‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 27 Oktober 2010

Penonton dibodohkan!

Seorang teman maza (Budak Tadika) meluahkan perasaannya dengan menyalurkan email seperti di bawah.

"APABILA seorang Pengarah Filem / drama yang juga seorang pelakon beriaksi tentang komen seorang penonton terhadap karya arahannya, maka dia pun memberi kenyataan sehingga menuduh orang lain sengaja mahu mencemarkan nama baiknya.

Malah dilaporkan bahawa pengarah ini tidak melenting, tapi sehingga membuat andaian yang dangkal dan senget itu mahu diistilahkan sebagai apa?

Padahal dia sendiri tidak sedar yang dia sedang merendah-rendahkan tahap pemikiran penonton di negara ini. Aku tak kisahlah kalau orang lain rasa dia memang bodoh untuk menonton sesebuah filem arahan tempatan tetapi aku menonton filem yang 'bodoh' pun dengan minda yang cerdik!

Apabila kita menonton dan kita merasai kesan langsung (dan tidak langsung) daripada sesebuah filem maka apalah salahnya kalau kita bereaksi. Maka reaksi yang tidak seiring dengan gagasan si pengarah ini terus dilabel sengaja mencari musuh, tidak puas hati secara peribadi, dan mahu mencemar nama baik pengarah itu.

Aku pun nak buat andaian bahawa pengarah ini bukan saja tidak intelektual malah hampir bankrap susila apabila mengatakan penonton cuma tahu sesebuah filem itu menarik atau tidak! Dia ingat penonton boleh dibodohkan seiring dengan kebodohan dia kot!

Aku sendiri tak paham bila pengarah ni kata komen dari seorang penonton itu menyentuh hal-hal yang teknikal walhal tak ada pulak 'budak yang masih belajar' itu bercakap tentang pencahayaan, penataan bunyi, atau aspek sinamatografinya. Takkan adegan perlakuan, ekpresi wajah, dan dialog itu yang dimaksudkan sebagai teknikal. Aku yang 'bodoh' tak macam dia ni rasa itu lebih dianggap 'content' sesebuah filem itu.

Aku tak nampak salahnya orang yang memberi komen pada karya si Pengarah ini, tapi silapnya si Pengarah ini terlondeh sifat dirinya dalam menghadapi situasi. Aku dengan ini mengkategorikan pengarah ini sebagai ... ular yang ujung pangkalnya kepala!

Satu perkara yang tidak patut ialah apabila pengarah mengandaikan respon penonton itu sebagai ekpresi seorang peminat filem yang kurang bijak dan matang. Owh ... macam tu pulak! Habis yang bijak dan matang ialah yang menelan segala lendir dan nanah yang disediakan oleh pembikin filem!" (Budak Tadika)

Apa yang diperkatakan oleh Budak Tadika tersebut adalah terkait dengan peristiwa semalam di dalam akhbar Utusan (Oktober 25 & 26).

Jawapan maza hanya angguk-angguk, geleng-geleng sahaja.

Sebenarnya, maza bukanlah mahir malah tahu sangat perihal filem tempatan. Cuma sekadar hairan apalah yang dikecohkan sangat. hmmm... seperti biasa, segala komen di alu-alukan.

pinggan ayan: "Filem kita wajah kita!"

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails