‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 17 Julai 2010

Perlukan GRO untuk hiburkan hati. Makin hari makin robek poket. Jalan-jalan cari ketenangan.


Hati masih rungsing. Tak karuan. Apatalah lagi setelah mencongak-congak kesan yang dihadapi setelah harga petrol RON95 naik 5 sen ke paras RM1.85. Bukan setakat itu sahaja gula, gas memasak dan diesel tidak terlepas daripada menghadapi kenaikan harga.

Gula naik 25 sen menjadikannya berharga RM1.90 sekilo. Gas memasak naik RM0.20/ kilogram berubah kepada RM1.85/kilogram. Diesel pula naik menjadikannya RM1.75.

Setakat belanjawan sebulan dua ini mungkin boleh diselaraskan. Tetapi belanjawan sampai hujung tahun hadapan agak kabur. Ini kerana kenaikan tersebut akan mendatangkan refleksi kenaikan harga barangan lain juga. Dan pendapatan diterima tidaklah seanjal kenaikan harga tersebut. Atau dalam kata lain ... keanjalan gaji=0.

Ini bermakna perbelanjaan maza akan terus meningkat dengan gaji dari tahun lepas memang tiada kenaikan. Bonus jauh sekali. Boss cakap ekonomi tak baik, pendapatan syarikat juga jatuh.

Kalau ikutkan kata gomen, ekonomi sedang pulih dan meningkat dengan perkembangan hampir 10%. Lantas membenarkan Kadar Simpanan Semalaman OPR dinaikan oleh Bank Negara untuk menstabilkan ekonomi negara. Katanya untuk mengawal inflasi.

Sebagai timbal balas kenaikan OPR itu, BLR dan BFR juga naik. Jadinya kos membayar pinjaman perumahan dan pinjaman lainnya turut meningkat. Silap-silap haribulan kadar bunga pinjaman yang dikenakan oleh Ah-Long dan si Cheti meningkat juga.

Setelah direnung-renung di pejabat kecil ini, keadaan ekonomi yang digembar gemburkan tu tak ada kesan pun ke atas syarikat eksport maza ini. Di benak sempit ini mula merasa ragu, betulkah ekonomi negara bertambah baik dan terdapat lambakan wang yang banyak hinggakan kita perlu naikan BLR?

Kalau betul ekonomi sudah bagus, rasanya kadar pertukaran asing juga meningkat. Kita mengalami kelebihan 'Forex', jadinya harga bahan mentah seperti gula, petrol, diesel pastinya menjadi lebih murah disebabkan kadar pertukaran RM dan USD meningkat baik! Tapi ....

Menurut kata Perdana Menteri Dato' Seri Najib, kenaikan subsidi adalah pada kadar yang paling rendah. Pemotongan subsidi perlu untuk membantu negara untuk berkembang pada masa hadapan. Kita perlu mengurangkan perbelanjaan difisit yang sekarang ini membimbangkan. Subsidi melambatkan kemajuan negara!

Hal ini juga mengingatkan maza perihal laporan Dato Idris Jala tentang Malaysia akan bankrupt pada 2019 jika subsidi tidak dipotong terutama pemberian subsidi minyak!

Entahlah, fikiran maza masih bercelaru. Rasa di hati masih membengkak dan membalam-balam. Masih terasa hempedu lalu di hulu hati ini walaupun alasan yang diberikan itu munasabah. Barangkali memerlukan masa untuk menelan itu semua. Cuma kadang-kadang takut juga hati ini kalau sudah lama menahan rasa boleh "membengkak dan membarah'!

Untuk itu, maza cuba tenangkan fikiran dengan meninjau-ninjau alam sekitar. Melihat sekeliling mencari ilham dan kesuburan akal. Mudah-mudahan bukan sahaja keluarga maza terkeluar dari bencana dan mala-petaka tetapi juga kepada segala isi di negara ini.



psst: raya tahun ini sudahlah cuti semester sekolah digabungkan dengan cuti hari raya. Jadi, hari raya ketiga sudah masuk sekolah. Ditambah menderita lagi kenaikan kos perjalanan balik kampung dan perbelanjaan harian, termasuklah duit kuih, berbuka puasa dan duit raya meningkat, menjadikan perut pipis menjadi senak.



Soalnya adakah raya tahun ini mempunyai makna kekeluargan lagi? Keluarga dan sanak saudara semakin sukar dihubungi lantaran semakin menjauh disebabkan halangan kos.

Makna raya di dekad milinium ini semakin sukar dicari. Kemeriahan di samping sanak saudara semakin kabur, kelam!

Besar kemungkinan beraya sahaja di dalam rumah sendiri sambil tutup pintu nangis. Bukan sahaja anak menangis tak pulang, ibu dan ayah juga mengalir air mata kerinduan untuk kesekian kalinya.

nota:
1) terima kasih kepada Penjejakmaya kerana sudi menjadi Pengikut maza.. hehehehe..


2) gambar-gambar di atas maza berekspremental dengan teknik HDR sebagaimana dicadangkan oleh cik adik manis Adila. Terima kasih Adila.. hehehehhe



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails