DASAR MONETARY MULA DIGERAKAN
Bank Negara mengarahkan institusi kewangan untuk menghadkan kesemua pinjaman peribadi sehingga 10 tahun sahaja. Ini bagi membendung kredit (hutang) rakyat!
Sebelum ini peminjaman boleh dibuat sehingga 25 atau 30 tahun.
Tindakan tersebut telah membuatkan ramai rakyat terdorong untuk berhutang sehingga ada antara mereka membelanjakan kesemua wang pinjaman tersebut hanya dalam semalaman. Mereka terlupa bahawa hutang tersebut akan ditanggung untuk jangka masa yang amat panjang.
Sama ada sedar atau tidak, dalam masa sama, peminjam akan menanggung jumlah sebenar faedah kewangan (bunga) yang perlu dibayar begitu banyak disebabkan faktor pemanjangan waktu (tenure) pinjaman. Sedangkan dengan nilai jumlah faedah kewangan yang sama itu, peminjam boleh memanfaatkan untuk faedah lain; lebih bernilai sebenar (realiti) dan realistik daripada sekadar membayar bebanan hutang hampir seluruh hidup.
Penyudahnya "Pedapatan Sebenar Masa Hadapan" rakyat akan tergugat dan ramai menjadi penghutang pra-matang serta muflis. Bebanan hutang menjadi punca tekanan hidup dan tidak putus-putus membebani masyarakat pada masa akan datang. Pendapatan singkat melalui hutang yang dijana itu pula bukanlah gambaran "pendapatan sebenar" yang realistik.
Jika hal ini tidak ditangani, akhirnya, rakyat Malaysia menjadi hamba hutang kepada agensi-agensi kewangan. Lebih malang lagi kemerdekaan diri akan dengan mudah tergadai kepada "pemodal luar" (warga asing).
Jadi, sebagaimana disyarahkan oleh ustaz-ustaz itu yang menyebut "Kenaikan Harga Adalah Ketentuan Tuhan", maka setelah menimbangkan acaman tentang tergolong dalam kalangan golongan Khawarij, maka kita harus redha sahaja dengan tindakan dasar monetary daripada pihak Bank Negara ini. Semuanya beralasan demi masa depan rakyat melalui langkah mengimbangi defisit dasar monetary itu.
Marilah masing-masing mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Zetty Aktar Aziz kerana begitu perihatin menjaga kewangan isirumah dan negara ini.
Harap-harap pengenaan dasar kewangan dan sistem microekonomi ini mampu memperbaiki taraf hidup Malaysia ke arah BERPENDAPATAN TINGGI!
Rencana ekonomi sejagat kaedahnya oleh