Sedang menanti dan berharap sesuatu yang positif Talent: Nurazariah Azali. |
10 Sifat Suami Soleh
1. Sentiasa mengingati, mendahulukan dan mentaati perintah Allah SWT dalam apa jua keadaan.
2. Taat dan tekun menjaga solat dan sentiasa memelihara perhubungan yang baik sesama isteri, anak, keluarga, jiran dan masyarakat.
3. Sentiasa menjadi contoh, ikutan dan tauladan yang baik kepada isteri dan ahli keluarga.
4. Seorang yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab dan menegakkan keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu perkara itu kena pada tempatnya.
5. Seorang yang mampu membimbing, memimpin dan mendidik isterinya. Justeru, suami sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan karisma kepemimpinan.
6. Seorang yang sentiasa waras, tidak cepat melatah atau gugup dan mampu menggunakan kebijaksaannya memimpin rumahtangga. Dalam kata lain seorang yang tenang, penyayang, penyabar dan tidak sewenang-wenangnya menghukum atau memukul ahli keluarga.
7. Seorang suami yang mampu menjadi tempat rujuk. Maka suami perlu menjadi seorang ‘pendengar yang baik’ dan ‘penyelesai masalah’.
8. Seorang suami yang sentiasa menjaga maruah diri, isteri dan keluarganya sama ada di hadapan khalayak ramai, ketika bersendirian ataupun sedang mengadap Allah SWT.
9. Seorang yang sentiasa bersedia menambahkan ilmu, iman dan amal ibadah. Dalam masa sama nilai-nilai murni tersebut diterapkan sama ada secara halus atau terang-terangan kepada ahli keluarganya.
10. Bentukan sifat cemburu yang positif dalam diri dan sentiasa berhikmah ketika menasihati isteri dan ahli keluarga. Cemburu yang positif itu tanda beriman kepada Allah SWT kerana suami yang dayus akan mendapat azab seksaan di dunia mahupun di akhirat kelak.