‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 29 Disember 2009

Patah Harapan


Disember 28, 2009 (Isnin) - Semalam en. Eser maza sudah pulih dari demam. Selsema dari hingusnya juga sudah mengering. Tapi batuk-batuk kecil masa terdengar.

Lega rasanya hati ini kerana en. Eser selamat dibedah.

Tapi berita buruk pula tertimpa-timpa. Bagai buah durian terhempap di kepala.

(Gambar: Tersadai di atas pokok)

Tokey kecil cina itu cakap, "Aya kawan! Wa boleh selamatkan itu D drive punya saja. Itu C drive aaa.. tak lak boleh jalan lagi. Dalam aaa, sudah ale busat punya virus lorr. Jadi, wa kasi format tu C terus maa.."

Penyudahnya, banyak gambar-gambar yang cun-cun itu musnah. Gambar RAW dan siap diedit lenyap sama sekali. Tsunami yang melanda ini membawa kepada devastating yang amat besar di hati maza... huhuhu

Apa tidaknya, tempoh hari ketika maza pulang ke kampung; menyahut lambaian ibu, sempat juga maza merakam beberapa keping gambar bernilai sentelmental dan nostalgia.

Tetapi hari ini kesemua gambar landskap keindahan kampung nan tercinta itu telah lenyap.

(Gambar: Termenung di atas tangga rumah kampung, di pagi hari)

Alkisah, kononnya maza ingin berkongsikan gambar-gambar tersebut di blog tercinta ini. Kini segala-segala potrait itu telah punah!

Di celah lantai hati masih terdepat rasa bertuah. Beberapa dokumen penting dapat diselamatkan.

"Nasib baik you ada buat itu dua partition. Kalau tidak, wa tak dapat tolong lorr"

Untuk menghiburkan hati yang lara, maza telah merayau-rayau sana sini bersendirian. Sekali-sekala termenung jua mengenangkan nasib badan. Sambil-sambil itu dapatlkan juga beberapa nasihat percuma dari kawan-kawan best-best itu.

"Jangan diratapi yang tak ada, ekekekeke.... Sila-silalah amik gambar baru nak replace gambar-gambar yang dah hilang", kata Adila yang jelitawan itew!

Huhuhu...

Aduhaiii kanzz....

(psst 1: sila abaikan model yang berbayar satu kamera RM10 itew yea!) hehehehehe
psst 2: entry terakhir di blog tercinta ini..........................., jumpa lagi di tahun hadapan!)


Ahad, 27 Disember 2009

Mata Keranjang!


Disember 27, 2009 (Ahad)
- Seluruh blogers di alam maya ini tahu Eser maza demam selsema H1N1 gelombang kedua.

Bosan memang tidak tertahan-tahan. Maza pun sudah penat menghiburkan hati dengan berdendang di bawah lampu neon di sebalik jeriji tingkap besi.

(Gambar: Di sebalik jerigi besi di tabir berlangsir)

Hingga langit juga sayu mendengarkan dendangan lagu pilu itu. Seolah-olah faham lalu beraraklah mendung kelabu. Arakian langit turut menyanyi dengan irama dentuman di sana sini. Seperti mengiringi okestra pula lagaknya.

(Gambar: Awan berarak mendung kelabu)

Syahadan, seluruh alam maya pun menangislah. Hujan menitis lebat. Berjujuran merata dataran benua.

Ah Jahanam! Bukan ini yang ku pinta.

Lain pula yang diterjah, lain pula yang jadinya. Maza mahu menghiburkan hati yang lara, tiba-tiba dirantai digenangi hujan melebat di luar sana.

(Gambar: Tangisan hujan)

Apa lagi. Mata maza pun turut sayu.

Alam menjadi sunyi, melainkan bisikan nafas yang beralun-alun mendodoi mata yang sudah pun tewas!

Puas tidur, maza pun terjaga.

Lalu mengaru-garu kepala sebaik terkenangakan bayi yang dikandung oleh isteri masih belum mahu keluar. Dua hari lalu, bayi itu sudah menendang-nendang perut ibunya. Molek benar tanda-tanda mahu lahir. Tetapi sampai saat ini masih belum mahu keluar lagi.

Doktor di PUSRAWI pun naik rimas juga. Lalu dibenarkan keluar wad terlebih dahulu.

"Bawa jalan-jalan. Exercise dapat membantu memudahkan bersalin. Saya benarkan awak pulang. Kemudian kalau sudah terasa sakit sangat atau keluar tanda-tanda besar, segera ke hospital, ya.", kata Dr. Zarina.

Sudahnya petang itu, maza mengajak isteri pergi ke e@Curve. Biasalah orang perempuan, kan mereka suka bershopping. Hilang teringatkan apa yang dikandung itu. Maka berjalanlah kami merayau-rayau di sana-sini.

Kemudian kami singgah pula ke pusat permainan. Di sana maza mencuba nasib bermain bola keranjang. Puas main seorang-seorang, maza paksa isteri join sekali. Dengan alasan menurut nasihat doktor. Mudah-mudahan mudah pula bersalinnya.

Maka isteri maza pun turut melontar 'jamrah' - (bola), ke dalam keranjang itu. Makin lama makin seronok. Makin ghairah hendak mencipta rekod dunia. Hehehehehe...

(Gambar: Masukan token sebelum berjuang melontar 'jamrah')

Penyudahnya, habis duit maza berpuluh ringgit jugalah. Gasaklah, janji bersenam dan happy....



Psst: bagi ibu-ibu mengandung, barangkali nasihat, tauladan dan contoh ini tidak ada gunanya... dilarang meniru!

Psst: kalau mau tiru juga, kena cari idea sendirilah yea.. sebagai contoh, main jongkang-jongket ke.... hehehhe



Jumaat, 25 Disember 2009

Life without Eser! Blank..

Disember 23, 2009 (Rabu) - setelah empat tahun menggunakan laptop berjenama Acer model 3620, akhirnya semalam kali kedua ianya terbarai.

Jawabnya terpaksalah maza memanjat tangga ke kedai apek hendak membetulkan laptop itu. Ini juga bermakna banyak jugalah kerja maza dan fail-fail maza itu akan luput di memori hard disk. Aduhaiii...

Harap-harap proses reformat nanti dapat recover balik semua fail-fail maza. Terutama gambar-gambar kenangan gitew.

Aduhaii, marilah kawan-kawan sama-sama tadahkan tangan. Mohon restu dan keselamatan, agar segala fail-fail tersebut terselamat dan terpeliharalah hendaknya! Amennnn...

Life without Eser! Sungguh memeritkan. Terasa sungguh sunyi alam ini. huhuhu...Terputus sudah hubungan antara dua darjat...terputus silaturahim yang berjiranan atau di seberang benua!

Untuk itu, maza pun menghiburkan hati dengan kaedah dan cara maza yang tersendiri.


Sudah lama tidak memetik gitar.... bertahun-tahun juga lamanya. Dan sudah lama juga tidak membingitkan alam sekitar. Jadi kawan-kawan, kalau rasa terancam, tutup sahajalah speaker kawan-kawan itu yea.

sambil-sambil itu, maza mahu menyanyi dan bersuka hati sebelum dunia maza menjadi suram semula.. huhhuhuhu

Life without Eser! memang sadis weiiiii..

(psst: kalau Tie dari jiran sebelah rumah ini berani berangan dengan lagu Raja Emma - Jejaka Idaman, den lak nak jadi macam papa rock pulak!..hheheheh)

erk! zyma tak nak join sekaki ke? Kita kasik banjir satu kali! hehehehe




Ahad, 20 Disember 2009

Yang Jauh Didekat-dekatkan

Disember 2o, 2009 (Ahad) - Lebih sebulan lalu kami merancang untuk mengadakan reunion untuk pelajar lepasan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM, tahun 1995.

(Gambar: Dari kiri; Bib, Intan & Yan)

Pendek kata, sudah sedekad kami meninggalkan UM. Begitulah gambaran yang boleh maza berikan. Ini bermakna sedekad itu jugalah antara kami terputus hubungan.

Perubahan yang begitu ketara ialah masing-masing sudah punyai anak dan keluarga sendiri.

Akhirnya hari ini program tersetbut berjaya dilaksanakan walaupun dengan kehadiran cuma empat orang sahaja.

Sekurang-kurangnya ini sebagai langkah permulaan. Yang tidak dapat hadir kami maklum kesusahan anda. Dan diharapkan dengan pertemuan sulung ini mampu memangkinkan semangat anda untuk bersatu, "Yang Jauh didekat-dekatkan".


Graduan UM ini telah berkumpul di hadapan Rumah Universiti yang bersetentangan Dewan Tuanku Chanselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (UMKL), sejak jam 10.00 pagi.

Sambil menantikan yang lain tiba (sebenarnya memang tak kunjung tiba pun) kami sempat mengambil gambar dan bertanya khabar.

Puas menunggu kami pun bergerak pula ke Bukit Angkasa. Ke mana lagi kalau tidak ke Restoran Nara. Ayam golek pilihan ramai menjadi santapan tengahari itu.

Banyak perkara kami ceritakan. Banyak perihal juga kami singkap.

Dari hal keluarga hinggalah kepada urusan kerja. Termasuklah peluang-peluang perniagaan dan ibadah. Dengar khabar En. Yan mahu mengajak dan menganjurkan kembara umrah ke tanah suci Hijaj; Mekah & Madinah. Katanya rancangan itu untuk program dua atau setahun akan datang.

Maza teringin sangat hendak menyertai program kembara umrah itu. Insyallah maza akan usahakan bersungguh-sungguh. Tungguuuuu.....

(Gambar: Ayam golek Nara)

Maza merasa sungguh berbahagia sekali dengan pertemuan tersebut. Malah bukan sahaja dapat mengenangkan kembali nostalgia silam, tetapi juga menaikan semangat juang maza.

Memang dalam kalangan kami, maza dikenali pejuang sezaman.. heheheh.. Cuma baru-baru ini (sebenarnya bertahun-tahun juga) semangat itu pudar dan menghilang.


(Gambar: lepas penat bersembang, makanlah pulak.. hehehehe)

Hari ini, 'semangat yang hilang' itu mekar semula. Ia kembali dan mahu berbakti!

Terima kasih kengkawan. Jasa mu tetap dikenang. Sebelum itu, maza hendak berpantunlah sikit... bolehkan kengkawan...

"Gendang gendut, tali kecapi
Panjang umur jumpa lagi..."

Terima kasih mereka yang hadir: Yan, Habibah, Intan dan maza...



Sabtu, 19 Disember 2009

Library bukan Perpustakaan

Disember 18, 2009 (Jumaat) - Hari ini maza memperkenalkan anak saudara dan kakak maza perihal e@curve.

Dahulu e@curve dikenali sebagai Cinelissure, Mutiara Damansara.

Di sini macam-macam ada. Lokasinya berhampiran Tesco, Ikia, Ikano, Kluang Stations (kopitiam) , The Cure.


Di tingkat dua mata Azmi dan Mas (anak saudara maza) terbelalak. "Eh! Baguslah tempat ni. Dalam pasaraya pun ada Library. Lain kali kita bolehlah masuk achik! Bolehlah Mas cari buku untuk bahan rujukan dan bacaan.", Mas bersuara.

"Patutlah orang kata Kota Damansara ini best! Macam-macam ada! Tak payah pergi jauh-jauhkan?!" Azmi pula mengambil giliran.

"Itulah dinamakan Library, tapi bukannya perpustakaan. Replika nama library aje tu. Kuda yang kat luar tu pun bukan kuda sebenar. Semuanya ini replika. Buku tu pun buku replika. Nampak aje macam buku zaman dulu-dulu, tapi semuanya palsu." maza cuba menjelaskan hal yang sebenar.

"Tak fahamlah achik. Kalau begitu, Library ini, apa dia?" Mas mengerutkan kening pinta penjelasan lanjut.

"Library ini sebenarnya kelab malam. Nama aje library. Tapi kat dalam tu ada pub, ada orang nyanyi-nyanyi. Life band lagi. Buku yang ada tu semua sebagai hiasan aje. Kalau rasa mau berjoget dan bag duit sudah terlebih tebal, meh ler kita cuba-cuba jenguk kat dalam." maza menggiat mereka.


Masing-masing terlopong. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Sekejap-sekejap orang keluar. Sekejap-sekejap ada yang masuk. Ada awek, amoi dan minah. Masing-masing berpakaian yang kurang enak dipandang oleh golongan pak lebai dan imam.

Sekejap-sekejap itu juga terdengar orang ketawa terbahak-bahak. Suara muzik yang kuat melimpahi keluar hingga ke tingkat atas dan LG.

Habis semuanya bertukar tungang langgang. Library ialah perpustakaan yang menjadi simbol ketajamaan ilmu, pengumpulan rujukan ilmiah, mentelaah pelajaran; sudah berkecamuk identitinya. Gara-gara sesetengah pihak mahu mencari kelainan. Hari ini library dikenali tempat santai, minum-minum, muzik dan keriangan!

Sambil bersiar-siar maza sempat menangkap beberapa keping gambar di laman lepak di e@curve itu. Ada satu lorong yang hampir menyerupai Bintang Walk, di Jalan Bukit Bintang. Ia diberi nama, The Street.



Kiri kanan, atas bawah The Street itu berderet restauran-restauran mewah. Ada yang halal, ada yang haram. Ada todi, ada sirap. Pilih sahajalah tempat duduk yang mana satu!

Di laman ini juga maza sempat merakamkan gambar dekorasi perayaan. Pokok krismas besar kedabak. Tinggi berkali ganda dari maza. Ada air pancut menyirami.

Kebetulan malam ini hujan. Kemudian lampu hiasan di pokok tersebut dipadamkan demi keselamatan orang ramai. Kalau tidak padam takut ada yang mati kena rejatan elektrik.



Pun begitu, dari pintu gerbang e@curve ini maza ambil juga gambar yang terdaya mungkin.

Sambil itu, maza jenguk-jenguk juga kalau ada kain rentang ke, atau poster ke, yang meraikan maal hijrah. Tapi... Haram satu pun maza tidak ketemukan. Walhal hari ini ialah hari cuti maal hijrah!

Di benak maza terpacul sebuah suara, "Hmm.... adakah Mutiara Damansara ini berada di luar negera ke? Yang jelas kelihatan di sana sini simbol-simbol Santa. Adakah negara ini ialah negara Santa ke? Atau mereka sudah hilang sensitiviti tentang perlembagaan negara? Siapa peduli?! Hmm..."




Selasa, 15 Disember 2009

Ika Si Gadis Genit Dari Kampung

Hari ini Kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor telah banyak berubah. Sesuai dengan peredaran zaman. Rumah-rumah kayu atau papan 'atas' sudah amat jarang kelihatan. Kebanyakkan rumah yang boleh dilihat sekarang ialah rumah-rumah konkrit beratap zink atau asbestos.

Photobucket

Berbeza dengan zaman 80-an. Rumah-rumah tradisional melayu mudah didapati. Dapur dan tandas berpisah dari rumah agam atau rumah utama. Saiznya pula tidaklah besar kedabak! Namun cukup untuk menampung jumlah keluarga yang ramai.

Kali ini kembara maza menyingkap beberapa buah rumah tradisi yang masih wujud di kampung tersebut. Kebetulan jiran sebelah rumah di kampung itu masih mempunyai model rumah tradisi. Ia berkonsepkan rumah tradisi Melayu Johor dan masih tersergam indah. Kalau tak silap maza rumah tersebut hampir berusia seratus tahun.

Rumah ini dimiliki oleh Atok Dara. Di rumah inilah maza pernah berguru mengaji Quran. (huhuhuhu - nostalgia betul, kan?..hehehe)

Walaupun Atok Dara sudah uzur, rumah ini tetap terurus dan didiami oleh Ujang. Ujang ialah anak Ghani (Idor) & kak Iham. Sudah bertahun-tahun juga Ujang menyewa di situ.

Atok Dara sekarang tinggal bersama Mak Busu Maimoon di Johor Bahru. Elok jugalah Ujang tinggal di situ. Sekurang-kurangnya rumah pusaka itu terjaga!

Ika
(Gambar: Ika si gadis genit.)

Maza berasa begitu beruntung kerana Ika, anaknya Ujang, mahu bekerjasama untuk menjadi model fotografi kali ini.

Ika ialah anak dara sunti sama seperti bunga-bunga penyeri yang lain di kampung. Kebiasaannya anak-anak kampung seperti Ika akan duduk bersimpuh di atas tangga di hadapan rumah. Mereka menantikan kepulangan ibu dan ayah dari kebun atau bendang.

Sambil melewati masa, anak-anak desa ini akan bermain-main di sebalik anak tangga. Adakalanya mereka bermain pondok-pondok di bawah rumah.

Keayuan Ika menambahkan lagi seri Kampung Sri Lukut. Apatah lagi Kampung Sri Lukut, Mukim Kahang ini telah diwar-warkan sebagai kampug tradisi. (juga banyak mengumpul misteri dan mimpi indah!.. hahaha)

Photobucket

Ika yang baru mencecah umur sepuluh (10) tahun bakal menjadi rebutan para pemuda kampung atau pendatang luar.

Di zaman dahulu, terutama sebelum merdeka, gadis berumur dua belas tahun sudah boleh dinikahi. Tatkala umur sepuluh tahun mereka sudah tahu menanak nasi, menjerang kopi dan berkemas rumah.

Sedari umur sembilan tahun lagi segala tingkah laku mereka dijaga. Mereka diberikan perhatian khusus oleh keluarga. Mereka tidak boleh lagi melompat sana sini, terkinja-kinja dan merayau tak tentu hala. Ini ditakuti mereka akan lambat mendapat jodoh. Apatah lagi untuk mengelakkan tomahan dan sasaran umpatan; "gadis gedik tiada siapa yang sudi nak jadikan suri!"

Jadi di zaman itu, sekiranya umur si gadis melewati 19 tahun atau 20 tahun, mereka sudah dikira anak dara tua (Andartu).

Pada hari ini jika ada gadis yang masih tidak berkahwin pada umur 40-an, mereka akan digelar andalusia (anda dara lanjut usia).

Zaman semakin berubah, ibubapa sekarang menekankan pendidikan anak-anak, baik untuk anak gadis mahupun teruna. Bahkan mereka diberikan peluang hampir serupa.





(Gambar: Ika di muka tangga)


Harapan

Mudah-mudahan Ika menjadi insan solehah dan berjaya dalam pelajaran juga kehidupan. Untuk itu, segala tingkah laku dan akhlak perlu digilap dan diasuhi sebaik mungkin. Kelak Ika menjadi permata dunia dan akhirat. Yakni mutiara dunia bagi penghuni di langit dan gadis penyeri di dalam syurga.




*** Cerita lain. Sungguhpun di portal sektor pelancongan kerajaan Negeri Johor ada tertera perihal Kampung Sri Lukut menawarkan perkhidmatan Home Stay, tetapi ianya tidaklah betul-betul berjaya. Malah untuk mencari mat saleh atau minah saleh di situ pun amat sukar. Atau pendek kata saban masa memang tak ada!

Usaha yang tekun dan berpanjangan, terutama dalam mempromosi kampung ini amatlah diperlukan.

psst: Lagipun, kalau orang ramai tak tahu, macam mana orang nak datang ke kampung ini, kan?.. Tok ketua kampung kena kerja kuat sikit ni! hehehe



Ahad, 13 Disember 2009

Lambaian Ibu

Disember 10, 2009 (Khamis) - Satu panggilan dari kampung menyentap perasaan maza. Kedengaran di hujung talian suara yang lemah. Sayu tidak berdaya.

"Maza, emak sakit. Dah dekat seminggu tak dapat jalan. Ada kelenjar kat kaki emak ni ha." adu emak.

Seribu tamparan bergelodak membadai dada maza. Mahu sahaja maza berlari mendapatkan emak di kampung Kg. Sri Lukut, Mukim Kahang, Johor sekarang juga. Maza telupa jarak antara Kuala Lumpur dengan kampung tercinta hampir 600 kilometer.

danau 2
(Gambar: rumah di tengah danau)

"Jangan tergesa-gesa. Mak ok. Kalau kau balik, pandu perlahan-lahan. Jangan sampai apa yang kau kejar menjadi sia-sia. Kau pulak yang kemalangan"

Sepantas itu juga emak dapat menghidu kegelisahan maza. Anaknya yang seorang ini mulai bimbang tidak tentu hala.

"Mak boleh cakap lagi ni ha. Esok ajelah kau balik. Rasanya malam karang emak sihat. Sakit di kaki rasanya semakin kurang."

Esoknya setelah matahari terbit sehasta di timur, maza mengorak langkah. Isteri dan anak-anak ditinggalkan di rumah. Lagipun isteri sedang sarat mengandung anak ketiga kami.

kawa 2

Cik Silvy digerakkan di pagi hening itu. Matahari nampaknya galak memanah sinarannya. Mudah-mudahan tidak hujan dan tiada pula halangan di dalam perjalanan.

Cik Silvy dipacu dengan laju meninggalkan Kuala Lumpur menghala ke Johor. Hati masih juga tidak mahu tenang. Dada masih juga tidak mahu reda.


Hari semakin meninggi lalu singgah di hentian R&R Yong Peng. Di sana maza menyerah diri kepada Tuhan Rabul Alamin. Mendaftarkan diri bahawa maza masih tetap hamba-Nya.

tap 2

Solat zuhur didirikan setelah solat Jumaat terpaksa ditinggalkan. Lagipun musafir ini perlu segera mengadap bonda tercinta.

Photobucket

Dalam solat itu rasa sebak tidak dapat dibendung lagi. Hiba, sayu dan bimbang mula menyerang. Dada terasa sesak, dihimpit sempit. Perasaan gundah datang menyerang silih berganti.

Sedih mula menghuni di kalbu. Air mata mula bergenang. "Ibu tunggulah daku pulang ke kaki mu! Izinkan aku berbakti padamu lagi. Ya Allah!".

Maza hanyut dalam doa yang penuh syahdu di bawah terik matahari. Di pondok itu maza bersimpuh sendirian. Membelai perasaan membawa pergi mengadap Rabul Izatti. Mohon perlindungan, keselamatan dan kesihatan sempurna kepada ibu dan maza sekeluarga.

Manusia yang lalu lalang tidak dihiraukan. Setelah kekuatan mula terkumpul, maza mulakan lagi musafir ini. Kelana menuju ke pangkuan ibu, membawa bersama seribu doa harapan agar ibu selamat dan sihat!



Jumaat, 11 Disember 2009

Letak Jawatan





(Gambar: masa terus berlalu. Apa yang kita dapat?)






Surat perletakkan jawatan oleh seorang kawan maza di salah sebuah syarikat antarabangsa.

Dear Sirs,

NOTICE OF RESIGNATION IN ONE MONTH

1ST FEBRUARY 2010 TILL 1ST MARCH 2010

The above matter is referred.


I’m TXXXXX, i.c number XXXXXX, wish to resign my position in your company as a promoter of XXXX at XXXX outlet.


My resignation will be effective on 1st March 2010. And expecting last working day was on 28th February 2010.


I have been working in your company for 4 years service terms. And I’m not really satisfied with the appraisal of my basic salary.


After long services with your company, my salary had never been considered to be raise. Thus, I felt there have no recognition on my effort to the company. The company was also unable to sense my contribution, assistant and existence too.


Beside that, recently I have received a good offer from others company which difficult to resist. They could see, sense and appreciate my ability to contribute.


Last but not least, I really appreciated and thank you for giving me the opportunity to serve you better. Your consideration and attention pertaining this matter, is much appreciated.


Yours truly



Aduhai.. tajam sungguh kan?.. agak-agak syarikat tu akan tersentak tak?
Beranikah anda berterus terang seperti itu?

hehehehe


Rabu, 9 Disember 2009

Biarku Sendirian..

beruk 1
(Gambar: sendirian)

Hati merusuh. Radang bukan kepalang. Baik sendirian daripada bercakaran, bertegang leher, berbahas dengan orang yang tak reti bahasa atau tidak mahu faham-faham.

Baik sendirian buat menenangkan kepala yang berserabut. Dari mengenangkan betapa degilnya si dia. Lain disuruh lain pula dibuatnya.

Payah juga menjadi orang atasan. Payah juga menjadi orang bawahan. Di atas kena jolok, di bawah kena tekan. Aduhai...

beruk
(Gambar: mengenangkan nasib)

Tapi kalau asyik memencil dan menyendiri, nanti langkahnya sumbang. Macam kera kena belacan. Macam monyet mendapat bunga.

Ah! Adakalanya elok bercakap dengan haiwan daripada bercakap dengan manusia. Walaupun beruk tak faham bahasa, kurang-kurangnya dia tidak menjawab dan menyakitkan hati kita.

beruk 7r
(Gambar: cuba mengenali diri melalui soalan dan pertanyaan)

Kata pakar psychiatric, kaunselor dan pendakwah, komunikasi dua hala amat penting. Tapi kalau komukasi asyik tergendala, rasanya eloklah tenangkan fikiran dengan cari kawan lain... huhuhuhu....

beruk 8r
(Gambar: MESRA... Sudah kenal maka mudahlah berkomunikasi dua hala.
Dengan beruk, pun beruklah...)


Selanjutnya Galleri gambar di http://www.flickr.com/photos/mazaaida/show/


Bukit Malawati
Disember 6, 2009 (Ahad)

model: 1) MohamadNasrul Hakim
2) Monyet

Ahad, 6 Disember 2009

Penampar Shoebox Selipar Jepun

seliper
(Gambar: Seliper Jepun pujaan hatiku)

Disember 5, 2009 (Sabtu) - Hari ini akhirnya maza terpaksa mencari kasut baru juga. Sandel kesayangan dan menjadi identiti maza sudah pun putus talinya. Kata orang rumah maza, sandel tu sandel dari zaman purba.

Sudah hampir dua bulan sandel yang putus itu tidak berganti. Semuanya gara-gara mahu mencari fesyen yang sama. Bukan apa, maza rasa selesa, mudah dan telah sebati dengannya. Lagipun kalau pergi ke mana-mana, terutama ke mesjid, dan tempat yang bersesak-sesakan senang sikit terus terpa. Tak payah terkial-kial, teraba-raba mencari sandel yang macam-macam bentuk itu. Tambahan pula, kalau pakai sandel yang sudah lusuh, risiko kecurian dapat diminimakan.


(Gambar: papan tanda kedai Shoebox)

Kebetulan pula maza dapat SMS daripada Shoebox beberapa hari lalu. Sheobox ialah sebuah kedai kasut kepunyaan usahawan muda di Seksyen 8, Kota Damansara. Menurut SMS itu, mereka sedang membuat promosi 'clearance stok' dan juga sempena cuti sekolah.

SMS itu menyebut, beli sepasang kasut dapat sepasang kasut percuma.

Kata Akak (supervisor) cun sepanjang zaman itu pula, promosi kasut beli sepasang dapat sepasang percuma akan berakhir pada 07.12.2009.

Tetapi untuk pakaian dan keperluan sekolah seperti kasut, baju, beg, dan peralatan sekolah masih diberikan potongan harga istimewa.


(Gambar: Akak Supervisor sedang mempromosikan kasut sekolah.)


Belakang, sebenarnya yang hendak maza cerita di sini ialah tentang penemuan kasut sandel yang membawa ingatan maza ke kisah lalu. Ia mengembalikan nostalgia maza sedekad yang lampau tatkala mengaji di sebuah IPTA di ibu negara. huhuhu...

Ketika itu pattern dan fesyen kasut tersebut amat digemari oleh mahasiswa. Termasuklah maza. Mana-mana pergi maza akan kenakan sandel tersebut. Ia ringkas, ruggerd dan senang untuk disarung.

Kawan-kawan sepengajian mazalah yang memperkenalkan sandel tersebut.

Di kampung, biasanya maza hanya mengenakan selipar jepun. Baik ke kedai, ke padang bola atau ke pasar Selasa. Kadang-kadang terlepas hingga ke bandar Kluang. Untuk tidak nampak sangat seperti 'orang kampung terlepas ke bandar,' maza selalu diminta memakai sepatu untuk jalan-jalan ber-shopping.

Pendek kata, selipar jepun menjadi kasut rasmi kami di kampung.

Setelah masuk universiti, abang-abang Pembantu Mahasiswa (PM) juga senior memberikan tarbiah istimewa. Mereka berpesan agar selipar tidak dipakai ke mana-mana jua di dalam kolej kediaman. Kecuali digunakan untuk pergi ke tandas dan pantry.

sandel
(Gambar: sandel yang menjadi pujaan sedekad yang lalu huhuhu)

Tetapi dalam buku panduan kolej kediaman tidak ada pula frasa melarang kami memakai selipar di dalam kolej kediaman! hmm?!

Semenjak hari itu jugalah maza diperkenalkan sandel yang penuh nostalgia tersebut. Rosak satu, berganti dengan sandel yang berfesyen yang sama. Sepanjang pengajian maza di IPTA itu, fesyen tersebutlah menjadi pengalas kaki maza. Baik pergi ke kelas, tutorial, dewan kuliah dan jalan-jalan. hehehehehe.

sandel baru
(Gambar: sandel yang baru disambar dari kedai Shoebox. heheheh)

Perihal selipar jepun ini juga mengingatkan maza tentang sekumpulan gadis freshie. Mereka bertiga asyik bersama-sama ke mana-mana jua pergi. Dan mereka juga mengenakan selipar jepun ke mana-mana kawasan kolej penginapan.

Oleh kerana perihal tersebut terlalu ketara, maka para teruna di kolej tersebut menggelarkan mereka 'awek selipar jepun'. Gelaran tersebut akhirnya melekat hingga mereka graduan. Bahkan menjadi identiti istimewa untuk mereka!

Antara nama awek selipar yang maza maksudkan ialah Mazlyn, Ina, dan Gee. Apa khabar mereka sekarang ya?! hmmm




Selasa, 1 Disember 2009

Nur Qasidah di Walimatul Urus

IMG_6912

November 28, 2009 (Ahad) - Malam minggu ini diserikan lagi dengan bacaan Barzanzi. Mereka dari Pulau Boyan (Indonesia) membaca Berzanzi beramai-ramai.

"Thoibbb!", suara ramai menyahut, sebaik rangkap demi rangkap habis dibaca oleh perawi.

Habis sahaja beberapa juz rawi, masing-masing mula berdiri. Selawat dan salam, pujian-pujian Nabi mula dilagukan beramai-ramai.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah alatan gendang dipalu sama. Kompang, rebana dan tamrin dipukul bertalu-talu mengikut rentak selawat.


Di bawah khemah sana sepasang pengantin sedang berinai. Pasangan sejoli ini sedang dihadap ahli keluarga terdekat sambil lampu flash dari kamera juru gambar tidak putus-putus menyambar.

Pengantin diiring ke pelamin dan disandingkan sebagai pelengkap adat berinai. Di luar sana lantang orang surau terus-terusan berselawat sakan.

pengantin 2

Sementara itu, di atas pelamin beberapa ahli keluarga mengambil kesempatan untuk berposing sama.

Lepas satu pakaian ke satu pakaian lain pula bertukar ganti. Dari ala-ala Jawa membawa kesultanan Melayu Melaka.

Pengantin 4

Habis Berzanzi makanan dihidangkan. Upacara melegakan kerongkong pula bergalang-ganti. Sambil melayan perut yang kenyang Pak Amirullah mula bersuara, "Esok Qasidah datang. Buat persembahan di hari persandingan. Jam 11.00 dah mula aturcara majlis. Jangan ketinggalan. Mana-mana dah lama tak beronggeng (menari) atau mahu mencuba nasib dengan Qasidah boleh lah cuba-cuba!"

"Wah! Bagus ni", sahut beberapa orang anak muda di situ.

Pengantin 7

pengantin 3

Di fikiran penulis sudah terbayangkan sesuatu yang tidak enak. Membayangkan gadis bernama Qasidah akan membuat persembahan nyanyian karaoke dan tarian gala! Gelek sana, gelek sini.

Tak putus-putus fikiran penulis membayangkan sesuatu yang negatif. Kali ini penulis berasa khuatir budaya hindonisme akan bertapak di kejiranan ini. Budaya hindonisme yang perlu dibendung! "Ah! Orang-orang Indon ini, tak tahu adat orang sini kah?", penulis bermonolog sendirian.

****
Keesokannya

Pengantin 5

Penulis sampai ke majlis Walimatul Urus sebagai tetamu undangan. Sebaik tiba penulis terus menerpa Pak Amirullah.

"Mana budak Qasidah tu?", penulis menyoal Pak Amirullah sambil mata meliar mencari sesusuk tubuh bernama Qasidah.

"Tu ha!", telunjuk Pak Amirullah lurus menunding sekumpulan gadis yang sedang memegang kompang, tamrin dan mikrofon. Mereka berbaju hijau dan bertudung putih. Di belakang kumpulan gadis itu ada pemain muzik. Antara instrumen yang kelihatan ialah keyboard, rebana dan bongo.

IMG_6965 R

"Ya lah! Mana satu budak Qasidah tu? Katanya Qasidah tu lawa budaknya."

"Tu lah semua budak qasidah. Sekejap lagi dia orang akan nyanyikan lagu qasidah."


Tiba-tiba suara pengerusi majlis berkumandang, "Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perkhawinan ini. Selamat menjamu selera. Kami kumpulan qasidah, Jamiah Mustika dari Kg. Kayu Ara akan menyampaikan lagu-lagu qasidah untuk haluan telinga, juga sebagai nasihat. Kali ini kami akan sampaikan sebuah lagu berjudul bla bla bla....."

Pulak!

Ingatkan Qasidah yang dimaksudkan selama ini ialah seorang gadis. Rupa-rupanya sekumpulan gadis yang menyampaikan lagu-lagu qasidah. Inilah kali pertama penulis mendengar lagu-lagu qasidah yang dialih bahasa dan diolah ke dalam Bahasa Melayu.

Antara lagu yang disampaikan bertajuk Selawat dan Salam, Istighfar, Ingatlah dan Rindu Mendalam.


Namun apa yang lebih memeranjatkan penulis ialah dalam pada mereka berqasidah; mengajak agar mengingati Tuhan, mereka juga membuat beberapa bentuk formasi lalu MENARI di atas pentas. Malah mereka mengajak tetamu yang lain untuk turut serta menari sama.

"Jadi, jika abang-abang mahu terus menari atau berjoget mengikuti kami, boleh sahaja. Tapi di bawah pentas sana, ya! Ayuh", seru gadis genit dari atas pentas itu.

Penulis ternganga. Menyedari hal itu, Pak Amirullah yang dari tadi duduk bersebelahan penulis mula menerangkan. "Lagu-lagu itu sememangnya lagu qasidah. Tetapi sudah diadaptasikan. Walaupun kelihatan janggal oleh orang di Malaysia, tetapi di Indonesia ia disampaikan dengan gerak tari yang gemalai."

Tiba-tiba penulis terkenangkan seorang pendakwah dari Indonesia yang menggunakan muzik sebagai medium dakwahnya. Orang yang dimaksudkan itu lain tidak bukan ialah Roma Irama. (psst: takkan si Inul Darsita itew kot? hehehheh)

Berikut ialah beberapa gambar yang diketip dari kamera maza. (alahai, terkonang sewaktu-waktu dolu2 kanzzz? Ketika di atas pelamin juga gitew... hehehehe)


(Gambar: KL Motor Club turut memeriahkan keramaian)

(Gambar: Berkompang dan berselawat menyambut pengantin)

Kereta Pengantin

(Gambar: antara hidangan makan berdamai)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails