‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 30 April 2014

Wanita tidak menutup aurat tidak semestinya ke neraka

nurazariah azali
ronawarna.blogspot.com

Wanita tidak menutup aurat tidak semestinya ke neraka?

Sanggup ke neraka demi mempertahankan tindakannya itu.

Menceduk bulat-bulat ajaran daripada ustaz.

___________________________________________________________

Benar, jika Allah berkehendakan seseorang kaki zalim sekalipun memasuki syurga tiada siapa yang boleh menghalangnya. Demikian jugalah jika Allah SWT mahu melemparkan pengamal amalan soleh ke dalam neraka, tiada suatu pun dapat menghalang kehendak dan iradah Allah SWT itu.

Allah berhak lakukan apa sahaja yang Allah mahu, tetapi apakah Allah akan lakukan sedemikian rupa?

Perhatikan Surah al-Baqarah: 286, yang sebahagiannya bermaksud, “. . . ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Lihat pula Surah Ali Imran: 9, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan himpunkan sekalian manusia untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji-Nya."

Apakah ALLAH akan lakukan apa yang bertentangan dengan apa yang ALLAH sendiri janjikan?


Firman Allah dalam Surah Ibrahim: 407, "Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-Rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepada-Nya)."

Jadi, awas dan peliharalah hati agar tidak bertentangan dengan sunahtullah dan keredhaan Allah SWT. Jangan sampai Allah SWT mengubah hati menjadi keras dan tergolong dalam kalangan orang-orang Munafik sebagaimana firmannya, "Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." (at-Taubah: 77)

Fikir-fikirkanlah, berapa ramaikah yang memperoleh keuntungan dan menerima "magis" sepanjang kehidupan mereka? Jika sebilangan kecil sahaja, mengapakah kita perlu mengambil risiko, kemudian berharap dengan bersangatan mahukan magis/perlindungan istimewa tersebut walhal terang-terangan menentang aturan Alllah?

Allah SWT berfirman, "Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” (Surah Ibrahim: 18)

Kesimpulan


Maka hendaklah kita memeriksa iman dan amalan harian kita, “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT).”(al-An’am: 116)

Allah SWT memberitahu kita bahawa, “Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan tersebut.” (al-Mu’minun: 71)

Selamatkanlah diri kita daripada tergolong orang-orang yang berdusta, "menegakkan benang yang basah" dan mereka yang memilih selain daripada aturan Allah. “Dan adalah tidak patut bagi lelaki Mukmin dan tidak pula patut bagi perempuan Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”(al-Ahzab: 36)

Allah SWT mengingatkan, "Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah Mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (Al-Israa': 18-19)

Jadinya, nilai seseorang manusia di sisi Allah SWT ialah ketakwaan dan mereka yang berusaha melakukan amalan soleh. ". . . Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Wallahualam

Tukang research

Jumaat, 25 April 2014

Jangan Berhernti Bermain Hujan

bermandi hujan
Aqlan Sholehin (4 tahun) bermandi hujan di kampung

April 23, 2014 - Guruh berdentum tingkah meningkah. Petanda kemarau berpanjangan di KL dan Selangor bakal berakhir. Dikhabarkan catuan air akan diangkat mulai minggu hadapan. Syukur.

Mengimbau kembali saat maza kecil-kecil, bermandi hujan itu suatu bonus keseronokan kanak-kanak desa. Lagi-lagi di kelilingi kawan-kawan sepermainan, leka seada-adanya. Keriangan dialami bukan alang kepalang. Kami berlari-lari di atas batas dan adakalanya daun pisang menjadi barang pelengkap bermain hujan. Melompat sana, melenting sini, terjah sana, menyimbah di sini. Bergelut dan bergusti di atas tanah atau lumpur hingga gagal membezakan air itu mutlak, mustakmal ataupun muntanajis.

Ahhh, itu semua tidak penting, berkubang itu wajib walaupun emak akan membebel panjang kerana pakaian penuh dengan selut dan lumpur. Malamnya pula akan merembis kencing akibat kesejukan sambil melayani tidur yang lena dan tersenyum. Paling ngeri pun digigit tungau atau kutu babi, tapi ala bisa tegal biasa. Keesokan hari, akan berdedai-dedai bersidaian selimut dan tilam bergantungan di ampaian atau dahan-dahan pohon rendang.

Itu dahulu, tetapi sekarang kalau dibiarkan saya begitu, ada banyak tuduhan liar akan dilemparkan. Antara paling popular ialah "sudah buang tebiat".

Hujan sekarang dilonggok dengan asid. Sunnah alam dicatur dengan kemajuan pesat dunia. Banyak pencerobohan dan kemusnahan berlaku menyebabkan bermandi hujan menjadi pantang larang dan berbahaya kepada kesihatan.

Selain itu mulut orang tua mustajab doanya telah melarang bermain hujan, barangsiapa degil bermain hujan akan mendapat demam. Dahsyatnya air hujan yang dicemari elemen bendasing hasil ketamakan, kedegilan, kejahilan dan kerakusan tangan-tangan manusia sehingga kenderaan pun akan mudah berkarat, cat rumah cepat luntur, tumbuh-tumbuhan terbantut tumbesaran dan sendi-sendi tubuh mudah berasa bisa-bisa, sejuk dan kebas.

lompat dalam hujan
Lompat si katak lompat

Ketika pulang ke kampung pada bulan sudah, maza membiarkan (malah menyuruh) Aqlan Sholehin (4 tahun) bermain hujan di laman rumah datuknya di Kahang. Biarkan dia merasa keindahan kampung saat bermain hujan. Biarkan dia mengerti dan mengalami sendiri erti orang zaman dahulu menikmati hidup dan menyelami saat keriangan kanak-kanak kampung.

Jelas dari wajah anak kecil itu, kegembiraan sama yang pernah maza rasai dahulu terjelma kembali dengan tulus, ikhlas dan penuh kenikmatan mendalam. Begitulah resmi kami anak tani, bergelar anak Kampung Sri Lukut, Kahang.

~Err . . . sudah berapa lama kengkawan tidak bermandi . . . hujan? Oppsss~

Isnin, 21 April 2014

Sungai Jin Berpuaka?

Berkelah di tepian Sungai Jin, Sungai Lembing

Aktiviti hujung minggu kami kali ini (19.April.2014) ialah berkelah dan memancing di Sungai Jin, Sungai Lembing, Pahang Darul Makmur.

Nama sahaja Sungai Jin, tetapi kawasan itu tidaklah berpuaka kecuali diri sendiri mempuaka-buaskan (wakakaka).

Bertolak dari Kuantan ke Sungai Jin memakan masa hampir satu jam. Jalan masuk ke Sungai Jin berliku-liku, berhalangan dan memerlukan ketabahan hati.

Terdapat dua laluan. Kali pertama kami pergi ke sini dengan menyelusuri jalan dari pekan Sungai Lembing. Laluan tersebut sememangnya mencabar kerana perlu meredah perkampungan Cina, kebun-kebun, hutan dan belukar sebelum menemui perkampungan orang Asli Sungai Mas. Jalannya sempit, sebahagian berturap tar, sebahagian lagi bertanah liat dan berpasir. Kalau tidak cukup kental, harus berpatah balik. Namun untuk berpatah balik bukan hal yang mudah. Jalannya curam, bergaung, dihimpit pula dengan pokok-pokok balak yang besar-besar.

Laluan kedua ialah melalui jalan ke tapak perkelahan Pasir Kubur. Jalan ini melalui perkampungan Melayu yang berturap tar. Walaupun laluannya sempit tetapi selesa. Cuma perlu berhati-hati terutama apabila berselisih dengan kenderaan lain dan mengelak binatang ternakan penduduk kampung. Selepas melalui perkampungan Melayu, dalam beberapa kilometer akan tiba perkampungan orang Asli pula (Sungai Mas).

Kaum Asli ini terdiri daripada suku Jakun dan Semaq Beri. Dalam kalangan penduduk Asli tersebut ada yang beragama Islam dan selebihnya beragama lain-lain. Terdapat sebuah sekolah kebangsaan di situ, bernama Sekolah Kebangsaan Sungai Mas. Sekolah ini di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Sungai Jin dikatakan mempunyai air terjun, tetapi misi kami kali ini bukanlah ke tempat itu. Kami berniat mahu berkelah di tebing Sungai Jin yang berhampiran jambatan masuk sahaja.

Jambatan batu merentasi Sungai Jin, namun jalannya masih belum bertar lagi.

Sebaik sampai, sudah ramai orang berada di situ. Masing-masing ada yang melabuhkan joran dan tidak kurang juga berkemah dengan keluarga.

Kami memilih kawasan yang sedikit tersorok dan terpencil. Sekadar mahu lebih privasi dan tidak banyak gangguan. Namun tidaklah terperosok, menyorok daripada manusia.

Kereta dipakir betul-betul di bibir sungai. Kawasan pantai sungai pula botak, tidak berpokok. Di sinilah gunanya memacakkan khemah. Usai mendirikan khemah, abah memasang joran dan memulakan hobinya, mengail. Kata orang setempat sungai ini dihuni kelah, sebarau, tongsan, lampam dan bermacam-macam lagi spesis ikan air tawar yang mahal-mahal harganya.

Sungai Jin dipenuhi dengan batu-batan yang bersaiz kecil dan sederhana. Agar sukar juga mahu berjalan dengan selesa tetapi perkara itu tidak menghalang daripada kami hendak berseronok bersama anak beranak. 

Sememangnya Sungai Jin adalah kawasan terpencil, terperosok dan jauh daripada pengetahuan umum. Jika diamati tak ubah seperti kawasan yang diabaikan. Sungguhpun begitu, ramai pengunjung bertandang pada hujung minggu. Terutama setelah kawasan riadah di Pasir Kubur penuh dengan pengunjung maka mereka akan beralih ke kawasan ini.

Bekalan ringkas untuk perkhemahan.

Seperti biasa, setelah peruk berkeroncong kami mula memasak. Air mineral yang dibawa dari rumah dipanaskan dan maggie cup menjadi hidangan. Sebagai pilihan, nasi lemak buatan emak dibawa bekal sama. Setelah sendaawa, sekali lagi kami berendam sambil mencari ikan seluang untuk dibuat perhiasan. 

Lewat petang setelah semuanya kecut, barulah kami bangkit dari dalam sungai dan meruntuhkan khemah. Petang itu juga kami sempat meronda entah sekalian kalinya pekan Sungai Lembing itu. 



Nota kembara

Rabu, 16 April 2014

10 Sifat Suami Soleh

Sedang menanti dan berharap sesuatu yang positif
Talent: Nurazariah Azali.


10 Sifat Suami Soleh

 1. Sentiasa mengingati, mendahulukan dan mentaati perintah Allah SWT dalam apa jua keadaan.


2. Taat dan tekun menjaga solat dan sentiasa memelihara perhubungan yang baik sesama isteri, anak, keluarga, jiran dan masyarakat.


3. Sentiasa menjadi contoh, ikutan dan tauladan yang baik kepada isteri dan ahli keluarga.


4. Seorang yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab dan menegakkan keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu perkara itu kena pada tempatnya.


5. Seorang yang mampu membimbing, memimpin dan mendidik isterinya. Justeru, suami sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan karisma kepemimpinan.


6. Seorang yang sentiasa waras, tidak cepat melatah atau gugup dan mampu menggunakan kebijaksaannya memimpin rumahtangga. Dalam kata lain seorang yang tenang, penyayang, penyabar dan tidak sewenang-wenangnya menghukum atau memukul ahli keluarga.


7. Seorang suami yang mampu menjadi tempat rujuk. Maka suami perlu menjadi seorang ‘pendengar yang baik’ dan ‘penyelesai masalah’.


8. Seorang suami yang sentiasa menjaga maruah diri, isteri dan keluarganya sama ada di hadapan khalayak ramai, ketika bersendirian ataupun sedang mengadap Allah SWT.


9. Seorang yang sentiasa bersedia menambahkan ilmu, iman dan amal ibadah. Dalam masa sama nilai-nilai murni tersebut diterapkan sama ada secara halus atau terang-terangan kepada ahli keluarganya.


10. Bentukan sifat cemburu yang positif dalam diri dan sentiasa berhikmah ketika menasihati isteri dan ahli keluarga. Cemburu yang positif itu tanda beriman kepada Allah SWT kerana suami yang dayus akan mendapat azab seksaan di dunia mahupun di akhirat kelak.




Khamis, 10 April 2014

Avanza 1.5 jimat minyak. Dari Kuala Lumpur ke Kuantan cuma RM20.00

Deretan kenderaan di atas aspal Jalan Mersing-Kluang dari Kahang

Reeza merungut, "Preve kuat makan minyak. Isian penuh sudah RM100++. Dari KL ke Kuantan dengan kelajuan standard dalam RM40.00."

"Oklah tu. Preve berkapasiti 1.6cc. Kalau hendak dibandingkan Vios aku yang 1.5cc. Dari KL ke Kuantan cuma separuh tangki, lebih kurang RM30.00++," jelas Tharuma.

Lalu saya mencelah, "Betul tu. Memang padan dengan keupayaan Preve yang laju dan hebat. Aku pernah pakai Avanza 1.5. Enjin sama macam Vios juga. Avanza lagi jimat. Dari KL ke Kuantan tak sampai pun RM20.00. Cuma luak sedikit aje."

"Biar betul! Jimatnya. Mengalahkan Kancil ni." terbeliak biji mata Reeza.

"Kau buat macam mana ek?" Tharuma tidak percaya.

"Oh, kalau tak silap aku, masa tu aku baru tuang minyak di Bangsar. Kereta pulak kosong, aku seorang memandu. Lepas tol Gombak tu, aku berhenti sebab terpaksa telefon tow-truck. Jadinya, minyak aku tak luak banyak pun, cuma kena bayar RM350.00 untuk tarik Avanza tu sampai Kuantan"

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum di luar tingkap dan hujan membingitkan telinga dalam pantry di pejabat ini. Sesekali disulami bunyi gerutu dari rakan saya itu.

Jalan Mesing-Kluang dari Kahang

Ilham 

Selasa, 8 April 2014

Hujan mencurah, air paip masih tiada.


Paip mogok
walaupun beberapa hari lalu hujan timpa bumi
Ramai juga orang bersungut, hujan yang turun pun tidak "kena" pada perhatian meraka. Sungguhpun hujan mencurah-curah di Kuala Lumpur dan Selangor seputar dua minggu lalu, namun sebaik memulas kepala paip, air masih mogok daripada meleleh. Hujan yang turun dengan galaknya berlaku di kawasan kediaman dan di tengah-tengah bandar. Sedangkan di empangan, hujan yang turun tidak mencukupi untuk menokok takah keluar daripada sukatan krtikal.

Meingkut laporan Bluetine Utama tv3, Berita TV1, NTV7 dan Al -Hijrah melaporkan, paras air di empangan masih berada pada takat kritikal. Perkara ini telah diumumkan dua hari lalu dan kerajaan mengambil langkah pencatuan air peringkat keempat.

Ini bermaksud SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) telah meluluskan pelebaran liputan kawasan catuan air. Kali ini akan mengakibatkan lebih ramai pengguna, dijangkakan seramai 3 juta orang akan terjejas.

Justeru, memberikan pengajaran bahawa hujan milik Allah, air juga milik Allah, maka teruskan berdoa, beristigfar dan sempurnakan solat. Harus mendirikan solat hajat sebagaimana kesungguhkan kita mendirikan solat hajat untuk MH370.

Sebagaimana sirah Nabi Musa a.s yang didatangi kaumnya kerana menghadapi kemarau berpanjangan. Mereka meminta Nabi Musa berdialog dengan Allah minta diturunkan hujan.

Nabi Musa a.s yang memiliki mukjizat bercakap secara langsung dengan Allah SWT telah menyampaikan hasrat mereka itu. Allah SWT telah bersetuju untuk memenuhi permintaan mereka tetapi syarat telah ditetapkan bahawa salah seroang dalam kalangan kaum itu yang sering melakukan dosa dan kaki maksiat. Allah SWT mahu orang tersebut dihalau keluar dari daerah itu.

Nabi Musa a.s kembali kepada kaumnya lalu menyeru agar orang dimaksudkan Allah SWT tersebut keluar dari masyarakatnya. Walhal ketika itu Nabi Musa a.s. sendiri pun tidak mengetahui siapakah dalam kalangan kaumnya itu kaki maksiat.

Selama tiga hari Nabi Musa a.s menyeru dan tiada siapa pun dalam kalangan mereka yang mengaku atau melarikan diri. Hujan masih juga tidak turun sesuai dengan janji Allah Yang Maha Benar.

Sehinggalah genap tiga hari, keesokan harinya hujan pun turun hingga mencukupi keperluan penduduk setempat. Lalu Nabi Musa a.s berasa pelik, sedangkan tiada siapa dalam kalangan kaumnya itu yang keluar dengan senyap2 atau mengaku dia seorang pemaksiat. Sesungguhnya Maha Suci Allah tidak pernah memungkiri janji.

Lalu Nabi Musa a.s berdialog dengan Allah SWT hendak mencari jawapan. Allah SWT berfirman bahawa sesungguhnya pada malam hari ketiga itu hamba yang dmaksudkan berasa bersalah dan malu. Lalu dia telah pun memohon ampun dan taubatnya diterima Allah SWT. Maka dengan ini tiada lagi dalam kalangan kaum Nabi Musa iyang kaki maksiat, Sesuai dengan janji Allah SWT, mereka pun dilimpahi rahmati Allah SWT dengan diberikan keselamatan, perlindungan dan hujan pun turun membasahi bumi.

Demikianlah sifat pemurah Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Allah SWT amat sempurna hendak menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Justeru, untuk mendapat rahmat Allah SWT dan pertolongan dari-Nya, bertaubatlah dan berdoalah kepada Allah SWT. Kemudian bersabarlah menantikan pertolongan Allah. Sesungguhnya orang-orang bersabar itu terlalu hampir dengan Allah SWT.

Moga-moga kita terkeluar daripada masalah ini.

Isnin, 7 April 2014

Sakura Mekar di Malaysia


Seolah-olah berada di negara Jepun.
Deretan bunga sakura Malaysia atau Tecoma, di Bt. 4, Jalan Mersing, Kluang, Johor.

Di Johor musim bunga sakura Malaysia atau lebih tepat lagi ialah bunga spesis Tecoma/ Tabebuia sedang berkembang mekar. Batang-batang jalan yang dibarisi pepohon ini telah menzahirkan fenomena yang amat cantik. Salah hemat, sudah seperti berada di luar negara.

Beza dengan sakura tabebuia ada tiga warna: putih, pink dan kuning. Tabebuia tidak sesuai ditanam di laman rumah kerana beracun.

Ramai juga menyetujui bahawa tidak perlu bersusah payah mengeluarkan beribu-ribu ringgit ke Jepun atau Korea semata-mata hendak menikmati musim bunga sakura seperti ini. Syukur alhamdulilah, rakyat Malaysia yang seramai 30 juta orang telah diberikan kelebihan untuk menikmatinya di negara sendiri.

Dengar kata projek pengindahan dan penanaman pokok bunga tersebud di kiri kanan jalan beberapa daerah Johor telah dimulakan semenjak Tun Mahathir menjadi perdana menteri lagi. Sejujurnya, dahulu maza pernah merungut dengan penanaman pohon tersebut kerana berfikiran bahawa ini suatu kerugian dan membahayakan pengguna jalan raya. Apatah lagi apabila musim monsun dan ribut melanda. Kehadiran batang-batang pokok ini dikhautir akan menghempap mengenai pengguna jalan raya ataupun tumbang menghalang trafik. 

Ada untung juga apabila menyukai hobi menangkap gambar ini. Kesan paling ketara ialah merubah menjadi seorang yang sensitif terhadap persekitaran dan reti menghargai alam sekitar. hehehe . . .

Ternyata, apa yang diusahakan mereka yang terdahulu akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Hari ini maza yakin rata-rata di tanah air sedang mengecapi keindahan panorama tersebut. 

Bermaksud mengimarahkan keadaan yang cukup isitimewa ini, maza galakkan kengkawan untuk membuat posting istiwewa dengan memaparkan gambar pohon bunga sakura yang ada berhampiran tempat kengkawan. Jangan lupa sertakan sekali alamat gambar itu diambil. 

Sementelah kita berada di Tahun Melawat Malaysia 2014, maza fikir dengan cara ini dapat menyerlahkan lagi keindahan negara tercinta walaupun kita sedang dilanda pelbagai ujian seperti kes MH370 dan penculikan pelancong di Sabah.

Kembara jalanan




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails