Ramlah membelek wajah di cermin muka di biliknya. Dia membetul-betulkan baju kebaya. Hari ini dia akan beraya di tempat kerja.
Ketua jabatan telah pun bersetuju mengadakan jamuan hari raya dan Ramlah akan menjadi pelayan tetamu kehormat. Antara tetamu kehormat ialah Datuk D.O, Timabalan D.O dan Tok Ketua Kampung.
Usai membelek wajah dia pun keluar dari bilik tidur. Sebelum menuruni anak tangga rumah papan atas itu, sekali lagi dia memeriksa rapi wajahnya di cermin di ruang tamu pula.
Pak Dalang memerhatikan gelagat anak dara tuanya itu. Sudah hampir 36 tahun masih tak berlaki lagi.
Di sebalik surat khabar, Pak Dalang meninjau telatah Ramlah. Ramlah menarik jambul belatuknya. Sekejap-sekejap dia menepek-nepek bedak. Kemudian mengemaskan eye-shadow pula. Entah berapa lapis dikenakan pun Pak Dalang tak tahu. Pipi berjerawat batu tekambus dengan bedak foundation tebal. Pipi yang hampir kusam itu menjadi berkilat dek sapuan blush warna merah mawar!
Pak Dalang mula bersuara sambil menundukkan kepala untuk mengambil teh yang terhidang di atas meja hadapannya, "Apa yang tak puas hatinya lagi tu? Belek sana, belek sini. Tak molek-molek lagi ke? Ayah tengok dah ok dah tu. Dah lawa habis dah anak ayah!"
"Tak ada lah ayah. Hari inikan kat tempat kerja saya ada jamuan raya. Jadinya saya ni penyambut dan pelayan tetamu kehormat. Kenalah jaga sikit penampilan. Kalau tak malulah saya dikata dek budak-budak pejabat tu."
"Yea lah! Lagipun manalah tahukan, kot-kot dapat jodoh ke. hehehe" giat Pak Dalang sambil melirik selamba, kemudian memakukan kembali matanya ke surat khabar tadi.
"Alahai ayah ni. Dulu-dulu budak-budak pejabat, mat despatch dan customer kat kaunter tu ha panggil saya, Ramlah, Ram atau adik. Ada setengah tu berbahasa I and You aje. Ramai juga yang senyum-senyum, jeling-jeling kat saya. Tapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, budak-budak pejabat, mat despatch; terutama mereka yang baru, dan ramai juga customer; semuanya sibuk panggil saya, kakak. Semua orang panggil macam tu. Dah tua sangat ke saya ini ayah?" Ramlah meluahkan perasaa tidak puas hatinya.
"Hmm, penyakit hati dah tiba dah tu. Dah mulalah tu. Dari dulu ayah dah cakap. Kalau dulu lagi kau pakai tudung molek-molek, kemudian siap pakai purdah, tentunya kau tak risau macam ini. Hati pun tak sakit. Perasaan tua dan takutkan tua tak akan ada! Tak adalah risau raban semacam. Silap-silap dah lama ayah menimbang cucu. Ni tak, sekarang ni duit gaji banyak habis kat make-up aje. Konon nak jaga penampilan. Tapi sampai sekarang aku tak bermanantu pun. Dah lah tu. Dah molek. Retak pulak cermin aku tu karang. Hmm... kalau aku mati dan kau tak berubah, tentu asyik panas aja kubur aku tu karang.", perli Pak Dalang.
"Hish ayah ni! Dah lah. Saya pergi dululah ayah." Ramlah menghentakan manja kakinya ke lantai, menunjukkan rajuk yang persis kanak-kanak. Tak berubah walaupun sudah tua bangka.
Ramlah menghulurkan tangan kepada ayahnya dan meminta izin untuk pergi ke tempat kerja. Pak Dalang buat tak nampak perli laku anaknya yang menahan rajuk. Selepas bersalam Ramlah menuruni tangga dan meninggalkan rumah usang itu.
"Ramlah kau budak baik. Solat berjaga, patuh dan taat kepada ayah dan ibu. Tapi sayang. Bab yang satu ini. Bab tabaruj, bersolek dan bermake-up inilah yang merisaukan aku. Takut-takut senget di akhirat kelak. Silap hari bulan tidak tergolong dalam kalangan orang-orang solehah! Nauzubillah min zalik! Erk, aku pun turut senget jugak kot?! Aduhaiii." segera Pak Dalang bangkit dari kerusi itu dan pergi ke bilik air.
Setelah itu dia membentangkan sejadah untuk solat dhuha dan solat taubat. Dalam solat itu dia hanyut memohon keampunan dan perlindungan dari Tuhannya.