Seolah-olah berada di negara Jepun. Deretan bunga sakura Malaysia atau Tecoma, di Bt. 4, Jalan Mersing, Kluang, Johor. |
Di Johor musim bunga sakura Malaysia atau lebih tepat lagi ialah bunga spesis Tecoma/ Tabebuia sedang berkembang mekar. Batang-batang jalan yang dibarisi pepohon ini telah menzahirkan fenomena yang amat cantik. Salah hemat, sudah seperti berada di luar negara.
Beza dengan sakura tabebuia ada tiga warna: putih, pink dan kuning. Tabebuia tidak sesuai ditanam di laman rumah kerana beracun.
Ramai juga menyetujui bahawa tidak perlu bersusah payah mengeluarkan beribu-ribu ringgit ke Jepun atau Korea semata-mata hendak menikmati musim bunga sakura seperti ini. Syukur alhamdulilah, rakyat Malaysia yang seramai 30 juta orang telah diberikan kelebihan untuk menikmatinya di negara sendiri.
Dengar kata projek pengindahan dan penanaman pokok bunga tersebud di kiri kanan jalan beberapa daerah Johor telah dimulakan semenjak Tun Mahathir menjadi perdana menteri lagi. Sejujurnya, dahulu maza pernah merungut dengan penanaman pohon tersebut kerana berfikiran bahawa ini suatu kerugian dan membahayakan pengguna jalan raya. Apatah lagi apabila musim monsun dan ribut melanda. Kehadiran batang-batang pokok ini dikhautir akan menghempap mengenai pengguna jalan raya ataupun tumbang menghalang trafik.
Ada untung juga apabila menyukai hobi menangkap gambar ini. Kesan paling ketara ialah merubah menjadi seorang yang sensitif terhadap persekitaran dan reti menghargai alam sekitar. hehehe . . .
Ternyata, apa yang diusahakan mereka yang terdahulu akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Hari ini maza yakin rata-rata di tanah air sedang mengecapi keindahan panorama tersebut.
Bermaksud mengimarahkan keadaan yang cukup isitimewa ini, maza galakkan kengkawan untuk membuat posting istiwewa dengan memaparkan gambar pohon bunga sakura yang ada berhampiran tempat kengkawan. Jangan lupa sertakan sekali alamat gambar itu diambil.
Sementelah kita berada di Tahun Melawat Malaysia 2014, maza fikir dengan cara ini dapat menyerlahkan lagi keindahan negara tercinta walaupun kita sedang dilanda pelbagai ujian seperti kes MH370 dan penculikan pelancong di Sabah.
Kembara jalanan