July 4, 2010 - Ahad.
Hujung minggu sudah maza telah terjah ke tadika Umi Bistari. Kes mahu ambil kad laporan kemajuan anak-anak.
Dua anak maza sudah bersekolah di tadika yang sama. Seorang tadika 6 tahun (Nasrun) dan seorang lagi 4 tahun (Daniel).
Mengikut laporan cikgu, dua-dua anak maza SEDANG BERKEMBANG. Dalam otak maza pula, kembang ke hapa cikgu, makin kurus anak-anak aku adalah! Lasak dan tak nak makan.
Sekarang tibalah giliran maza untuk mengambil kad laporan anak-anak. Dulu-dulu emak maza yang mengadap cikgu kelas melakukan perkara yang sama dengan pakai baju menoreh getah. Lengkap bersama pisau toreh dan bekalan makanannya.
Kalau difikirkan semula, seriau tahap meremang bulu roma di tengkok ini. Maunya tidak, buatnya emak tiba-tiba anggin satu badan, ada harapan maza atau cikgu ditorehnya di situ juga. Sama macam dia menoreh pokok getah masa buka pelan di kebun baru tempoh hari.
Menggeletar jugalah kepala lutut maza.
Sesekali kedengaran agak deras juga kata-kata cikgu itu. Berdesing telinga maza diperli dan diadu di hadapan emak yang seorang ini. Tapi di hujung-hujung pertemuan itu kata-kata motivasi dilemparkan. Dan cikgu minta kerjasama pada emak.
"Bukan saya tak nak ajar anak saya cikgu. Saya ni hanya celik 'pensel" yang ini," emak berkata seraya mengajukan pisau toreh ke hadapan kami, kemudian dia tertunduk sayu.
"Setakat A, B, C ... alif, ba, ta, saya tahulah. Selanjutnya saya buta huruf cikgu. Cikgulah harapan saya untuk memajukan anak saya dan keluarga kami. Tanpa bantuan cikgu bersungguh-sungguh, kehidupan kami akan beginilah seumur hidup. Merempat di tanah air sendiri..." tambah emak pula sambil mengerdipkan mata redupnya memandang ke arah maza dan cikgu.
"Saya faham makcik. Tapi kalau harapkan pihak sekolah sahaja tanpa kerjasama ibubapa, susah juga hendak berkesan ilmu yang disampaikan."
"Beginilah cikgu. Saya serahkan bulat-bulat anak saya ini. Kalau nakal dan tak ikut kata cikgu pukullah, waema dengan rotan sekalipun. Jangan patah-riuk dan mati sudahlah. Saya mahu dia menjadi orang berguna, cikgu. Saya tidak mahu dia mewarisi kesusahan saya ini," emak mengangkat muka penuh bersemangat.
Maza tertunduk. Pertamanya kerana takut sebab mak dah bagi lampu hijau pada cikgu untuk melampan tubuh kerdil ini. Keduanya terharu dengan kata-kata emak itu.
Hari ini sejarah berulang lagi. Cuma maza pula sebagai bapa duduk di atas kerusi sambil mengadap meja cikgu. Di sisi maza ialah darling dan anak-anak.