Terkial-kial dan terketar-ketar si anney mengira semula bil makanan. Beberapa kali dia memanggil rakannya berbincang pasal makanan yang dilahap habis oleh Midah dan suaminya, Usop.
"Wanney, renderk, Anjiee ... ayo-yo! Encik, saya minta maaf. Ini kuli saya ada sikittttt bikin silap. Ini macam saya kasik betul juga. Kurang dua ringgit dua puluh sen juga. Itu papadom saya kasi free, itu telur saya kasi charge enam puluh sen. A'rek ... mintak maaf encik." Jelas anney lembut di kaunter bayaran itu.
"Ok, baiklah. Lain kali kira baik-baik ya anney." Midah melemparkan senyuman kepada anney penjaga duit itu. Senyuman perli Midah disambut sengehan yang meleret anney penjaga duit sambil membetulkan kain dottynya.
**Jeda**
Pagi ini, Usop bersarapan di restoran yang sama. Kali ini Usop bersendirian. Seorang pelayan berbangsa Burma datang menghampiri. Usai semua hidangan terhidang, pelayan Burma itu terus mengira dan meletakkan bil di tepi pinggan.
Selepas bersarapan Usop bergerak ke kaunter bayaran. Sambil menelek bil dia mencongak sendirian, roti sardin RM3.00, teh panas RM1.20.
Sebaik tiba di depan anney kaunter bayaran, Usop segera mengeluarkan duit RM5.20. Tanpa menoleh ke muka Usop, anney terus menyambar bil serta duit yang dihulurkan itu. Kemudian anney memulangkan RM2.00 kepada Usop.
Usop tergamam. Sepatutnya anney penjaga duit itu memulangkan duitnya RM1.00 sahaja bukan RM2.00. Usop senyum. Dalam hatinya berkata, sekarang ini harga semuanya sudah mahal, satu ringgit juga mempunyai nilai, kalau dulu seringgit ini selalunya berakhir di tabung surau atau masjid tapi kali ini perlu berhati-hati sedikit.
"Anney, cuba kira balik," kata Usop sambil tangannya masih menggenggam erat duit RM2.00 di atas meja kaunter itu.
Anney terpinga-pinga. Dia takut membuat silap lagi. Kemudian dia segera mengambil semula bil yang dicampakkannya ke dalam sebuah kotak khas di sebelah mesin kira-kira itu. Dia membelek dan mengira semula.
Tanpa berkata sepatah apa pun, anney mengambil semula duit seringgit di tangan Usop. Senyum tidak, berkata terima kasih pun tidak.
Usop hanya tersenyum. Usop menggeleng-gelengkan kepala meninggalkan kaunter bayaran tadi. Anney masih sibuk dengan pelanggan yang berebut-rebut hendak membuat bayaran.
Soalan peperiksaan bahagian teka kacang:
1) Apakah yang difikirkan si anney tatkala Usop berkata "anney kira balik"?
2) Adakah anda akan melakukan perkara sama seperti Usop lakukan atau sebaliknya?
3) "Usop menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berlalu pergi" - adakah Usop rasa menyesal di atas kelakuannya sebentar tadi?

Terima kasih tak terhingga kepada Nora Edayu yang sudi menjadi pengikut maza di blog ini.
nota: kesemua gambar ditangkap menggunakan kamera telefon ajer... hehehe