahnya, kan?

nota kaki: tetiba maza teringatkan sebuah filem tempatan berbahasa 'Mandarin' bertajuk "Cinta Ais Kacang"

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails